Thursday, December 13, 2007

Kenduri Kahwin Lagi !!! Pin Pin

Huh untuk bulan ni saja banyak betul majlis perkahwinan dan pertunangan rakan2. Almost every weekend mmg xlekat dekat rumah. Jenuh makan nasi kenduri je. Punah dietku selama ini. Hehe. Buat Noni dan Akhie Selamat Pengantin Baru. Congratulations atas perkahwinan ini. Semoga bahagia sokmo k.

p/s: Saya antara kawan2 yang menyaksikan kisah percintaan merpati dua sejoli ni sewaktu di campus dulu. Dari 1st year hinggalah ke jinjang pelamin jua akhirnya. Alhamdulillah... n best dapat jumpa kawan2 lama esah, ibu, mummy,shay, mamet, n lain2 ( banyak sgt nak sebut. Hehe)

Happy Engagement Pink Pinky



Sabtu yg lalu jugak saya mendapt jemputan ke majlis pertunangan seorang lagi sahabat semasa belajar di campus dahulu. Tp saya xberkesempatan untuk menghadirinya kerana pulang utk majlis perkahwinan sahabat seorang lagi di kampung. InsyaAllah majlis perkahwinan nanti saya akan datang. Ok pink ! Selamat bertunang buat Siti Mariam Nur dan Hail Roshman ! So ini gambar2 yg diambil oleh Ct Noor dan Asmida. So saya publish di sini sebagai tribute buat pinky ! (majlis saya bila??? Huh xade jawapan lagi. Hehe. Tgu putera katak pulak la. huhu)


p/s:dah tunang ko pink. Huaarggghhh gila meriah mejlis ko. Mane goodies bag utk aku??? pink pink. Sumer pink. Nanti baju kadi ko belikan pink jugak tau. Mesti havoc. Haha

Selamat Pengantin Baru Sahabatku !



Gembira, sedih sebak dan macam2 perasaan melepaskan sahabat baik melangkah ke alam perkahwinan baru2 ini. Rasanya baru semalam kami berdua telompat2 atas padang tjerit2 main netball. Baru semalan kedua2 kami menyanyi dan menari sakan dalam karaoke box lagu dangdut mas idayu. Baru semalam buat gila drive malam2 lepak tepi gurney drive merenung ombak malam sambil makan chocolate indulgence. Bersembang sampai ke subuh sampai xtahu mengantuk. Ntah ape2 je cerita yg xhabis padahal selalu sangat jumpa. Saat lihat dia dengan sut pakaian nikah saya betul2 rasa sebak sangat dalam masa sangat gembira dengan majlis ini. Kawan baik saya sudah menjadi isteri orang. Maksudnya zaman yg kami lalui sama2 menempuh hari2 remaja telah berlalu pergi dengan perlahan lahan. Sedikit demi sedikit keaadaan akan berubah. Pastu segala2nya akan berubah. Pastinya kami berdua akan merindui saat itu. Apapun tahniah buat sahabat saya Noraziah Mohd Bashari dan Azmil Bakri Mohd Bakhtiar atas perkahwinan ini. Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya... amin.

8 Disember 2007

Bagi majlis ini saya sangat berkobar2 bagi bersama2 dengan pihak keluarga pengantin perempuan membuat persiapan terakhir menjelang majlis yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pada hari sabtu yang lalu, 8 Disember 2007. Alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar dan acara paling xlarat sekali adalah sesi ‘outdoor photography’. Huh gila penat dengan si izat cameraman yg mmg full of idea n energy tu. naik melecet kaki pengantin dgn pengapit melayan sesi ni. tp mmg best. Sempat saya belajar serba sedikit skill mengambil gambar dr abg cameraman kita ni. hehe. Boley tahan jugak gambar saya. Hehe. Last skali sesi bgambar dekat sungai di kaki bukit larut. Penyudahnya kami berlima makan laksa kat gerai tepi tu dengan baju2 pengantin yg xsempat tukar pun. Haha. Ni sumer gara2 pa’e dan izat yg malu sangat masa makan dekat dewan. Ambik ko last skali. Apapen best la ko jiah ngan azmil sporting gila dgn sut korg yg glamer gile tu makan dekat gerai. Kenangan beb ! cter kat anak cucu nanti. Hehe. Sebelah malamnya pulak sesi potong kek dan persalinan pengantin. Meriah sungguh sampai mata saya dah xlarat bukak. Nasib la ada edi mak andam penglipur lara. Hilang jugak mengantuk. Dekat jam 1230 baru tiba rumah.

9 Disember 2007

Esoknya majlis di Seri Manjung. Pagi dalam pukul 10 kami bertolak ke sana. Sebelum tu saya sempat singgah di rumah seorang lagi teman masa belajar dahulu utk member hadiah perkahwinan disebabkan saya terpaksa ke manjung. Apapun selamat pengantin baaru buat Khairul dan pasangan. Semonga kalian berdua bahagia ke anak cucu. Amin. Maaf sangat kerana xdapat menghadiri majlis. Xsempat jumpa pun pengantinya. So tgk bilik tidur pengantin pun jadi la. amek berkat. Hehe. Berbalik kepada kisah perjalanan ke manjung td. Huh mmg mencabar sangat disebabkan driver racer yg xbertauliah bawak saya dan pasangan pengantin. Nak tercabut jantung ni. rasa terberhenti darah sekejap dengan aksi gila driver. Alhamdulillah kami tiba dengan selamat (walaupun saya masih rasa macam mati hidup semula) pada jam 1245 tghari. Setelah selesai majlis saya lepak sekejap di rumah pengantin lelaki kerana saya terus pulang ke putrajaya terus dari sana. Jam 430 saya bertolak balik ke rumah dan tiba lewat sedikit disebabkan cuaca hujan yg xhenti2. Overall 3 hari cuti saya memang best walaupun sedikit memenatkan. Seronok lihat kawan dah berkahwin. Saya? Huh x ada jawapan. Hehe... tgu hero filem enchanted datang selamatkan saya. Ada x rasa2nya???

Bersawangnye Blog !!!


Bak kata riza blog saya bersawang penuh spider ! 2 bulan 13 hari saya mmg xkuasa nak meng’apdet ‘ blog ni disebabkan kebizian yg melampau. Mcm2 hal. Mcm2 masalah. Mcm2 keje. Kusut segala macam kusut. Jadi hari ni digagahkan juga diri ni meyapu sedikit sawang2 yg kalo dikumpul barangkali boleh mencecah 7.5kg beratnya. Hehe. Hmm sbnrnya xtau nak cerita apa. Sbb banyak sangat cerita xbestnye. Cerita sedihnye. Diri ni dah mcm org xbetol. Wengggggg je lately ni. Kena org tegor sket baru mcm tsedar. Kalo x mesti mcm bluuuuuur je 8 hari seminggu 25 jam sehari. Hmm masa 2 bulan ni adalah masa mencari diri sendiri yg xtau kemana menghilang. Letih mencari dan masih lagi mencari. Bila lah agaknya kan. Mungkin masih perlukan masa yg panjang utk muhasabah diri ni. Terlalu banyak dosa2 pada Tuhan… xternilai menggunung tinggi. Kadang2 rasa diri ni kerdil sangat. Betapa terlalu besar nikmat kurniaanNya tetapi masih tidah tahu bersyukur. Kadang2 rasa pelbagai persoalan yg datang silih berganti. Xada jawapan. Akhirnya kusut. Kusut dan terus kusut. Saya berdoa sangat moga satu hari akan ada sinar yg datang. Bawa saya jauh dari segala kemelut yg mebelenggu fikiran ni. insyaAllah. Mudah2an saya tabah menjalani ujian dari Dia. Bagi menguji lagi menguatkan iman saya padaNya. Thanx God...

Ebiet G.Ade - Menjaring Matahari

Kabut, sengajakah engkau mewakili fikiranku
pekat, hitam berarak menyelimuti matahari
aku dan semua yang ada di sekelilingku
merangkak menggapai dalam gelap


mendung, benarkah petanda akan segera turun hujan
deras, agar semua basah yang ada di muka bumi
siramilah juga jiwa kami semua
yang tengah dirundung kegalauan

roda zaman menggilas kita
terseret tertatih-tatih
sungguh hidup sangat diburu
berpacu dengan waktu

tak ada yang dapat menolong
selain yang di sana
tak ada yang dapat membantu
selain yang di sana

dialah Tuhan ...
dialah Tuhan...
Tuhan...

Monday, October 1, 2007

Aku Mohon Dengan Sangat...

.::Pasrah Segalanya::.

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tomahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseoranganlah aku di laulan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai
.
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
ku serahkan segala padaMu tuhan
Yang berkuasa juga mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari
Setelah malamku berkalut benci

Ya Allah...

aku mohon padaMu Ya Allah... berikan aku ketabahan dalam menghadapi ujianmu yang berat ini Ya Tuhan... xterdaya rasanya hambaMu yg lemah ini bersendirian mengharunginya... payungilah diriku Ya Rabbi... rahmatiku Ya rahman... Redhai daku Ya Rahim... Kau kurniakanlah kekuatan bagi menempuhi segalanya dengan tenang... Kau selesaikanlah segala kekusutan yang ku alami ini Ya Allah... Kuatkan diriku... tabahkan aku Ya Qayyum... aku terlalu lemah di kala ini... Hanya Kau yang memahami apa yg tersirat di sudut lubuk hatiku paling dalam ini... Bantuilah diriku Ya Allah... Berikan aku Sinar... Berikan Aku Cahaya... Aku Mohon Dengan Sangat...

Tuesday, September 11, 2007

Ramadan tiba lagi...


Pejam celik pejam celik setahun dah berlalu… rasa sekejap sangat masa ni bergerak dan sekarang dah masuk Ramadan kembali. Syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa pada bulan yg penuh keberkatan ini. Masa ni la kita sebagai hambaNya perlu mengambil peluang mempertingkatkan lagi ibadah kerana pada bulan ini segala pahala amal ibadat kita akan diperlipatgandakan. Insyaallah… Masa-masa ni la selalunya saya akan ingat balik zaman kanak-kanak dulu. Andai buleh dikembalikan masa lampau teringin rasanya nak menikmati segala apa yg dah dilalui dulu. Ingat lagi pertama kali puasa masa dulu. Pagi2 kul 4 tu mak dah kejut sahur. masyaAllah awalnya! Nak makan pun xlalu. Mata xboley nak bukak. Abah paksa jugak makan sikit. Macam2 alasan bagi. Sepanjang kat sekolah tu steady je tp bila dah balikrumah je terus melepek lembik tepi peti ais. Dgn harapan mak dgn arwah opah akan kesian dan bagi buka puasa. Hmm tp jangan mimpi la. Xdenye nak dapat peluang. Tapi honestly mmg penah curi minum air paip dulu dalam bilik air. Ingat lagi. Masa tu darjah 1. Dah kul 4 ptg tu mmg xtahan sgt2. Buat2 la nak mandi. Apa lagi masuk je bilik air terus telan air paip. Dah siap mandi sumer keluar buat2 muka letih balik. Konon2 macam pose la… hahaha. Nakal betul zaman dulu. Satu lagi yg masih ingat sangat sampai skang masa tu mak buat agar2 sirap. Ya Allah masa tu rasa terliur sangat… mmg xtahan. Mau xya. Balik2 skolah je nampak mak dah redi masukkan agar2 dalam peti ais. Sepanjang tunggu waktu berbuka tu x tau la berapa kali saya buka pintu peti ais tu. Berapa kali mak warning. Takut jugak. Finally masa mak pg solat saya buka peti ais amik satu bekas. Arrrrh sedapnya agar2 sirap tu… sluuuurp! Haha. Teruk betul. Malang skali masa tu sebab mak kira berapa bekas yg dia buat (actually bekas tu kecik2) maka terkantoi la alkisahnya. Bila time buka pose je abah xbagi duduk skali dgn org pose. Sob..sob..sob sedihnya kena marah pastu xley join makan skali... (macamana rasia bocor… huarrgh!!!) pastu kan bila agak2 kul 6 tu saya sebok la tanya mak dgn arwah opah nak hantar makanan kat umah sapa. Mmg sungguh bersemangat skali sbb selalunya balasan makanan masa bulan pose sedap2 dari jiran. Yg dekat jalan kaki je yg jauh sket tu menyenget ribut je saya kayuh basikal buruk kakak (xpenah ada basikal sendiri L). Besar basikal dari orang. Hehe. Tu la tugas saya setiap kali Ramadan. Antar juadah berbuka kat umah jiran. Biasa la orang kampong macam saya ni. Budaya tu memang masih kuat lagi. Masa tu la. Sekarang bila dah besar macam jarang sangat buat macam tu. Ye la tinggal mak abah je di kampong… mana ada posmen karat ni dah lagi nak buat delivery service. hmm… lagi satu perkara yg sampai sekarang sinonim dgn saya setiap kali bulan puasa. Kuih lopis, nasi ulam dgn cincau. Xtau la… sampai sekarang tu la benda wajib yg saya akan ingat dan perlu ada untuk bukak pusa. Yg susah sgt nak dapat nasi ulam. Arwah opah pandai sangat buat. Sedapnya ya ampun !!! xterkata. Skang yg pandai buat mak dgn pakcik. Hmm kira terubat jugak la rindu pada nasi ulamarwah opah… jadila kan…Itu la kisahnya zaman kanak2 ribena dulu. Penuh dengan kenangan. Bila teringat2 balik rasa hepi kadang2 rasa sayu sgt. Rasa cepat masa berlalu… sekarang dah dewasa. Jauh tinggalkan zaman tu… dah xsama lagi. dah de macam dulu. apa yang ada dulu banyak yang dah xada sekarang. huarrrh rindunya... nak balik zaman main bunga api... beratur amek moreh kat surau... main aci menyorok malam2... pegi terawih mlm2 naik beskal...

Monday, September 3, 2007

Graduation Day



Alhamdulillah… selesai juga akhirnya antara acara penting dalam sejarah kehidupan saya di atas muka bumi Tuhan ini. Ahad lepas, 26 Ogos 2007 adalah hari yg sangat gembira. Rasa nak menitik air mata bila terkenang kembali apa yang saya dah lalui selama ni sepanjang tempoh saya belajar di bumi UIAM ni. Segala penat lelah suka duka sumer xdapat nak digambarkan dengan kata-kata. Berat hati sebenarnya nak meninggalkan tempat yang sudah terbiasa tetapi masa dan keaadan telah berubah… saya perlu menerima hakikat bahawa kehidupan ni adalah satu perjalanan yang berterusan. Kita tidak akan berada di tempat yang sama setiap hari. Life is a journey kata orang. Kini saya melangkah setapak lagi ke hadapan daripada seorang mahasiswi kepada seorang yg punya banyak tanggungjawab setelah memasuki alam pekerjaan. Tiada yang mudah. Sungguh jauh bezanya zaman belajar dengan zaman bekerja. Satu hakikat yang saya harus terima hatta saya suka taupun tidak. Tapi biasa la… membuat sesuatu perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Saya perlukan masa untuk biasakan diri. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan saya. Memberi yang terbaik dalam kehidupan saya… Amin…

p/s: Terima kasih buat semua yg sudi hadir untuk majlis konvokesyen saya. Mak, abah, kak nyah, kak an, abang, adik, serta family yg sentiasa support saya dari dulu. Makcik2 dan pakcik2 kesayangan sepupu sepapat yg selalu sangat kena buli dg saya. Tak lupa juga riza, ali, ct, cthanizah, and mr bling bling. Thanx guys 4 coming. Meriah betul rasanya dapat banyak hadiah. Hehe.

Tributes To Special Person In My Life

Mak dan Abah

Terima kasih atas segala pengorbanan serta susah payah mak dan abah selama ini untuk memastikan anakmu ini mendapat yang terbaik. Tak terbalas rasanya jasa budi kalian berdua membesarkan dan mendidik dengan penuh kasih sayang. Memang susah menguruskan karenah anak yang degil dan keras hati seperti saya. Tapi mak dgn abah xpernah mengeluh dan merungut. Mereka sentiasa ada untuk support dalam apa cara sekalipun. Sayang sangat mak dan abah.

Beloved sibling Kak Nyah, Kak Aan and Ain

Tak tahu nak cakap macamana. U r great sisters in this world. I love u so much. Thank u 4 supporting me.

Abang and adik

Syayang mak su berdua ni. U 2 are my world. Luv u

Riza, Ct, Nat, Syatirah

Korang la kawan2 yg aku xkan jumpa lagi di mana2 dalam dunia ni. Sanggup tahan dengan karenah aku dari form 1 sampai la skang. Dah 10 tahun. Korang xserik ke? Hehe

Mentarang’s Group

Member2 mereng sewaktu zaman blaja di UIA dulu. Memang gila tahap superb. Melampau2. Ya Allah sebaknya masa berpisah hari tu. Xtahu nak cakap apa. Huaaaargh

And… My Special Mr Bling Bling

Thanx for everything… everything…


Thursday, August 23, 2007

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO .....

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup

Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
pasti akhirnya dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL....

p/s: hmm... apa yang terbaik adalah bersyukur dgn apa yang kita ada. yang kita miliki. Hanya DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya... sampai suatu saat nanti kita akan berterima kasih pada segala kepahitan yang telah kita lalui...

" Sesuatu Tidak Selalu Kelihatan Sebagaimana Adanya "

Dua orang malaikat berkunjung ke rumah sebuah keluarga kaya. Keluarga itu sangat kasar dan tidak mengizinkan kedua malaikat itu bermalam di ruang tamu yang ada di rumahnya. Malaikat tersebut ditempatkan pada sebuah kamar berukuran kecil yang ada di basement. Ketika malaikat itu hendak tidur, malaikat yg lebih tua melihat bahwa dinding basement itu retak. Kemudian malaikat itu memperbaikinya sehingga retak pada dinding basement itu lenyap. Ketika malaikat yg lebih muda bertanya mengapa ia melakukan hal itu, malaikat yg lebih tua menjawab, "Sesuatu tidak selalu kelihatan sebagaimana adanya". Malam berikutnya, kedua malaikat itu beristirahat di rumah seorang petani dan istrinya yang miskin tetapi sangat ramah. Setelah membagi sedikit makanan yang ia punyai, petani itu mempersilahkan kedua malaikat untuk tidur di atas tempat tidurnya. Ketika matahari terbit keesokan harinya, malaikat menemukan bahwa petani itu dan istrinya sedang menangis sedih karena sapi mereka yang merupakan sumber pendapatan satu-satunya bagi mereka terbaring mati. Malaikat yg lebih muda merasa geram. Ia bertanya kepada malaikat yg lebih tua, "Mengapa kau membiarkan hal ini terjadi? Keluarga yg pertama memil iki segalanya, tapi engkau menolong menambalkan dindingnya yg retak. Keluarga ini hanya memiliki sedikit tetapi walaupun demikian mereka bersedia membaginya dengan kita. Mengapa engkau membiarkan sapinya mati ?" Malaikat yg lebih tua menjawab, "Sesuatu tidak selalu kelihatan sebagaimana adanya." "Ketika kita bermalam di basement, aku melihat ada emas tersimpan di lubang dalam dinding itu. Karena pemilik rumah sangat tamak dan tidak bersedia membagi hartanya, aku menutup dinding itu agar ia tidak menemukan emas itu." "Tadi malam ketika kita tidur di ranjang petani ini, malaikat maut datang untuk mengambil nyawa istrinya. Aku memberikan sapinya agar malaikat maut tidak jadi mengambil istrinya." "Sesuatu tidak selalu kelihatan sebagaimana adanya." Kadang2 itulah yang kita rasakan ketika kita berpikir bahwa sesuatu tidak seharusnya terjadi. Jika kita punya iman, kita hanya perlu percaya sepenuhnya bahwa semua hal yang terjadi adalah demi kebaikan kita. Kita mungkin tidak menyadari hal itu sampai saatnya tiba.....

Tuesday, August 21, 2007

A Shoulder to Cry On -Tommy Page

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!

And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on....

p/s: truly from my heart...

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin baru buat kedua abang dan kakak ipar kepada kawan saya yang telah selamat melansungkan perkahwinan weekend lepas. Majlis akad nikah dan resepsi telah diadakan di Taiping pada 18 dan 19 Ogos 2007. Tahniah buat pasangan pengantin. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat dan juga selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Pada pihak keluarga terima kasih atas undangan kalian ke majlis ini.

Hepi Birthday Hepi Birthday



Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan Cik Ct n Iddin... Allah selamatkan kamu... Selamat hari lahir buat kedua2 insan yg saya sayang sangat. Semoga both of u dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dan diberikan kesihatan yg baik... yg penting sekali semoga tercapai segala impian...

Dear CT,
Hepi bday ti... dah tua ye. Hehe. Hmm rasa baru sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik 6 tahun kami bersahabat. Ct antara orang pertama yg saya kenal seawal belajar di matrik dulu. Bilik sebelah menyebelah. Sampai la habis blaja dia masih dgn saya.Dah la bilik dekat mahallah pun sama. Satu kuliyyah satu kos satu kelas and finally satu ofis. X ke lawak tu. Banyak sangat pengalaman yg kami lalu bersama. Dia antara insan yg rapat dgn saya. Kawan masa susah senang merangkap tutor utk subject maths n statistic. Terror kira minah ni. hihi. Saya kalo bab kira mengira ni surrender awal-awal. Jenuh nak study baru dapat. Al-maklum saja la kan... budak malas. Tp ct ni penyabar sgt budaknya. Kalo dia kena apa-apa dia relax je. Saya yang naik darah sampi kepala lebih pada dia. Padahal dia cool je.Sapa buat ct sayan belasah org tu. Almaklum la... cancer- The Protector of The Boss :-) Thanx ct 4 being my fren. I luv u so much.

For my beloved nephew,
Abang, hepi bday! Maksu sayang sangat abang dan adik. I’ll do everything for u guys. You are my world. My life. My soul. Don’t be afraid sayang... maksu is here for u. I’ll be the one standing by your side forever... anak-anak sedara yang nauthy tp sangat menghiburkan. Mana ada abg situ ada adik. Mana ada adik situ ada abang. Bila diorang berperang dalam rumah rasa nak kunci dalam stor. Hehe. Tapi apa pun abang dan adik la racun dan penawar. Dari diorang kecil dgn saya sampai lah ke hari ini. Sampai kadang-kadang org tya anak ke. Saya admit je. Yes, anak-anak. Kemana saja xpernah tinggal. Saya xkesah kalo org ingat saya ni dah punya anak dua. Sebab saya mmg sayang sangat permata hati berdua ni. Kadang-kadang budak-budak ni tersasul panggil ibu. Hmm... macam-macam karenah... :-)

Perjalanan Bermula


Alhamdulillah... setelah sekian lama berhempas pulas dengan kerja yang x pernah abis baru la ada ruang kesempatan semula untuk mencoretkan sesuatu pada blog yg baru nak mula menapak ni. Awal mac dulu sebenarnya sudah mulakan penulisan tetapi memandangkan tuntuan masa yg tidak mengizinkan maka baru-baru ni baru la dapat memberi focus sedikit. Thanks to my dearest bestfren Saudari Riza Afzan. Banyak bersusah payah membantu saya yang agak buta IT ini utuk menyambung kembali aktifkan blog umiamor ni. Untuk tidak menghampakan sahabat yg telah banyak menghulurkan bantuan maka kali ini saya akan lebih berusaha untuk blog ini. Terasa banyak ketinggalan sebenarnya dari orang lain tapi tidak mengapalah... perlahan-perlahan. Mana yang saya akan cuba sedaya termampu. Di ruangan blog ini saya akan berkongsi cerita dengan kalian semua. Jika ada mana-mana coretan yang tidak menyenangkan mana-mana pihak harap dimaafkan... apa yang diluahkan adalah nukilan hati catatan peribadi saya sendiri... :)

Thursday, August 2, 2007

Bila hati berbicara

Indahnya setiap kejadianMu, Ya Allah. Sesungguhnya aku merasa sungguh bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk merasakan segala nikmatMu itu.

testing

Hai semua..welcome to my blog...