syukur ke hadrat illahi atas ruang dan peluang melakukan sesuatu yang asalnya tak yakin pon boleh dilaksanakan. masa mula-mula dapat tahu kena buat projek csr (mcm-mcm requirement nak keje zaman sekarang ni) termenung panjang apa nak buat. ohoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ! fikir punya fikir punya fikir ada la datang 3 4 idea. setelah ditimbang tara, akhirnya keputusan dicapai nak buat satu program di sekolah Imtiaz Melaka memandangkan memang dah niat nak buat something untuk bantu sekolah ni.
kenapa pilih Imtiaz Melaka ?
soalan yang seringkali ditanya termasuklah masa pembentangan pada penilai dulu hehe. suka hati la kan nak pilih sekolah mana ke tadika mana ke kampung mana ke sebab ni projek individual hehe. inisiatif sendiri cumanya boleh guna nama jabatan masing-masing. kami semua SYMP boleh la minta tolong jabatan bantu untuk menjayakan program csr masing-masing tepi terpulang la jabatan nak bantu ke tak. kawan-kawan di agensi daerah memang best la sangat-sangat sebabnya kebanyakan diorang ni jabatan ada bagi peruntukan buat projek di daerah masing-masing sebab banyak projek-projek daerah ala-ala csr gitu. masyuklah nak jalankan program. bagi kami di central agencies ni sob sob sob... jabatan nak bagi pinjam bas ngan lori pun dah syukur :-). tapi alhamdulillah bos-bos dan rakan sekerja sangat supportiveeeeeeeeeeeeeeeeee ! thanks uols !
Program Bumi Hijau Imtiaz Melaka... akhirnya nama program diberi. dengan keizinan pihak sekolah, bantuan jabatan lain juga akhirnya terlaksana program memperindahkankan bumi Imtiaz Melaka dengan pokok-pokok dan landcaping ringkas hasil dana yang dikutip melalui penjualan pokok-pokok secara amal ditambah lagi dengan sumbangan-sumbangan lain oleh orang ramai. sapa orang ramai tu? memang x sangka atas kemurahan hati warga ofis, kawan-kawan kak nyah, kak aan, kawan-kawan sendiri, kawan-kawan somi, saudara-mara, jiran tetangga termasuklah ibu bapa pelajar Imtiaz Melaka sendiri. ada yang beli pokok, ada yang sumbang pokok, ada yang sumbang meja kerusi, ada yang sponsor makan, tenaga, lori, ada yang sponsor itu ini... hanya Allah jua bisa membalas segala pengorbanan kalian semua buat anak-anak bertuah Imtiaz ini :-)
walaupun ada sorang dua orang yang kondem projek ni dengan menyatakan tanam pokok biasa xde hasil haha. siap suruh tanam pokok balak dengan gaharu baru la boleh buat duit... then bila kita tanya nak sumbang apa akhirnya geleng kepala memang lawak daripada maharajalawak mega. cakap tanpa usaha memang x datang apa-apa. biarlah orang yang sentiasa negatif berada dalam dunia mereka. ada akak kesah :-). setakat sorang dua orang kondem tak jadi kudis kan. satu x mau seratos lagi mau hehe.
ok ini adalah gambar-gambar program bermula dengan poster & banner designed by mr anwar ! sesapa memerlukan pakar-pakar untuk kerja freelance sila hubungi dan bayaran boleh dirunding :-)
ini pulak sehari sebelum program. angkut barang daripada nurseri ke Imtiaz. pukul 3 dari ofis ke sg buloh. pukul 5 bertolak ke Imtiaz. dekat jam 9 baru sampai. jem teruk petang jumaat tu ntah kenapa dekat area kota damansara, subang sampai la masuk elite. susah hati betol mastu tu sebab dah janji dengan pihak sekolah sampai petang. memang tak selari betul dengan tema janji ditepati hehe
|
cc jafri dan en nizar bertungkus lumus angkat barang |
|
penat la tu ! x pe xpe nanti saya tolong pau pokok satu daripada tokei nurseri utk rumah baru en nizar :-) |
|
ini lori ane dari klang. ada org sponsor lori ni untuk angklut rumput |
|
orang kuat ! paksu oh paksu |
dihari kejadian pulak sesudah subuh bergerak kumpul depan opis bagi yang naik bas. ada jugak yang naik kereta. my sister tunggu di rnr seremban untuk edarkan breakfast pada ahli rombongan. semangat sungguh pepagi masak nasi goreng & spagetti bolognaise. yummyyy ! tepi seperti semalam janji tak ditepati lagi. sepatutnya program start 830 tapi kami terlewat. ada sorang makluk paling seksi ni bersiap ampunnnnnnnnnn berejam tunggu. mekap sana sini padahal nak pergi berkebun. sabau je la ko didiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ! terpaksa call pihak sekolah dengan tebal mukanya bagitau lewat 1/2 jam dan mintak deme mulakan dulu program senamrobik tu. bukan apa, memandangkan pegawai jabatan landskap dah sampai, my sister dah sampai, atm dah sampai, parents dah sampai, pelajar guru-guru elok la mulakan ja dari menunggu kami dari putrajaya ni :-)
|
anak-anak Imtiaz sesudah senamrobik ! kami menempel last last je |
|
ustaz dol bagi taklimat |
|
eh pecah tanah ke apa ni hehe. kanan sekali tu encik shaharuddin dari jabatan landskap. mekasih banyak2 penuhi undangan saya untuk bagi talk pasal kempen tanam pokok :-) |
|
abang-abang tentera kem terendak menunjukkan skill |
|
gabungan tiga suara fafau, ciyah dan didi ! akak konpius jap kome ni mai melaram ke mai berkebun :-) |
|
pembahagian kerja. sentuh-sentuh dulu rumput. pandang-pandang, jeling-jeling amek feel |
|
batu refleksologi. senang staff & student nak relax-relax sambil massage :-) |
|
bahan-bahan |
|
ok fine, ni begambo je ke mmg betol2 kome tanam? |
|
ni la punca kelewatan. haha |
|
tengah tu encik tarmizi, penyelaras program. dia la saya selalu deal. |
|
sebahagian bahan-bahan |
|
mekasih korang :-) |
|
ok the one n only penyumbang pokok petai. seyes x paham sampai gaduh-gaduh nak jugak pokok tu. x kuasa nak layan tp dilayankan la jugak ! datang kemain bergaya tukar uniform dah rope ................ fau sila jawab ! |
|
pasukan mana ni? |
|
proses gemburkan tanah untuk tanam rumput |
selepas sesi tanam menanam, cangkul menyangkul dan sesi tolak kawan dengan kereta sorong (adengan paling byk sekali oleh pelajar hehe), disetkan satu slot kuiz alam sekitar. ada pelbagai hadiah yang memang kita nak bagi dengan pelajar-pelajar Imtiaz. wowwww sambutan amat menggalakkan. dari belakang makin lama makin rapat makin lama makin dekat dengan hos bersemangat nak jawab soalan ! siap boleh nego nak tukar hadiah sabauuuuu je lah. apapon kita layankan sementara stok hadiah masih ada hehe
|
seeeeee ! |
|
tak tipu kan ? :-) |
|
ok masa ni konpius mana bandaraya yang penuh dengan landscaping. akak pon konpius dik sebab putrajaya belum bandaraya hehe |
|
hepi la tu dipilih jawab soalan :-). |
then selesai tu kita ada acara penutup. suppose timbalan pengarah kanan yang rasmikan tapi last minit tak dapat datang atas sebab yang tidak dielakkan. makanya kpp menjadi penyelamat. mekasih puan :-). masa acara penutup ni semua pihak bagi speech sikit2 la. then tukar-tukar cenderamata. sesudahnya semua dijemput makan tengahari.
|
jabatan landskap kepada imtiaz |
|
ustaz dol n my big sister. orang kuat program jua |
|
wakil jabatan & kawan-kawan. hmm gambo famili xde pulak sempat snap |
|
tadaaaa. sikit landskap di bahagian depan |
alhamdulillah semuanya selesai dalam pukul dua ptg. baa'da zohor kami pun berangkat pulang ke putrajaya. singgah sekejap di pekan alor gajah untuk beli kuih udang istemewa. dalam bas berdengkur bantai tidor semuanya. letihhhhh amat tapi enjoy :-)
esoknya sambung pulak program csr ciyah di kidzania, the curve bawak anak-anak yatim then bersambung dengan program csr farah projek telekung di surau alamanda.
NOTA 1:
- terima kasih ALLAH atas peluang ini
- terima kasih suami atas sokongan dan poster
- terima kasih mak abah kak nyah kak aan paksu dan seluruh keluarga yang membantu dan menyumbang tenaga, wang ringgit dan keperluan lain
- terima kasih kawan-kawan
- terima kasih bos
- terima kasih warga ofis
- terima kasih jiran tetangga
- terima kasih kawan-kawan kepada kawan kawan :-) ( jenuh nak sebut semua nama hehe)
- terima kasih jabatan
- terima kasih semua penyumbang wang, tenaga dan lain-lain
NOTA 2:
terima kepada seluruh warga Imtiaz Melaka kerana sudi menerima kehadiran kami bagi menjayakan Program Bumi Hijau. Kepada tuan pengetua Ustaz Wan Zakry, ustaz dol, encik tarmizi, encik zakuan dan semua tenaga pengajar lain atas kerjasama kalian. anda semua best ! :-)
maaf sangat-sangat x dapat nak pinda tarikh lain sebab dateline saya nak kena submit report pada 13 julai 2012. Semasa program berlangsung ustaz wan zakry ke Turki bagi misi ini. sebab tu la xde gambar pun dalam program ni :-)
NOTA 3:
terima kasih Jabatan Landskap Negara esp encik shaharuddin, pada geng perkep, warga ATM yang membantu, parents pelajar imtiaz, pak cik ali yang letak nama aku dalam resit sebagai ustazah (sabauuuuuuuuuuuuuu je la hehe)
2 comments:
hang amik gambar je ker umi?? hahaha
haippppp aku menyangkol ko penat hehehhe
Post a Comment