Thursday, July 28, 2011

Super GT Round 3 @ Sepang International Circuit

alkisahnya company husband baik hati menyedekahkan pada staff-staff tersayang tiket free super GT. so hari tu 19 June kami pegi tengok super GT ni dekat F1 circuit, sepang. nasib la tak berapa nak panas terik. kalau tidak maunya pengsan campur dengan crowd yang sangat... malas nak cakap la kan. syukur sebelum pegi saya masak dan makan dulu di rumah. nasik beriyani + ayam masak merah + daging goreng. sila abaikan jika menu itu tidak masuk langsung 'gu' nya hehe. kat sana harga makanan mahal wehhhhh. beli satay RM10 dapat hanya 7 cucuk sahaja ! lain-lain usah cakap la. standard semua RM10. mee gorang ke nasik goreng ke, air kelapa seketul ke. haiiih. 

tengahari tu sebelum zohor kami keluar sebab takut susah nak cari parking, solat di sana (lega la bilik solat ada aircond dan luas ok), tengok pameran sikit dan wanita seksi (masyarakaaaat !), dan pukul 4 baru start final. Hmm... best memang best cumanya penat nak tunggu race habis. kereta semua laju tak ingat tak tau la sapa yang leading. pemyudahnya tunggu masa tamat baru tau.

awal-awal semangat. last2 mata ai dah berat ok hehe
usai program tanpa menunggu pemenang ambil hadiah kami dah berangkat sebab tak nak bersesak-sesak. kali ni terus ke wangsa maju sebab husband ada meeting lepas maghrib dekat area wangsawalk. ingatkan sempat la nak pegi makan dekat mali's corner tapi memang masa tak cukup. so kami dinner di popeyes sahaja.


berpopeye ok sebab tak jadi nak ke mali's corner
oh saya memang penunggu setia. sebab lepas habis dinner, orang sibuk meeting saya dah mula merayau-rayau dalam wangsa walk sementara tunggu meeting abes. sebab dah 2x kali situasi macam ni berlaku ( i mean ikut pegi meeting) jadi macam dah bosan nak pusing dalam shopping complex ni. tengok-tengok kedai baju sekejap terus masuk tutti melepak sambil layan HBO.

next time ikut kena bawak novel la. sambil tunggu boleh membaca. kalau tak asik gatal tangan rasa macam membeli. hehe. next visit nak makan dekat mali's corner jugak. tak kira !!!

p/s: berita sedih mali dah kena roboh DBKL baru-baru ni huarghhhhh

No comments: