syukur ya rabb diberi kesempatan lagi merasai nikmat ibadah berpuasa dan berhari raya pada tahun ini. alhamdulillah satu impian yang dipohon untuk ramadan dimakbulkan Allah swt. alhamdulillah.
awal ramadan berpuasa bersama adik ain, keluarga dan kawan-kawan yang menyayangi diriku ini. oh terharu masih ada yang sayang. ahaks :-p. somi telah menjalani ibadat umrah seawal minggu puasa. 1st day buka puasa bersama sibling & mak mak cik di rumah makngah. best sebab dapat makan kueh teow doli hehe. unsangkarable betolla la deme bukak stall dekat bazar ramadan kelana jaya. 2nd day sahur makan sorang sorang sebab ain domam huarghhh. syahdu sangat ! dan hari-hari seterusnya ditemani rakan-rakan. mekasih ciyah, fau & didi datang berbuka n sahur di rumah aku. terima kasih kerna menyayangi diriku ini hehe.
|
the best kueh teow in town originally fr taiping wif luv :-) |
nak jadi cerita ramadan oh ramadan, si ain demam dari malam 1st day pose. ingatkan demam biasa-biasa. pegi klinik 2, 3 kali xde apa. yang ketiga tu check darah di pusat kesihatan putrajaya dah nampak positif denggi tp MA suruh balik dulu mintak datang esoknya check semula. si ain dah menggigil-gigil muntah cirit birit bagai. tunggu sampai malam condition makin teruk. malam tu lepas berbuka angkut terus ke hospital serdang. dari jam 830 sampai pukul 12 baru dapat jumpa dr. sekali result darah memang menunjukkan banyakkkkk sangat abnormal di mana confirm la denggi mak cik tu. kena la warded. hamek kauuuuuu. mana plak kena nyamuk ni. rumah aku kah kedai dobi kah hehehe. si ain ni cuti sem mai keja dobi dua bulan sambil menjaga kakaknya kesorangan last2 sapa jaga sapa ntah haishhhh. pukul 3 pagi balik umah mata pandaaaaaaaaaaaaaaaa lagi esoknya keja n ada meeting. kak nyah datang pagi tu uruskan dia di hospital bawak segala keperluan, air 100plus, sup ketam dan ipad hehe. eksen betol org masuk spital skang mcm2 gadget mau angkut. sakit ke dak ni haihhhhh.
|
lembik & ngantuk |
|
misi-misi ni sangat baik. keep it up ! |
|
lawa uniform. kali kedua untuk tahun ni hehe |
|
penyakit keluarga kalau jumpa mesin rest n go. huh nasin abg xdo ! |
|
buka pose di luar je lepas seharian di hospital |
jumaat malam tu mak sampai dari kampung demi anak-anak kesayangannya. terima kasih mak. 2 3 hari ni makan sedap la sikit haha. itu plak kan !
|
ini terbaikkkkkkkkkkkk dari cikyah :-) |
minggu ketiga somi telah pulang. 2 minggu last ni beberapa kali saja buka di rumah selebihnya kami makan di luar. 2x ulang buffet di little white cafe dek kerana keenakkannya. 2x di wong solo, di kelab tasik, di saba, di rumah makcik, rumah kakak, di opis dan menapau hehe. last-last tu mmg malasssss amat nak masak.
|
frenza. ustajah ni la buat pavlova sedap hehe |
|
gang perjanjian berdarah 1/2011 |
|
acara mengepau kak nyah |
|
paksu imej baru & abang |
persiapan raya... oh memang hampeh. beli kain nak tempah akhirnya tak terlaksana. tailor x mau amek tempahan dah. camne nak setema ni haishhh. last-last tangkap muat beli saja penyudahnya. tensen nak cari kaler yang diinginkan tu. tudung pulak menapak mencari ke shah alam omg heaven gila shopping tudung rambang mata nak pilih. sempat la sambar beberapa ketol :-), untuk famili tahun ni x shopping apa haha. bagi duit raya je lah kan. beli kuih tart sikit dan bahan2 buat fruit coctail n lemang jagung. sebabnya tahun ni napsu shopping menurun dengan mendadak makanya semua pon malas.
as usual, raya kali ni di taiping la. mana lagi nak pegi bawak diri kan. tahun ni semua sibuk kelam kabut sebab my kazen nak kenduri kawen. mak pak pak cik makcik sebok pi menjemput. ada famili juga x dapat balik sebab nak save cuti untuk kenduri. makanya tahun ni xde famili day. ada mercun bunga api gila dababommm je hehe. so uolssssssssssssssss, stanby next year kita buat !!! buat dr lingam di india dan adik di sabahan sila balik ok hehe.
|
indahnya ikatan kekeluargaan :-) |
|
sampai ke syurga |
|
kasih mengasihi |
|
sayang menyanyangi |
|
selamat hari raya. tahun depan kita kumpul ramai lagi :-) |
Nota : .......................................................................................................................................................
2 comments:
i like post ni..unsur kasih syg melimpah ruah...
:)
i love u 2 coz we are family :)
Post a Comment