Thursday, December 16, 2010

pelik la

saya tak paham betul la baru menikah seminggu dua asik apdet FB dah teringin makan macam-macam. selera makan membuak-buak. then berduyuuuun komen kengkawan tanya...

dah berisi ke belum? 

ntah-ntah pergnant hape ?

ha tanda-tanda la tu...

lalu si tuan punya badan ala-ala tersipu dan malu-malu lalu menjawab 

eh baru sgt lagi x kan la kot :-)

kalo rezeki apa salahnya hikhik

doa-doakan lah. ameen :-)

kemain ceria membalas komen. 

kemudian apdet lagi benda yang hampir sama

oh apakah ???

apabila ada ruang release tension

seronoknya apabila dikelilingi insan-insan yang kita sayang dan menyayangi kita kembali. perasaan itu indah. apabila sudah berjanji wajiblah ditepati. macam-macam ragam anak buah dan sepupu sepapat. dek kerana abah dan makndak tidak begitu sehat maka ramailah yang berkumpul di putrajaya sepanjang dua minggu lepas. selain menjaga abah dan makndak di mana famili kami berkampung di hospital dua minggu berturut-turut, ada sesi si kanak-kanak ribena nak cycling di taman botanilah. nak tengok wayanglah. nak main token lah. nak main bowlinglah. naseblah dilayankanlah jugak dek kakak-kakak korang ni.

esok korang kalo dah beso-beso menderhaka pada aku siaplah ! aku suruh hantu kak limah kaco hidop korang. padan muka :-)

Wednesday, December 15, 2010

happy 2nd anniversary

alhamdulillah. syukur padaMu Ya Allah dengan kenikmatan kehidupan yang Engkau berikan. 12 Disember 2010 genap 2 tahun usia perkahwinan kami. rasanya begitu cepat masa berlalu. sedar tak sedar dah 2 tahun hidup bersama. 

terima kasih Allah kerana menganugerahkan insan yang sangat baik untuk mencintai, menyayangi dan menjaga diri ini...

walaupun perbezaan karektor  yang sangat-sangat hebat namun ianya menjadikan kami melengkapi antara satu sama lain. kami mungkin tidak seperti pasangan lain yang sangat menunjukkan betapa 'loving couple' nya mereka namun kami enjoy dengan cara kami sendiri. tidak perlu 'over' untuk itu... cukuplah sekadar apa yang kami ada... yang penting kami tahu apa yang kami rasa :-)

JOLIDAYsssssssssssssssss di BANDUNG Part 1

fine. saya adalah punca mengapa pada saat manusia menyambut hari raya korban di tanah air tercinta tetapi saya sekeluarga berhari raya di perantauan. sungguh tidak senonohnya saya tidak perasan bahawa 17 November 2010 itu adalah hari raya. sumpah weh x perasan ! berbakul kena kutuk. kena sembur. kena boikot dengan insan-insan yang tidak puas hati dengan kesilapan teknikal ini.
 
di pagi raya kemain orang berbaju melayu kurung kebaya jubah bagai tapi inilah rupa kami menyambut raya. usai sesi beraya di putrajaya buat pertama kali dalam hidup (poyo sungguh) yang tak sampai  3 4 jam dah bergegas berkejar ke putrajaya sentral nak naik ERL. flight jam 13.15pm.

alhamdulillah kami touch down di  hussein sasteranegara international airport dalam pukul 2.40pm waktu tempatan. maka bermulalah expedisi berjoliday di bandung walaupun cuaca petang di sana sejuk-sejuk sikit dan mendung. bak kata pak gunawan (pak supir yg ensem dan baik hati) beginilah cuaca kota bandung hampir setiap petang. bawah ni gambar-gambar sekitar di sana. next entry la cerita lebih spesifik sikit. maleh benor petang-petang ni. layan gambo je dulu :-)




lima hari di kota bandung aktiviti paling HEBAT sekali adalah SHOPPING. sila shopping hingga muntah hijau ! ya ampun geramnya tgk kain murah-murah. nak migrain dibuatnya. serius saya pening nak memilih barang.

jom pegi lagi tahun depan. wajib dijadikan acara tahunan ! 

Tuesday, December 14, 2010

saya tidak pinta kamu faham apa yang saya rasa. kamu boleh kata apa sahaja

ensem dan lawo beno yang menolaknye pon
bertahun rasanya menderita dengan apa yang saya alami sekarang. puas berulang alik ke hospital. sudah puas bergondong-gondong menelan ubat-ubatan. bergelen-gelen air penawar. pelbagai rawatan namun masih belum ada keserasian.

susahnya apabila fizikal begitu gagah bagaikan american next top model (muahaha) hakikatnya saya begitu lemah menghadapi semua ini sendirian. nak kata sakit nampak macam sehat. nak kata sehat tapi sebenarnya memang tak larat. kerja tak sampai separuh hari dah balik. masuk ofis sekejap karang dah keluar ke hospital. mc. EL. wah buruknya perangai. macamana lah nak jadi pekerja cemerlang. selalunya akan digagahkan juga kerja kerja dan kerja. 

betapa tidak sehat sekalipun cubah digagahkan juga :-)

duit? sudah berapa banyak ye agaknya investment saya dalam 'bidang' ni. kaya tokei kedai. kaya tokei obat. 

sudah loya muak dan fedap bergelumang dengan @&^#%*@* !!!. tapi apakan daya. saya tiada kudrat untuk melawan semua ini. sakit tidak pernah berkurangan sehingga ke saat ini

macam-macam dengar cerita. ada yang sakit berterusan. ada yang dibuang. &@^^), ada yang tidak diterima lagi oleh ^#&&@#%, ada yang meninggal dunia. takutnya... panjangkah umur saya. bersediakah saya menerima sagala kemungkinan...saya pohon Allah berikan saya kesihatan yang baik... berikan jalan saya menemui penawarnya...

dan saya sebolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa jua... biar semua ini saya tanggung sendiri :-)

bertahanlah dengan semua ini

terus terusan dengan ujian ini sangat menduga diri. menduga keimanan. sesungguhnya saya ini hamba yang lemah dan kadangkala begitu rapuh hati ini apabila begitu mudah mengalah dengan keadaan. saya mohon agar Allah ampunkan dosa-dosa dan maafkan segala kelemahan diri saya. saya tidak mahu menjadi manusia yang mudah mengalah dan tewas dalam menghadapi ujian Dia. saya redha dengan segala yang berlaku, saya pohon terus kekuatan dan kesabaran untuk menempuh semua ini. sejauh mana, selama mana, saya pohon Allah sentiasa bersama saya... saat jatuh, saat terduduk, saat tersungkur lalu tiba masanya untuk kumpul kekuatan bangun semula. sesungguhnya setiap masa saya perlukan Dia

orang senang berkata. kitalah yang memilih untuk bagaimana kita mahu jadi. hakikatnya tidak semudah itu. manusia mudah berkata apa saja apabila mereka tidak melalui saat-saat sukar dalam kehidupan. ada manusia dilahirkan bahagia dan senang sepanjang hayat. ada manusia kadang-kadang bahagia  dan senang kadang-kadang tidak. ada juga yang tidak putus-putus dengan ujian Dia. inilah kehidupan. laluan manusia itu berbeza-beza. penilaian Allah jua berbeza-beza.
saya begitu takut diri ini kecundang lalu mengalah. saya tidak mahu menjadi manusia yang dimurkai Dia dek tidak tertahan dengan ujian Dia... saya pohon dipermudahkan segalanya...

Wednesday, November 3, 2010

love u sayang

adik & abg masa bercuti di cameron last year. adik x bawak baju sejuk. naasib ada jaket pak usu

Friday, October 22, 2010

Volleyball oh Volleyball

kaki masih berbungkus
kekonon tak nak la menggedik melasak
kekonon tak nak la hitam melegam kena sunburn
kekonon tak nak la main ( memang x pandai pon ! ouuuuut!)
kekonon nak lepak-lepak berehat di rumah bersama keluarga
kekonon nak jadi isteri solehah di hujung minggu:-)

saya dah pesan udah bilaaaaang sama mereka
saya x pandai main volleyball
sebab tahun lepas sayalah penyumbang terbesar kepada kekalahan team muahaha
tahun ni tak nak la...
awal-awal sudah tarik diri
tapi bossssss suda cari mana itu budak
mana lari
banyak kemain alasan ye !

dan tadi
setelah lari dari sesi pemilihan
setelah tak pernah training
terima panggilan cinta
bahawasanya saya perlu wajib sunat harus kena main untuk game AHAD ini
tiada makruh dan haram
maaaaakkkkkk
tolonnnnng

ai di belakang sekali dengan ketidakkonfidenan yang tinggi langsung ! OUT
ikhlas,
budak yang tak reti main volleyball.
dan pemusnah harapan team sob sob sob

Thursday, October 21, 2010

Bagaimana Mahu Mengikhlaskan Hati


Fine, berpuluh kali berazam tak nak lagi asik sampai ke opis pada waktu-waktu kecemasan. Tiap-tiap hari punch card 8.25 8.26 8.27 8.28 8.29.8.30 dan hari ni 8.31 hoooyeaaah ! cemerlang dan memang terbaik. Muka dah kelat-kelat mengkudu mintak signature bos kekonon lambat bersebab muahaha. Ape la sebabnye kan melainkan memang pemalas ya rabbi nak bangun pagi bila tido balik lepas subuh ! ya ampun perangai apa la ni kan. Hmm… saya menginsafi diri kerana seolah-olah tidak ikhlas dalam ibadah kerja  sob… sob…
Sudah 2 hari kaki ini berbungkus bagaikan buah cempedak. Dek kerana bersemangat sangat nak exercise inilah padah diterima bila tak stretching sepatah apa sebelum melompat-lompat bersama raket dan shuttlecock. Hari pertama urut hari kedua urut lagi tapi sakit tumit yang membengkak tak surut-surut. Asben yang mula-mula memberi semangat sepenuh jiwa raga kepada isterinya ini bersukan telah membuat press statement yang menyentap dada hehe… u kalo main je sakit sini sakit sana (apa saja games la kan netball ke volleyball ke futsal ke hatta jogging dan excercise  kat gym pon!) asik sakit merata muahaha. Ape la… nanti balik umah mesti ai kena urut. Ai jadi mangsa tau :-p

Ala… bukan apa. Hobi sejak muda mudi memang suka diurut-urut. Orang kalo kaki ke tangan ke ape saja la terseliuh menjerit kalau nak diurut. Tapi boleh tak cakap saya suka diurut ! hihihi ha itu kalo sakit, apatah lagi tak sakit. Sebulan skali mesti mau body massages sama itu regular makcik tukang urut. Wallawehh I like !!! hermm apa melalut tak ada kena mengena dengan tajuk ni
Tadi ada lagi yang menyentap jantung usus sendi anak tekak dan sebagainya ! menyampahnya dengan orang BUSUK HATI DAN PENDENGKI
Saya ditindas kali ketiga dengan orang yang sama. Saya sedih. Saya menangis.
Saya benci dia benci benci !!! (teringat lagu ramlah ram)
Apakah kau wahai perempuan yang hidup senang lenang di atas dunia yang sejak azali duduk di atas kerusi empuk mengerti dan tahu apa itu HIDUP SUSAH !
Kau tak pernah faham apa perasaan yang orang menempuhi kesusahan kepayahan kesukaran ini rasa. engaku bahagia agaknya menyekat rezeki orang dan membuat orang menderita ( ohhh mana lah kau tahu kana pa itu derita. Kau kan orang kaya muahaha)
Ada yang menasihati saya… ikhlaskan hati dengan apa terjadi… rezeki bukan di tangan perempuan itu tetapi ALLAH jua yang member…
Dan
Saya sedang memujuk hati ini… bersenyumlah diri ! bagaimana mau ikhlaskan hati… Ya ALLAH semoga saya terus kuat menempuh setiap CABARAN yang datang ini untuk kesekian kalinya
SYUKUR saya ada DIA…

keje malam ni

okeh. setelah berkurun lama bagai nak rak mengerjakan hal-hal ofis sampai tak sempat nak melayan blog ke fb ke atau apa sahaja yang seangkatan dengannya. penat. letih. nak muntah hijau. muahaha...

yeahh esok kerja lusa kerja tulat kerja dan begitulah weekdays berikutnya!!! tak sabar mau cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. tak sabar nak survey rumah this weekend, x sabar nak menggedik dengan gang uia next weekend... tak sabar nak cuti deepavali dan tak sabar nak 'raya' kat bandung. bos sila approve cuti saya :-)

plan cutinya kemain lagi. tak sedor diri apa yang berlungguk atas meja. sila kasi siap !

Tuesday, September 21, 2010

2 bulan ok

2 bulan x post pape. good. kerje macam nak mati. huarghhhh.

Tuesday, July 13, 2010

...

Bagaikan aur dengan tebing
Kita mengatur langkah seiring
Menghadapi kepahitan hidup berdua
Pernah menangis bersama

Panas dan hujan, ribut dan taufan
Telah menguji kesetiaan
Bersama keyakinan kita jadikan
Mimpi satu kenyataan


Friday, June 25, 2010

hmm

pernahkah anda rasa menyesal sangat-sangat dengan apa anda sekarang?

ye... saya sedang mengalami masalah sedemikian...

berdosakah saya berkata begitu... saya bukan tidak mensyukuri nikmat Dia cuma saya rasa saya gagal menambahbaik diri saya sedangkan saya rasa saya mampu untuk buat. kenapa saya masih takut untuk mengambil risiko. kenapa saya tidak berani untuk membuat keputusan. kenapa saya masih was-was dan kaku terperangkap dalam keadaan yang saya benci ini !

stress tau !

Friday, June 11, 2010

perlu ke macam tu ?

ok. entry ni bukan lah nak memburukkan sesapa. peringatan ini juga ditujukan kepada diri sendiri sebenarnya supaya jgn buat orang lain macam tu.

moral :
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali ye, kalo rasa nak buat jahat, hah ko buat sungguh-sungguh labu. baru pueh hati (apa yang dikarutkan ni ! hehe)

perkara ni bukan sekali dua berlaku... pernah terjadi... dan baru-baru ini terjadi jugak lagi...
saya tidak faham, sebagai manusia biasa yang ada hati dan perasaan, bodoh dan dungu sangat ke untuk memahami keadaan? maaf kalau perkataan saya ini agak emosional dan sedikit kasar, saya sememangnya sangat letih dengan sikap dan perangai orang yang macam ni.

soalan: bila anda dilayan dengan baik apakah wajar anda melayan saya macam sampah? maka perlukah saya diam membisu atau pun saya memaki hamun atas rasa menyampah dengan sikap anda yang meloyakan itu?

please la...

saya hanya mencari sesuap rezeki, saya bekerja dengan ikhlas hati... supaya berkat. kalo saya ada tercuri masa bekerja, saya tetap akan ganti balik... supaya apa bentuk bayaran yang saya terima... ianya HALAL...

bila bos delegate kerja, saya studi, fahamkan apa nak kena buat, kemudian saya buat. apa yang saya tidak faham, saya tanya. sekiranya bos saya mintak saya dapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan segera saya tabah mencari walaupun bukan senang nak buat semua ni. nak deal dengan pelbagai jenis manusia. mana lagi nak cekau bila enam tujuh kerja kena buat sekali jalan. pernah juga saya merungut sebab pening mana nak buat dulu... tapi saya tetap buat kerja saya... saya tidak berkira balik lewat sekali sekala bila tuntutan kerja sangat penting untuk diselesaikan. saya tidak membantah pun bila saya masuk ofis 8.30pg tapi saya datang seawal 7.00pg dan telah diarah bekerja. tgh melantak nasi kandar pun bila bos panggil betulkan slide dalam bilik mesyuarat boleh berlari lintang pukang dengan tangan x berbasuh bila dah x menyempat-nyempat dah pengarah nak tengok. xpe semua tu.. saya tak kesah. tapi itu x pernah jadi masalah pada saya.

yang jadi masalah adalah apabila...

saya/ kami minta bantuan (minta tolong ok... padahal kalau saya/ kami sesuka hati nak arahkan anytime boleh buat sedemikian) pada orang di bawah arahan saya/ kami untuk membuat kerja-kerja harian sebagai seorang 'pekerja', orang itu suka melawan. suka menentang. suka meninggi suara. suka hilang pegi bersembang. suka melepak lama-lama dekat pantry. suka keluar rehat awal dan masuk lambat. suka mencari macam-macam alasan bila diberi kerja ! apakah ini???

setiap kali nak diberi kerja maka adalah alasan itu ini
setiap kali sudah diberi kerja dan ditanya apa status maka macam2 cerita kona kiri kona kanan
setiap kali belum habis bagi arahan DAH TAK SEMPAT-SEMPAT NAK POTONG CAKAP
setiap kali ditanya elok-elok pasal kerja MESTI NAK KENA MENINGGI SUARA MENJAWAB
setiap kali bos cari maka memang tak ade la kat tempat
bila bos dekat sebelah boleh sardin je cakap telefon hal-hal peribadi dan biar bos tunggu
heran bila masuk ofis 730 tapi kerja pukul 10 belum tentu mula
lagi heran bila time balik nak kena berkira la pulak kan

itu luahan apa saya/ kami rasa...

ini luahan apa yang saya rasa ...

bagaimana saya melayan anda selama ini? bagaimana gaya percakapan saya dengan anda selama ini... bagaimana saya memenuhi permintaan bila diminta tolong oleh anda selama ini... anda fikirlah sewajarnya sebagai seorang manusia dewasa yang ada akal dan fikiran...

saya benci bila anda tidak tahu hormat pada saya sebagai manusia (bukan nak belagak bossy ke apa)... sebagai rakan sekerja... dan sebagai orang yang lebih tua dari anda...

saya sudah tidak kuasa meletakkan diri saya terlalu baik untuk pasrah kepada benda-benda bodoh begini lagi...

teruskanlah sikap anda itu sekiranya ia membanggakan diri anda... dan mempopularkan diri anda...

malas nak fikir

saya hanya akan menghargai orang yang tahu menghargai saya...

kalau anda atau sesiapa saja yang x hingin untuk berbuat demikian, saya x kesah pon. x sakit pun...

sekian, terima kasih.

Thursday, May 27, 2010

Parasailing

~~best moment ~~

huarghh

huarghhhh

best gilerrr

landing

.
.
.
.
.
PUAS !

Wednesday, May 26, 2010

kurus dan sehat


saat kurus kerempeng. zaman stadi di uia dulu...

sekarang
.
.
.
.
.
.
.
.

susah nak cakap... erk...

actually lately ni mana-mana kenalan yang dah lama tak jumpa saya akan terkejut beruk kalau jumpa. saya faham maksud mereka... dulu lain sekarang lain... tapi xpe saya mengambil dari sudut positif la ye. tapi kadang-kadang terkesan juga dalam hati... ada sedih juga sikit la dey !

buruk sangat ke kalau gemuk?

hello... uols ingat orang gemuk ni suka sangat ke nak jadi gemuk? common la... next time blaja la sikit jaga hati orang lain. tak payah la nak kata macam-macam even niat korang tu melawak je pun. ini sensitif ok. tak kena memang la tak rasa.

tahu ke sebab apa gemuk? kalau tak tahu jangan pandai-pandai nak terjah. entah sebab perubatan ke... entah memang metabolisma ke laut ke...

saya pernah ditegur...

situasi 1 : " ya Allah... saya ingat makcik mana tadi. awat gemuk sangat. dah tembam gila. memang macam makcik-makcik. saya tak perasan akak tadi !"( nada serius!)

situasi 2 : " umi... umi ke ni??? kenape lain gile ni weh??? apa dah jadi dengan badan ko???" (sambil gelak-gelak besar ok !!!)

situasi 3 : "tu dia badan dia la ni... awak jadi lagu ni cek ! dulu kurus cantik badan. antara hangpa 3 beradik hang la paling kurus... putih... dengan pakai cermin mata pulak la ni makcik x kenai dah. pasai apa lagu ni?" (saya BENCI pakai cermin mata tp saya x tahan pakai contact lens... :-( )

agak-agak la kan... apa perasaan saya ye?

i'm telling u ok... saya seorang yang sangat aktif bersukan. gila bersukan ! saya suka kehidupan yang sihat. dan saya tidak pernah memilih untuk jadi begini. hakikatnya keadaan kesihatan tidak mengizinkan. kesan perubatan menjadikan saya begini. sesiapa yang pernah mengalami masalah seperti saya pasti faham. saya tidak ada kuasa nak hentikan apa saja kutukan orang pada fizikal saya.

sekian, terima kasih.

Tuesday, May 25, 2010

Kinabalu Pines Resort, Kundasang

huh... seksa beno saya nak upload gambo ni. bila nak riak mmg jadi macam ni haha. bukan riak ape, best gile yoeppppp yooonng oiii tempat ni !!! ni hah kalo nak diikutkan hati banyak sangat gambo post kat sini. tp saya select random je la kan. kang ober le pulak. KBR, saya sedang mempromosi resort anda dengan percuma ok :-). layaaaaaan...

teruja !

cantik gila !

suasana subuh di kundasang... tenang

bersih ok !

white roses

pines

jom pi rabbit house jap :-)

posing sakan kat sini k. nak framekan beso2 :-p

huh... manala cintaku x tertinggal di kundasang kan...

jatuh hati ye ~_^

jenuh panjat bukit nak pg bilik. excercise !!!

sana sini tangga. sakit lutut pon hilang sbb sgt mengujakan :-)

nak pegi lagi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

overall sangat berpuas ati dengan resort ni. sungguh tak mengecewakan. harga sangat berpatutan ! saya suggest pada sesape yang nak pergi ke kundasang silalah menginap di sini. makan pun sedap. karaoke sakan pun boleh sbb xde additional charge hokeh. ape lagi tunggu :-)

Monday, May 24, 2010

Trip to Sabah

lastweek saya dan family husband ke sabah utk 2010 punya vacation (apakah maknanya? ;-p). 4 days 3 nights punya trip yang memang menyeronokkan. segala kekusutan ketensenan keserabutan kerja memang tinggalkan terus di semenanjung. rasa x cukup masa je kat sabah. banyak tempat belum abes jalan. sabah sangat besar !!! saya mau pegi lagi :-) okok. melalut suda ! ( wah cakap sabah bah !)

day 1

pagi-pagi saya antara orang terlewat sekali bangun ok. susah nak tido bila badan letih sangat. makan jugak berlebihan. mane x susah tido la kan... so dalam pukul 8 pagi gerak ke ERL utk amek shuttle bus ke lcct. namun apakan daya terlepas station salak tinggi finally amek bas dari klia juga. VIBRATE satu badan ok naik bas ni. mmg memalukan la weh kalo bas dari klia ke lcct gini rope. malu sungguh weh kalo orang kampong mak temah datang nengok bas ni. canggih lagi bas 77 blue omnibas taiping-kuala sepetang hihi



tiba KKIA dalam jam 140pm dan tourist guide n driver sedia menanti :-). bawak pegi lunch and terus panjat ke kundasang. so tiba di KinabaluPinesResort (KBR) dalam jam 5 pm. cantik sungguh KBR nih. x sia-sia la booked ini resort. tak moh citer panjang pasal KBR ni pasal nak buat special entry ok :-). apa yang penting, SUBHANALLAH cantiknya puncak kinabalu !!! hilang segala penat yang dikumpul sejak pagi tadi melihat kebesaran TUHAN! bukan daki pon, tengok je pon... dah teruja. apalagi kalo tawan puncak itu. saya mauuuuuuuuuuuuu !!!


day 2

bangun seawal 5 pagi ( padahal dah cerah :-)) nak nengok puncak kinabalu la kan. mmg cantik sgt walaupun kabus agak tebal. tapi masih boley nampak. selesai solat bagai keluar pusing KBR sorang-sorang jadi photographer kejap. snap sana snap sini. pueh hati mak temah. blajo-blajo guna camera canggih dengan harapan dapat HADIAH HARI LAHIR x lama lagi :-p.

lepas breakfast, pusing lagi... amek gambo kemas barang checkout then proceed ke Hot Poring nak exercise dan merendam kaki. adventerous gila ! gayat penat busuk masam tapi memang puas hati dapat buat benda ni. serius :-). Lepas lunch ke Kinabalu Park then odw ke KK singgah sekejap di Pekan Nabalu untuk s.h.o.p.p.i.n.g. hah yg ni mmg dah sah-sah la best kan hihi

day 3

ke manukan & sapi island. snorkeling. parasailing (special entry). kejap panas kejap hujan. tapi tetap layaaaan ok. kulit pun tak la gelap sangat la kan bila dah cuaca macam tu. Thanks God. :-) tp satu bab la kan... memang boncit perut melantak BBQ tak hengat !!!!!!!! sekarang menyesal suda. saya makin gumokssss

malamnya pula schoolmate dari Kudat datang semata-mata nak meraikan kami. so, dibelanjanya makan di Tanjung Lipat. serius sedapt gita sotong gorang tepong & butterprawn amira cafe itu ! rasa nak mintak resipi ok. over la kan...

day 4

jalan-jalan sekitar kk. shopping lagi di filipino market, ke jamilah store ( xde mood nak shopping mase ni sbb dapat call my dad x sehat), lunch tangjung aru, ke muzium sabah, masjid terapung, menara tun mustafa, chocolate factory, frozen seafood bagai then flight balik dlam jam 8. gedebuk gedebak dekat 12am sampai rumah. penat. lapa. makan. tido. ( konon nak kurus. makan lagi pukul 2 3 pagi tu kan:-))



terima kasih cekgu !


curi-curi masa blogging skejap muahaha. yes, last time kekonon nak cerita pasal hari cekgu la kan. pi sana pi sini langsung x sempat. balik kg bagai huh lagi la kan...

actually saya sebenarnya nak berterima kasih la pada cekgu-cekgu yang telah banyak menyumbang kepada apa yg saya ada hari ni. jasamu dikenang gitu !

saya x tahu la orang lain kan... tp saya mempunyai hubungan yang rapat dengan insan yang bernama cekgu ni dari skolah rendah lagi. ala-ala kesayangan la kan hehe (erkkk...). tp bukan pembodek ok. ehem ehem ;-p. langsung, hubungan itu berterusan sampai sekarang. saya masih baik dengan cikgu-cikgu saya walaupun dah bertahun angkat kaki dari sekolah. saya masih contact mereka. masih berjumpa mereka. pada sumer cekgu-cekgu saya... terutamanya yang pernah menyumbang tenaga di


sekolah kebangsaan matang

sekolah menengah kebangsaan taman tasik


pusat matrikulasi universiti islam antarabangsa malaysia


universiti islam antarabangsa malaysia


terima kasih atas didikan... dorongan... dan ilmu yang dicurahkan pada saya selama ini.

tidak lupa juga pada semua cekgu-cekgu lain, kengkawan yang konon-konon brutal tapi akhirnya menjadi cekgu hehe...

"SELAMAT HARI GURU"

nota**
saya juga pernah terjebak untuk menjadi guru tapi apakan daya. pilihan harus dibuat :-) bak kata bos saya masa saya suarakan yg saya pernah mendapat offer kpli sebelum menjadi kuli di JPA ni, bos kata "awak ni kalau jadi cikgu, bukan pengetua marah awak... awak yang marah pengetua !!!" sungguh kejam statement itu ye bos :-)

Thursday, May 20, 2010

selamat hari guru

coming soon...

huh gila lambat apdet

cuti2 malaysia... balik kg...

hari ni baru sempat ngadap pc

TAPI BANYAK GILE KEJE

nanti2 la

Wednesday, May 12, 2010

hanya kerana saya wanita yang berdikari

hanya kerana saya wanita yang berdikari maka barangkali saya tidak perlukan pertolongan sesiapa
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka saya mampu buat semua sendiri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka saya x perlu ditanya apa-apa keperluan
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka pandai-pandai la urus diri sendiri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka x payah la nak call tanya keadaan saya ok ke tak
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka konfem-konfem la selamat kan walo di mana-mana...
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka ok je parking kereta @ basement yang sunyi sepi dan menyeramkan tu kemudian naik le lif ! sampai je kan (walopun pukul 3 pagi)
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka pandai-pandai la urus camne nak beli kereta
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka pandai-pandai la pk nak servis kereta dekat mana
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka blaja-blaja la check kondisi enjin kereta
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka kerja-kerja rumah buatlah sendiri ( kan ke keje pmpn !)
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka lain kali belaja la panjat sendiri lap kipas angin
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka boley pegi shopping groceries rumah sendiri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka nak beli ape-ape pegi la sendiri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka nak tengok wayang ajak la kawan ke makcik ke sepupu ke teman
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka mampu berendeh-rendeh angkat barang berat sendiri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka saya ok je pegi jumpa doktor pakar kat hospital sorang diri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka saya ok ape stay dalam ward hospital sorang-sorang
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka x payah la gedik-gedik sikit2 nak mengadu sakit
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka boleh ape kalo demam pegi beli makan sendiri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka kalo sakit take care le diri tu ye...
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka kalo penat pon blajo-blajo la memasak
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka kalo penat pon blajo-blajo la mengemas rumah
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka kalo penat pon blajo-blajo la membasuh baju
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka pinggan saya saya basuh, pinggan orang saya basuh, pinggan orang orang basuh, pinggan saya orang x ingin basuh
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka baju saya saya basuh, baju orang saya basuh, baju orang orang basuh, baju saya orang x ingin basuh
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka pegi la report pada maintainance astro ni hampeh buat hal
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka pegi la panggil plumber bila paip rosak
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka sah-sah la berani tinggal malam sorang-sorang
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka hati kebal x payah susah-susah nak pujuk
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka x terguris punya la kalo cakap lebih kurang
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka ala... keras hati kan... mana la reti nak sedih !
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka saya ni degil dan keras kepala
hanya kerana saya wanita yang berdikari...

maka...

sebab itulah saya tidak layak untuk dilayan seperti orang lain kerana saya adalah saya... dan saya adalah bukan orang lain... saya tidak perlu dikesah atau diambil berat kerana ...

saya adalah wanita yang boleh berdikari... saya akan ok

dan...

tambahan pula

saya suka menentang cakap dalam erti kata lain... saya ni bukanlah baik sangat untuk dibuat baik dan diberi semua segala layanan itu :-)

yang benar,
saya wanita yang berdikari

Tuesday, May 11, 2010

Kasih Ibu


Rasanya belum terlewat nak post entry mengenai hari ibu. seperti semua sedia maklum hari ahad lepas kita semua telah menyambut hari ibu. begitu juga saya tidak terlepas mengucapkan salam hari ibu kepada bonda tersayang. Alhamdulillah dan terima kasih Tuhan kerana memberi saya ibu sebaik MAK.

mak adalah seorang insan yang sarat dengan kasih sayang. bukan kami anak2nya sahaja tetapi 'rebutan' dengan pakcik makcik sepupu sepapat yang lain. mak, makyah, maklang, maklong, kak lang, kak yah sumer gelaran bagai la kan. yang pasti semua pun sayangkan mak. nak2 lagi anak baru mak yang berdua tu la kan afiq & anas. kemain lagi :-p

saya tidak mahu berjiwang karat di hari berbahagia ni kan. asik sedey2 je. so kali ni saya nak hepi2 je cerita pasal mak.

mak sangat best
mak sayang kami
mak sgt care pasal kami
mak sgt memahami kami
mak selalu masak menu yg direquest kami
mak garang kdg2 hehe
mak suke merajuk ;-p
mak nampak mude
tp mak mmg best

janji kami mak...

kami akan pastikan mak hepi selalu dan bahagia dengan kami semua

SAYANG MAK

sekian,
umi, nyah, kak aan, ain, abah & nuar
adik, abg
afiq, anas, eman, acik & kakak
anak2 sedare mak
kakak adik abg mak
sedare mare mak hehe
dan juge org kampong kite hihi

WE LOVE U MAK MUAAAHH

p/s : kita celebrate skali dengan hari bapa ok. :-)

TIDAK LUPA JUGA PADA IBU MERTUAKU MAKCIK2 KAKAK DAN SEDARA MARE SERTA KENGKAWAN SUMER YANG DAH JADI IBU, SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU ! :-)

disertakan video ni utk tatapan sumer... saya terharu. sungguh ! ibu... ibu... engkaulah ratu hatiku :-)

video



Monday, May 10, 2010

tidak boleh tido. kenapa?

sudah beberapa kali kejadian ini berlaku dan semalam adalah paling teruk sekali. tak tahu kenapa susah sangat nak lelapkan mata. mula2 mengantuk... bila nak jumpa bantal dah jumpa katil mata ni terkedip2 x boleh lelap. lemas betul la...

kul 1 bangun layan internet... surf sana sini sampai nak termuntah pening mengadap pc...

pegi dapur... punggah pinggan mangkok susun cantik2 sampai kul 2.30am...

masuk bilik utama keluar masuk bilik belakang pg dapur... lepak kat living hall layan tv x jalan jugak... resah x tentu pasal... penyudahnya masuk bilik air MENDOBI sarung sofa yg dah rendam lepas isyak td...

abes keje amal tu sampung susun kain main sumer... asing2 baju i baju u gitu... lipat sana lipat sini... mata dok segar bugar lagi. kusut sungguh !

pagi nak keje... mata ni manja tergedik2 x nak lelap... hape nak buat...

buka tutup peti ais... surf internet lagi... kul 4.30am arghhhhh

x boleh jadi x boleh jadi !

masuk bilik... letak cermin mata atas meja solek... silat rambut sket ( hape jadah nak tdo melawa la plak haha) amek port.. pejam mata... berangan2 sket... sedar2 7.30am !!!!!!!!!!!!!

huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhh... usollifardhosubhi... qadaan le jawabnye hehe

sekian, terima kasih

.
.
.
.
.
.
.
dan saya sedang sengsara menahan mengantok saat dan ketika ini
.
.
.
.
.
oh tidak :-(

Friday, April 30, 2010

hilang...

semenjak dua menjak ni makin hari rasa makin tak tentu arah perasaan. susah nak gambarkan bila sentiasa rasa sedih, marah, resah, gelisah, jauh hati, kecik hati, sunyi dan mcm2 perasaan negatif yang lain. beberapa hari kebelakangan ni jugak sangat panaaaaas, berpeluh2 badan, berdegup2 jantung x tentu hala dan tidak tenteram perasaan ni. saya penat letih dan lesu dengan semua perkara. saya hanya tenang bila dekat dengan Dia dan bila mendengar suara mak dan abah...

ya Allah...

saya seperti bukan saya lagi... saya sudah hilang sebenarnya... saya seperti tidak mengenal diri sendiri saya lagi. rasa begitu rendah sekali self esteem... rasa bodoh sangat... rasa kehilangan rasa kekalahan dan rasa kebencian yg amat sgt dengan semua sikap negatif yang semakin hari semakin teruk ini !!!

semalam saya rasa malu... seolah2 ditertawakan oleh orang lain dengan kebodohan dan 'kelurusan' yang saya cipta sendiri... saya sangat sedih bila saya tidak tahu akan perkara yang saya sangat tahu dahulu !!!!!!! bukan sekali... bukan dua... kerapkali terjadi sekarang ini saya seolah2 jadi sangat buta segala2...

sedih... sangat sedih... ke mana saya pergi??? terlalu jauh sangat dah saya tersasar saya rasa.... saya bencikan diri saya sekarang !!!

malam tadi saya tidak boley tidor... saya runsing dengan benda yg saya tidak tahu puncanya...

ya Allah...

bantulah hambaMu ini....

Tuesday, April 27, 2010

geram rasa nak humban trak korang dalam indah water punya kolam daa

ini dah kali kedua dalam tempoh x sampai sebulan. sungguh menyakitkan hati... saya malas nak bercakap dengan makhluk yg suka menelan duit org dengan mudah. ape itu ke cara paling desperate skali bila korang dah x tentu arah laparkan duit. hape lapaq sangat ke makan duit2 kami ni x tentu pasal. bukan nak menegakkan benang yang basah... cuma meluahkan apa terbuku dalam hati ni. betapa meradang dan sakit hatinya tadi dengan penguatkuasa perbadanan *&^%$#)!~ !!! bukan sekali bukan dua la korg ni kan... asal time2 gaji dan sewaktu demganmya bukan main ringan lagi la tulang temulang korang tu nak menyaman orang sesuka hati.

hello !!!!!!!!

korang agak2 la kan... kalo dah time ade pasar malam. parking sekangkang kera ada ke patut korang nak menyibuk2 time ni pakat dok saman menyaman kereta orang sesuka hati. dalam kawasan (*&^%$^*&* xde la teruk sangat orang parking kan... terkawal je. xde pulak semak mate memandang. paham2 je la kan. standard pasar malam mana2 pun. ini amboiiiii menyalahkan YB sain surat sokongan korang punya dok ligat keluarkan saman!!!!!! maka esok berpusu2 la rakyat jelata yang nak kena beratur pi buat rayuan kompaun... shilakakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!! ( maaf bahasa korang sopan !)

saya sangat fedap dan menyampah ! saya sedih !!! saya hanya mau keluarkan wang di mesin atm. mengapa saya menjadi mangsa kekejaman korang yang lapaqqqqqqqqqqqqqqqq duit org huarghhhhhh

tolong..... tolong.....

tengah bulan mau sopping di sabah... bagaimana semua ini terjadi! oh todakkkkkkkk

bagaikan mimpi ngeri :-(

Ikhlaskah Kita Selama Ini?

seminggu lepas saya menerima emel ini daripada rakan sekerja... terdiam seketika selepas habis membaca... ya Allah... ikhlaskah saya selama ini? saat ini rasa betapa kerdilnya diri saya di sisi Dia... saya selalu merungut... saya kerap mengeluh... acapkali sentiasa merasa diri tidak beruntung seperti orang lain... saya manusia yang tidak bersyukur... malu benar saya pada Dia... saya insaf...

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa... betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak...


Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan...

Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama... sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih "dalam" dan sukar daripada itu... benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas...Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi Jumaat yang barakah ini...

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
"Oh ramai encik..."
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik..." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik... tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran..." kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik..."

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"
"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita..."

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! Insya-Allah."
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita... Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."

"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting... hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja... pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back... Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "ceo", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan..."
"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi... " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego..."

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan... orang ikhlas tertindas?