Saturday, July 2, 2011

lepas rindu...

setelah sembilan tahun pemergiannya, inilah pertemuan paling menggembirakan. paling membahagiakan. paling bermakna. TERIMA KASIH ALLAH. SYUKRAN YA RABB. nikmat yang sungguh tidak terkata... iya..

hanya Allah tahu bagaimana hubungan saya dan arwah opah

bagaimana akrabnya dan mesranya kami

bagaimana kasihnya saya pada opah dan bagaimana kasihnya opah pada saya

19 tahun hidup bersama tidur bersama

tak bisa dipisahkan

tatkala hening malam, saya takut... apakah esok saya bangun opah masih ada...

saya sering menatap wajah dan memegang dengutan nadi di tangan takut saatnya tidur...

saya pernah berkata pada seorang sahabat semasa di matrik, perkara yang paling saya takuti pada masa ini berlaku adalah kehilangan opah... janganlah opah pergi tanpa saya di sisi... saya takut saya tidak boleh menerima kenyataan

dan ternyata...

Allah menguji saya... dengan apa yang saya perkatakan

saya menerima pemergian opah di saat tiada langsung perkabaran opah sakit

perginya tiba-tiba, tenang, mudah... Allah benar-benar sayangkan dia

lemah lutut ini mahu berdiri, berat kaki ini hendak melangkah

saya berasa seperti tewas pada kehidupan... pada ujian

rasa kosong... kosong !

begitu lama saya mengambil masa memulihkan diri, merawat hati

alhamdulillah saya sedar, saya tidak boleh terus begini meratapi

hanya doa... yassin hadiah yang terbaik buat opah... sebagai bukti kasih dan sayang yang tidak pernah padam... tidak akan pernah...  

baru-baru ini...

saya bermimpi opah ada di rumah. saya terkejut kenapa opah ada di situ. saya berlari sekuat-kuat hati memeluk MELEPAS RINDU DENDAM YANG BERSARAT SELAMA SEMBILAN TAHUN INI !!! opah senyum tenang dan mengusap-usap saya dengan penuh kasih sayang. saya bertanya ke mana opah pergi selama ni. kenapa opah tinggal saya tanpa bagitau apa-apa. opah hanya senyum, dan terus senyum sambil menatap wajah saya dan memeluk. kemudian perlahan-lahan opah meletakkan kepalanya di pangkuan tangan kanan saya. opah menarik nafas turun naik. SUMPAH saya merasa panas hembusan itu. saya gusar... saya sebut nama opah... yang saya dengari hanyalah kalimah lailahaillah muhammadarasulullah... opah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan tangan dan ribaan saya...

subhanallah... mimpi apakah ini. saya terjaga daripada tidur dan merasakan cecair panas mengalir daripada mata. saya menangis dan terus menangis. ya Allah... terima kasih meminjamkan sekejap kekasih hati ini walau hanya dalam mimpi. terima kasih kerana memakbulkan doa untuk bertemunya bagi melepas rindu. terima kasih Allah kerana memberiku peluang untuk berdua, menyentuh, mengusap, mencium wajahnya... terima kasih. terima kasih... begitu besar HADIAHmu padaku ya Allah...

esoknya, saya menelefon emak memberitahu kejadian ini. saya bercerita sambil menangis-nangis. tapi kali ini bersama-sama mak pula. kami merasa kehilangannya...

saya rindu dia ya Allah...

al fatihah...

2 Julai 2002-2 Julai 2011
Allahyarhamah Halimah binti Din

No comments: