Friday, July 15, 2011

Beriyani Batu Pahat & Ikan Bakar Umbai@ Melaka

tiga empat kali pegi makan ikan bakar dekat umbai, kali ni mencuba di restoran parameswara pulak. sebab mak kata sedap. wah mak pun nak jadi pengacara jalan-jalan cari makan ke apa hehe. tapi seriously memang sedap la kan. sehingga menjilat jari. harga sangat-sangat berpatutan. kami order siakap 3 rasa, ketam goreng cili, sotong goreng tepung, butterprawn, kailan, telur dadar, nasik lemak, otak-otak, air jus satu jag harga tak sampai seratus pun ok. 4 orang makan sangat berbaloi-baloi. nak-nak makan ditepian muara sungai ke laut, nikmat gitu.


sampai je makanan semua makan macam tak ingat dunia. sebabnya lapar sangat kot. hari ni satu hari suntuk keletihan dan kelesuan sebab daripada pukul 4 pagi tak rehat-rehat lagi ni ha.

dah macam nak bergaduh ok lumba makan hehe
 ini gerainya... silalah mencuba di parameswara pula sekiranya anda belum.


siang tu kami lunch di gerai mohd shah baryani dekat batu pahat. punya la gigih mencari akhirnya jumpa juga. sebelum datang lagi dah memang berhajat kalau sampai batu pahat nak makan kat sini tak moh tempat lain ok. berjampi je lah sepanjang perjalanan dan alhamdulillah dimakbulkan Allah jua menikmati rezeki ini.

menyelerakan. sangat murah pulak tu. ikut hati nak di tapau bawak balik tapi jauh pulak perjalanannya sebab ada hati nak singgah melaka. aisehhh.
actually pekena ikan bakar dan nasi baryani ni sebabnya pegi hantar si ain daftar belajar kat UTHM. alang-alang last entry cerita pasal konvo dia, godek-godek gambar jumpa la gambar kami ke sini. cerita ni sebelum si ain konvo lagi. semasa makan-makan di umbai masa ni ain dah kena tinggal. padan muka dia hehe. dia makan megi je la. dia called kata program malam dan esoknya cancel sebab satu adalah malaysia menang piala AFF suzuki, second esoknya new year. kalau kata baru keluar je dari batu pahat boleh la kami patah balik ambil dan bawak stay dekat melaka semalam tapi apakan daya dah sampai melaka. lepak la ye hang kat sana. hehe.

selamat maju jaya. balik nanti sila master bahasa jawa

No comments: