Wednesday, June 29, 2011

Taman Rimba Alam

Taman rimba alam tu taman rekreasi berdekatan dengan rumah. Saja getik ok membuat tajuk sedemikian rupa. Okay, kali ni meh nak bercerita mengenai hobi baru yang terpaksa gigih dipupuk. Orang selalu hobi ni datang dengan minat sendiri. Ini tidak. Terpaksa dipupuk. Saya ulang, TERPAKSA DIPUPUK!

Alkisahnya masa di kuarters lama memang pernah bercita-cita nak bercucuk taman di balkoni rumah. Maka beria-rialah menyemai dan mengangkut anak-anak pokok dari kampong dan nurseri paksu pakteh ke rumah. Masa datang sungguh sehat anak-anak pokok tersebut. Maka berazamlah di dalam hati nak menjaga dengan baik. Supaya senang, setakat nak guna sendiri  tak payah susah payah nak ke kedai atau ke pasar ! hari berganti hari bulan berganti bulan, kehidupan mereka semakin tidak terurus. Tuannya memang tak mengambil tahu dan tak kuasa membuka pintu depan untuk menyiram pokok di balkoni. Alasan adalah sebab paip jauh ! esok-esok kalau rumah bawah tanam la balik. akhirnya riwayat mereka tamat begitu sahaja. Sebabnya, mati kehausan kot. Yang tinggal Cuma tanah di dalam pasu yang dah keras kejung. Kot hidup pun pun pokok kaktus je hehe.

sehari sebelum hadirnya pokok-pokok baru. hanya ada seketul di situ ya !

Bila dah pindah ke kuarters baru ni, landed house, maka… dah dengar suara-suara mula mengungkit akan janji-janjiku nak bercucuk tanam. Arggghhh. Masa tak de sapa memang saya biarkan je pasu-pasu dalam plastic depan rumah yang penuh pasu dan tanah-tanah keras tu. Datang saja mak ke rumah baru-baru ni selamaaaatttt. Kena pantun 5 6 kerat akhirnya cik yah tanam ka jugak sepasu dua. Kemudian hujung minggu di sambung dengan adik-adik cik yah tuan punya nursery matang yang datang ke rumah membawa barang-barang kiriman cik yah untuk memenuhi impian anak (cik yah sebenarnya) untuk ada tanaman sendiri di depan dan belakang rumah. Wah keleeesss. Mekasih paksu pakteh yang datang jauh-jauh dari klang menanam pokok untuk anakandamu ini.

 pokok limau kasturi dan limau purut.

senang nak masak tomyam. nak basuh ayam ikan

serai, pandan dan kesum

harap semuanya hidup sehat membesar bagai johan. pokok kesum dan pandan adalah percubaan ketiga

 tak tahu nama ketiga-tiga pokok di bawah. sekian.

ni bukan pokok yang boleh dimakan

  pokok kunyit dan kari

dua-dua pewangi masakan

ini taman di belakang rumah dan compound. apesal kaler hijau je ni. mana kaler lain

 
kaktus dan tak tahu nama pokok. sekian lagi.

hanya 3 jenis di compound. jeles tgk pokok jiran cantik2 ok

ini bukan rumah saya. ini untuk dijual. arghh saya tak mampu beli. sebab SP Setia jual mahal sangat. 

kalo le dapat. hari-hari bukak pintu belakang nampak. suka tapi stress :-)

nasib baik depan belakang ada paip air. kalau tak alamatnya sama la naseb macam pokok-pokok dulu. sekarang ni motivasi diri balik saja kerja terpa pokok-pokok dulu kasi minum daa... orang kata bercakap dengan pokok-pokok kita nanti tu pokok tumbuh sehat. tak praktik lagi la so far sebab takut jiran nampak bercakap sorang-sorang. hehe.

mode : rasa macam nak tanam cili (atas dorongan ucop wilca HKLBR) pulak plus pokok bunga kaler selain hijau !

Saturday, June 25, 2011

Sepetang Di Bagan Lalang dan Restoran Ikan Bakar Senandung Malam

Okay. Jakunnya saya tak pernah pergi bagan lalang walaupun tinggal tak jauh mana. Sana sini orang cerita bestnya pergi berkelah dekat bagan lalang saya hanya kata… oh ya ka. Berkali-kali makcik ajak pi berkelah ke sana tapi belum ada peluang. Kawan-kawan pergi memancing, menangkap gambar. Husband pon banyak kali ajak syok katanya menangkul ketam eh betul ke menangkul? Entah. Sila abaikan. Dia pun pergi zaman tok kaduk dulu, ada lagi ke ketam sekarang hehe. ketam pun dah berhijrah apa sebab dah banyak kali gempa bumi.

So nak dijadikan cerita, weekend lepas ada la pergi. Petang sangat dah pun. Pukul 5 lebih baru gerak dari rumah. Kalau daripada rumah kami senangnya lalu melalui pekan salak tinggi terus melalui sepang terus ke bagan lalang. adalah dalam 40 minit kot. Rencananya nak makan ikan bakar di sana dan teringin nak tengok sepang goldcoast itu di mana. Hari tu nampak dari atas flight saja.  Cantik. Tengok gamba dalam internet. Cantik. Diari af (secara tak sengaja hikhik tertengok bila xde rancangan best yg lain) cantikknyaa. Husband kata boleh buat hadiah hanimun kalau nak. Oh tidakkk cek tak mauuuu ok setakat pandang laut bagan lalang hehe. boleh tahan demand ok wife u ni. sila ambil maklum.

Masa sampai tu tak ramai sangat dah orang pun. Tapi masih ada yang bermandi manda la jugak berkelah. Personally, saya tak ada la rasa teruja sangat cantiknya sebab rasa macam lebih kurang macam morib je kaler air laut cumanya ada hotel cantik kat situ. Tapi kalau setakat nak bawak family relax tenang-tenang jamu mata tengok laut boleh la ke sana sambil membawa bekalan nasik lemak sambal udang dan sandwich telur. Hehe. Kalo petang boleh tahan mana-mana abang jual aiskrim dan nikmatilah roti aiskrim, aiskrim potong atau pun pelbagai jenis aiskrim dalam tong di sana. Harganya sangat murah. Sila nikmati sambil melihat laut. Kalau suruh mandi, ermmm tak kot hehe.

Alang-alang di sana, dinner dekat restoren senandung malam bertentang dengan laut. Arghhhh tetiba teringat seafood di parameswara, umbai. Sedapnya ! kali ni untuk berdua kami order nasi, udang bakar, ketam masak pedas, sotong goreng tepung, kalian ikan masin dan…………… MENTARANG AKA PEPAHAT. Bertahun-tahun saya mendengar perihal cerita mentarang ni sejak sebilik dengan budak perlis akhirnya hari ni order juga atas permintaan husband nak mencuba. Tapi disebabkan ada kisah tragis berkaitan mentarang ni saya hanya mampu sumbat sebanyak 3 ketul sahaja ke mulut. Arhhh pah, ko memang telah potong stim aku nak menerai mentarang ni ! sob sob sob. Elok la tak cerita. Nanti ada yang tak lalu makan sebab terbayang-bayang. Bydaway, mentarang ni sedap ok. hehe. overall, masakannya ok la cuma servis je lembab sikit. Mintak air berkurun baru nak tiba. Total makan RM61. Murah ke mahal ? next time nak cuba kedai lain pulak ye!
mentarang atau pepahat namanya. gambar x clear kamere henpon je pon. harap maklum.

Friday, June 24, 2011

Kelas Make Up : Mari Mewarna

Bukan saya. Hehe. yang berkursusnya adalah nurul, kawan saya. Saya sebagai model amatur yang menadah muka seposen untuk di conteng-conteng sepanjang kelas basic to advance ini. Weeee. Kelas ni sapatutnya bermula 10 pagi sampai 5.30 petang tapi last minit tukar ke pukul 2.30 petang. Masaaakkk. 

Sesat di kajang. Yes ! kami sesat. Rasa macam nak gila cari taman bukit indah (kalau tak silap la). sampai ntah ke mana-mana hala la kan. GARMIN MEMANG TAK BOLEH HARAP!

Hampir sejam sesat akhirnya kami pulang ke pangkal jalan. Mula mencari dari awal dan akhirnya tiba jua ke destinasi dituju. Gila macam masuk treasure hunt kot nak mencari punya la dalam kawasan tamannya. Rupa-rupanya kelas tak start lagi. semua tunggu kami. Total pelajar 3 orang. Plus memasing punya model jadinya 6 orang lah. Yang bestnya masa kelas kami si model ni semua boleh saja kalau nak masuk dan dengar serta tengok sekali kelas tu. Kan ke best tu. Masa ni dapat la jugak belajar cara-cara make up dengan betul. selama ni ai hentam belajar kat youtube je. Setakat nak mekap setahun tiga empat kali kan. Halal je la. Hehe. tapi kalau nak berbisnes macam nurul wajib la kan datang kelas ni. rupanya xde la susah mana. Senang la jugak kan. Cuma kena kreatif dan ada duit nak beli mekap besttttttt !!!

Ni gambar-gambar sekitar kelas mekap
bersemangat semuanya nak tunjuk talent :-)
Ni model yang selebet gila sudah bersedia
abaikan muka pucat lesi setepek bedak pun tadakkkk
Nurul menunjukkan skill
nurul dengan gigih dan mata model semakin layu di tasik madu. mata sangat pucattttt juga.
  Tadaaaa hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dengan bakal usahanita dan cikgunya
Arghhh sudah tukar ka skarang
awwww :-p
tahniah ye cik nurul. boleh bukak bisnes dah. boleh tumpang meniaga muffin ke apa ke hehe.wishing u all the best !!!

Thursday, June 23, 2011

Cuti Sekolah Vs Sekolah Cuti + Mari Belajar Di Petrosains

seperti biasa cuti sekolah aje mesti mak abah datang sini. Time yang boleh berlama-lama dengan anak-anak. Kalau hari biasa selalunya agak susah la sebab mak mengasuh anak-anak buah kesayangan di siang hari. Kalau mak takdo maka suramlah hari-hari mereka tak dapat makan sedap-sedap dekat rumah. Hehe. Mak dengan abah hanya berdua di rumah kampung. Syukur pakcik & keluarga pulang menetap di taiping jugak setelah bertahun-tahun di pulau pinang. So hari kerja anak-anak akan transit, bersekolah dan mengaji juga di kawasan rumah kampung. Lewat petang baru pulang ke rumah mereka. Sekali sekala tidur di situ juga. Jadi mak dengan abah tak lah sunyi berdua saja. Alhamdulillah. Ada peneman. Ada yang menjaga.

Selalunya sebelum cuti sekolah bermula kami adik beradik akan lorat dah call mak abah pujuk datang sini. Sebab dapat berlama-lama. Kalau kami nak ambil cuti lama macam susah la sikit kan. So mak abah akan bahagi hari la di rumah anak-anak. Rumah adik & ipar duai mereka jua ! asal datang sini je mesti kena jadi rebutan dan drama rebut merebut berlaku. Selalu yang paling poyo adalah anaknya yang menulis entri ini lah. Merajuk memanjang kalo kurang hari dirumahnya hehe. ye lah, mana aciiiii ! paling best berebut adalah dengan anak buah-buahan itu, iddin & echah. Terbaekkk punya perang. Mak maksu vs opah adik abang. Oh pelissss. Mak maksu kooootttt :-p 
bertutti di bangi. kalau dekat wangsa walk lagi best kot
So baru-baru ni mak hanya datang dengan yid (adik). Abah tak nak datang sebab kenduri sana sini nak kena attend. Biasa la pak paq, bab-bab kenduri nak nak saudara mara memang la wajibulghunnah kena pegi ! so mak berbas sahaja berdua. sampainya terus ke subang bestari, shah alam. Mak di putrajaya selama 6 hari. Sehari 2 malam di rumah makngah selebihnya di rumah sapa lagi kan. Thanks god, bila mak datang makan bagaikan dalam sorgaaaa. Request la apa saja sumer dimasaknya. Paling heaven adalah masak lemak udang rebung + cencaru sumbat cili + terubuk masin arghhh boleh langgar dinding dibuatnya. Berebut makan ok berebutttt. Mabelesupelishesss. Amma ! antara menu wajib lain adalah rendang ayam, nasi lemak dan karipap (frozen stok sebulan dua). Memang best. Arghh mak tolong la duduk sini terus.

Di putrajaya bukan hanya mak & yid ye. Anak buah buahan berdua itu turut serta dengan buku-buku sekolah mereka sekali. Pakej. Hehe. riuh la la sekejap rumah tu 5 hari. Bawak pegi shopping vcd, kemain lagi diorang punya melayan movie sampai lupa daratan nak buat homework. Macam-macam alasan. Belum lagi anak buah buahan itu membuat trick nak cuci lantai belakang rumah sebabnya nak main air dan mandi kat luar ! kekonon rumah maksu tak best. Arghhh tak best ke sampai setiap kali datang nak mandi kat luar. Nak pegi breakfast mekdi, nak kena pegi main token, beli vcd, tengok wayang dan ayam penyet. X best ke? Hah sila jawab hehe.
b4 masuk petrosains. makan biskut & muffin dulu lapik perut.
Disebabkan sangat bizi dengan tuntutan keroje di opis, khamis 9 jun 2011 tu baru dapat ambil cuti bawak jalan-jalan. Destinasi tujuan adalah petrosains di KLCC. Dah lama plan nak bawak budak-budak ni Cuma tak berkesempatan. Dulu pernah sekali nak bawak diorang tapi tiket sold out. Sekarang tidak lagi. maksu telah booking lebih awal. So sesiapa yang berminat nak pegi petrosains esp time cuti sekolah sila booking beberapa hari lebih awal okay. Sebabnya kalau pegi walk in camtu aje memang tak dapek nak nolong. Tiket selalu sold out atau pun pegi pukul 10 masuknya pukul 2 3 petang. Merayau la korang kat dalam klcc tu sementara tunggu waktu nak masuk. Hehe. bila dah berendeh rendah dengan budak-budak larat ke nak tunggu kan. Letih. Admission fees nya tak ada la mahal sangat. Cuma kalau ambil pakej family boleh dapat murah. Dua dewasa 2 kanak-kanak hanya RM24. Kanak-kanak bawah 4 FOC tapi kena inform diorang la. macam hari tu saya beli pakej family plus seketul yid. So dia akan bagi 5 tiket masuk. Kalau beli bukan pakej pon buleh dapat diskaun dengan JCard dan kad mesra petronas plus beberapa kad lain lagi. sila check sini http://www.petrosains.com.my/ untuk details. So, sesiapa yang berhajat nak bawak anak-anak adik adik berjalan-jalan sambil belajar sila lah ke petrosains. Banyak ilmu pengetahuan yang boleh dipelajari/ ditambah di samping meransang kreativiti berfikir + aktiviti-aktiviti menarik kat dalam sana. Budak-budak ni macam tak nak balik pun ada. Semuanya nak dicuba ! letih kot maksu dengan opah. Lapo. Adalah dalam dua jam setengah kami bertapa kat dalam sana. Besttt. Next time kita pegi lagi ok. Oh ya, kalau rasa jadi jadi member, daftar lah dengan harga RM100 so akan dapat masuk sebanyak masa yang korang suka selama setahun tu untuk mak pak dan anak 3 orang. Selamat mencoba.

Ingatkan lepas tu nak bawak diorang makan dekat restoren istana bambu yang best debabom decorationnya itu (makanan ok la, sedap je. Tapi bukan extra sedap. Saja nak bawak pegi sana. Suasana nyaman bangat) tapi end up kat ayam penyet wong solo juga. Cumanya bukan kat bangi tapi kat jalan raja alang., kg baru. Mode : arghhh stressss mak jemah. Memenyet lagi !!!

aktiviti dalam petrosains. penat ye kalo nak buat semua

Tuesday, June 7, 2011

adik is also my cinta hati. sama macam iddin & aisyah. saya sayang mereka sama. SAMA ketiga-tiganya. sayang yang tiada tolok bandingnya. saya tidak akan pernah membenarkan sesiapa menyakiti mereka. tidak sekali-kali. kerana mereka adalah cinta hati saya. menyakiti mereka adalah bermakna menyakiti saya juga !
.
.
.
adik juga adalah buah hati pengarang jantung mak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
maka mak saya juga berperasaan sama macam saya

adik yang sentiasa menyenangkan hati. yang selalu menghiburkan hati. yang menceriakan hari-hari kami kini sejak hadirnya di muka bumi Allah yang luas ini. terima kasih Allah atas anugerah terindahmu mu ini buat keluarga kami. terima kasih pada ayah & ibu adik kerana sudi berkongsi kasih sayang ini. kami sangat bersyukur. we love u adik. semoga adik menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. anak yang soleh. anak yang baik. anak yang mendengar kata. anak yang menyenangkan ibubapanya, keluarga dan masyarakat.

adik, terima kasih kerana memberi peluang kakakmu ini menyayangimu tanpa batasan. bebas menyayangimu seperti milik sendiri. terima kasih.