Tuesday, December 14, 2010

bertahanlah dengan semua ini

terus terusan dengan ujian ini sangat menduga diri. menduga keimanan. sesungguhnya saya ini hamba yang lemah dan kadangkala begitu rapuh hati ini apabila begitu mudah mengalah dengan keadaan. saya mohon agar Allah ampunkan dosa-dosa dan maafkan segala kelemahan diri saya. saya tidak mahu menjadi manusia yang mudah mengalah dan tewas dalam menghadapi ujian Dia. saya redha dengan segala yang berlaku, saya pohon terus kekuatan dan kesabaran untuk menempuh semua ini. sejauh mana, selama mana, saya pohon Allah sentiasa bersama saya... saat jatuh, saat terduduk, saat tersungkur lalu tiba masanya untuk kumpul kekuatan bangun semula. sesungguhnya setiap masa saya perlukan Dia

orang senang berkata. kitalah yang memilih untuk bagaimana kita mahu jadi. hakikatnya tidak semudah itu. manusia mudah berkata apa saja apabila mereka tidak melalui saat-saat sukar dalam kehidupan. ada manusia dilahirkan bahagia dan senang sepanjang hayat. ada manusia kadang-kadang bahagia  dan senang kadang-kadang tidak. ada juga yang tidak putus-putus dengan ujian Dia. inilah kehidupan. laluan manusia itu berbeza-beza. penilaian Allah jua berbeza-beza.
saya begitu takut diri ini kecundang lalu mengalah. saya tidak mahu menjadi manusia yang dimurkai Dia dek tidak tertahan dengan ujian Dia... saya pohon dipermudahkan segalanya...

No comments: