Wednesday, June 29, 2011

Taman Rimba Alam

Taman rimba alam tu taman rekreasi berdekatan dengan rumah. Saja getik ok membuat tajuk sedemikian rupa. Okay, kali ni meh nak bercerita mengenai hobi baru yang terpaksa gigih dipupuk. Orang selalu hobi ni datang dengan minat sendiri. Ini tidak. Terpaksa dipupuk. Saya ulang, TERPAKSA DIPUPUK!

Alkisahnya masa di kuarters lama memang pernah bercita-cita nak bercucuk taman di balkoni rumah. Maka beria-rialah menyemai dan mengangkut anak-anak pokok dari kampong dan nurseri paksu pakteh ke rumah. Masa datang sungguh sehat anak-anak pokok tersebut. Maka berazamlah di dalam hati nak menjaga dengan baik. Supaya senang, setakat nak guna sendiri  tak payah susah payah nak ke kedai atau ke pasar ! hari berganti hari bulan berganti bulan, kehidupan mereka semakin tidak terurus. Tuannya memang tak mengambil tahu dan tak kuasa membuka pintu depan untuk menyiram pokok di balkoni. Alasan adalah sebab paip jauh ! esok-esok kalau rumah bawah tanam la balik. akhirnya riwayat mereka tamat begitu sahaja. Sebabnya, mati kehausan kot. Yang tinggal Cuma tanah di dalam pasu yang dah keras kejung. Kot hidup pun pun pokok kaktus je hehe.

sehari sebelum hadirnya pokok-pokok baru. hanya ada seketul di situ ya !

Bila dah pindah ke kuarters baru ni, landed house, maka… dah dengar suara-suara mula mengungkit akan janji-janjiku nak bercucuk tanam. Arggghhh. Masa tak de sapa memang saya biarkan je pasu-pasu dalam plastic depan rumah yang penuh pasu dan tanah-tanah keras tu. Datang saja mak ke rumah baru-baru ni selamaaaatttt. Kena pantun 5 6 kerat akhirnya cik yah tanam ka jugak sepasu dua. Kemudian hujung minggu di sambung dengan adik-adik cik yah tuan punya nursery matang yang datang ke rumah membawa barang-barang kiriman cik yah untuk memenuhi impian anak (cik yah sebenarnya) untuk ada tanaman sendiri di depan dan belakang rumah. Wah keleeesss. Mekasih paksu pakteh yang datang jauh-jauh dari klang menanam pokok untuk anakandamu ini.

 pokok limau kasturi dan limau purut.

senang nak masak tomyam. nak basuh ayam ikan

serai, pandan dan kesum

harap semuanya hidup sehat membesar bagai johan. pokok kesum dan pandan adalah percubaan ketiga

 tak tahu nama ketiga-tiga pokok di bawah. sekian.

ni bukan pokok yang boleh dimakan

  pokok kunyit dan kari

dua-dua pewangi masakan

ini taman di belakang rumah dan compound. apesal kaler hijau je ni. mana kaler lain

 
kaktus dan tak tahu nama pokok. sekian lagi.

hanya 3 jenis di compound. jeles tgk pokok jiran cantik2 ok

ini bukan rumah saya. ini untuk dijual. arghh saya tak mampu beli. sebab SP Setia jual mahal sangat. 

kalo le dapat. hari-hari bukak pintu belakang nampak. suka tapi stress :-)

nasib baik depan belakang ada paip air. kalau tak alamatnya sama la naseb macam pokok-pokok dulu. sekarang ni motivasi diri balik saja kerja terpa pokok-pokok dulu kasi minum daa... orang kata bercakap dengan pokok-pokok kita nanti tu pokok tumbuh sehat. tak praktik lagi la so far sebab takut jiran nampak bercakap sorang-sorang. hehe.

mode : rasa macam nak tanam cili (atas dorongan ucop wilca HKLBR) pulak plus pokok bunga kaler selain hijau !

3 comments:

ayong afzan said...

Pokok bunga umah aku pun kering kontang. hidup segan mati tak mau.

Umi said...

hopefully kali ni sehat-sehat la semua pokok ni. dah bagi makan minum.

Izzad said...

patut la menagih cerita dari aku..rupenye dia pun dah ade cerita....komen aku kan....ko buat la jadual tugas siram pokok dengan cik abang ko...sama2 nak makan gak...so sama2 la KERJASAMA konon.....kompom awal2 ko dah kene bersyair dengan epoi kan....pastu baru pantun 5-6 kerat dari cik yah ko....