hanya kerana saya wanita yang berdikari maka barangkali saya tidak perlukan pertolongan sesiapa
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka saya mampu buat semua sendiri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka saya x perlu ditanya apa-apa keperluan
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka pandai-pandai la urus diri sendiri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka x payah la nak call tanya keadaan saya ok ke tak
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka konfem-konfem la selamat kan walo di mana-mana...
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka ok je parking kereta @ basement yang sunyi sepi dan menyeramkan tu kemudian naik le lif ! sampai je kan
(walopun pukul 3 pagi)hanya kerana saya wanita yang berdikari maka pandai-pandai la urus camne nak beli kereta
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka pandai-pandai la pk nak servis kereta dekat mana
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka blaja-blaja la check kondisi enjin kereta
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka kerja-kerja rumah buatlah sendiri
( kan ke keje pmpn !)hanya kerana saya wanita yang berdikari maka lain kali belaja la panjat sendiri lap kipas angin
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka boley pegi shopping groceries rumah sendiri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka nak beli ape-ape pegi la sendiri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka nak tengok wayang ajak la kawan ke makcik ke sepupu ke teman
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka mampu berendeh-rendeh angkat barang berat sendiri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka saya ok je pegi jumpa doktor pakar kat hospital sorang diri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka saya ok ape stay dalam ward hospital sorang-sorang
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka x payah la gedik-gedik sikit2 nak mengadu sakit
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka boleh ape kalo demam pegi beli makan sendiri
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka kalo sakit take care le diri tu ye...
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka kalo penat pon blajo-blajo la memasak
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka kalo penat pon blajo-blajo la mengemas rumah
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka kalo penat pon blajo-blajo la membasuh baju
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka pinggan saya saya basuh, pinggan orang saya basuh, pinggan orang orang basuh, pinggan saya orang x ingin basuh
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka baju saya saya basuh, baju orang saya basuh, baju orang orang basuh, baju saya orang x ingin basuh
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka pegi la report pada maintainance astro ni hampeh buat hal
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka pegi la panggil plumber bila paip rosak
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka sah-sah la berani tinggal malam sorang-sorang
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka hati kebal x payah susah-susah nak pujuk
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka x terguris punya la kalo cakap lebih kurang
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka ala... keras hati kan... mana la reti nak sedih !
hanya kerana saya wanita yang berdikari maka saya ni degil dan keras kepala
hanya kerana saya wanita yang berdikari...
maka...
sebab itulah saya
tidak layak untuk dilayan seperti orang lain kerana saya adalah saya... dan saya adalah bukan orang lain... saya tidak perlu dikesah atau diambil berat kerana ...
saya adalah wanita yang boleh berdikari...
saya akan ok dan...
tambahan pula
saya suka menentang cakap dalam erti kata lain... saya ni bukanlah baik sangat untuk dibuat baik dan diberi semua segala layanan itu :-)
yang benar,
saya wanita yang berdikari