Thursday, December 16, 2010

pelik la

saya tak paham betul la baru menikah seminggu dua asik apdet FB dah teringin makan macam-macam. selera makan membuak-buak. then berduyuuuun komen kengkawan tanya...

dah berisi ke belum? 

ntah-ntah pergnant hape ?

ha tanda-tanda la tu...

lalu si tuan punya badan ala-ala tersipu dan malu-malu lalu menjawab 

eh baru sgt lagi x kan la kot :-)

kalo rezeki apa salahnya hikhik

doa-doakan lah. ameen :-)

kemain ceria membalas komen. 

kemudian apdet lagi benda yang hampir sama

oh apakah ???

apabila ada ruang release tension

seronoknya apabila dikelilingi insan-insan yang kita sayang dan menyayangi kita kembali. perasaan itu indah. apabila sudah berjanji wajiblah ditepati. macam-macam ragam anak buah dan sepupu sepapat. dek kerana abah dan makndak tidak begitu sehat maka ramailah yang berkumpul di putrajaya sepanjang dua minggu lepas. selain menjaga abah dan makndak di mana famili kami berkampung di hospital dua minggu berturut-turut, ada sesi si kanak-kanak ribena nak cycling di taman botanilah. nak tengok wayanglah. nak main token lah. nak main bowlinglah. naseblah dilayankanlah jugak dek kakak-kakak korang ni.

esok korang kalo dah beso-beso menderhaka pada aku siaplah ! aku suruh hantu kak limah kaco hidop korang. padan muka :-)

Wednesday, December 15, 2010

happy 2nd anniversary

alhamdulillah. syukur padaMu Ya Allah dengan kenikmatan kehidupan yang Engkau berikan. 12 Disember 2010 genap 2 tahun usia perkahwinan kami. rasanya begitu cepat masa berlalu. sedar tak sedar dah 2 tahun hidup bersama. 

terima kasih Allah kerana menganugerahkan insan yang sangat baik untuk mencintai, menyayangi dan menjaga diri ini...

walaupun perbezaan karektor  yang sangat-sangat hebat namun ianya menjadikan kami melengkapi antara satu sama lain. kami mungkin tidak seperti pasangan lain yang sangat menunjukkan betapa 'loving couple' nya mereka namun kami enjoy dengan cara kami sendiri. tidak perlu 'over' untuk itu... cukuplah sekadar apa yang kami ada... yang penting kami tahu apa yang kami rasa :-)

JOLIDAYsssssssssssssssss di BANDUNG Part 1

fine. saya adalah punca mengapa pada saat manusia menyambut hari raya korban di tanah air tercinta tetapi saya sekeluarga berhari raya di perantauan. sungguh tidak senonohnya saya tidak perasan bahawa 17 November 2010 itu adalah hari raya. sumpah weh x perasan ! berbakul kena kutuk. kena sembur. kena boikot dengan insan-insan yang tidak puas hati dengan kesilapan teknikal ini.
 
di pagi raya kemain orang berbaju melayu kurung kebaya jubah bagai tapi inilah rupa kami menyambut raya. usai sesi beraya di putrajaya buat pertama kali dalam hidup (poyo sungguh) yang tak sampai  3 4 jam dah bergegas berkejar ke putrajaya sentral nak naik ERL. flight jam 13.15pm.

alhamdulillah kami touch down di  hussein sasteranegara international airport dalam pukul 2.40pm waktu tempatan. maka bermulalah expedisi berjoliday di bandung walaupun cuaca petang di sana sejuk-sejuk sikit dan mendung. bak kata pak gunawan (pak supir yg ensem dan baik hati) beginilah cuaca kota bandung hampir setiap petang. bawah ni gambar-gambar sekitar di sana. next entry la cerita lebih spesifik sikit. maleh benor petang-petang ni. layan gambo je dulu :-)




lima hari di kota bandung aktiviti paling HEBAT sekali adalah SHOPPING. sila shopping hingga muntah hijau ! ya ampun geramnya tgk kain murah-murah. nak migrain dibuatnya. serius saya pening nak memilih barang.

jom pegi lagi tahun depan. wajib dijadikan acara tahunan ! 

Tuesday, December 14, 2010

saya tidak pinta kamu faham apa yang saya rasa. kamu boleh kata apa sahaja

ensem dan lawo beno yang menolaknye pon
bertahun rasanya menderita dengan apa yang saya alami sekarang. puas berulang alik ke hospital. sudah puas bergondong-gondong menelan ubat-ubatan. bergelen-gelen air penawar. pelbagai rawatan namun masih belum ada keserasian.

susahnya apabila fizikal begitu gagah bagaikan american next top model (muahaha) hakikatnya saya begitu lemah menghadapi semua ini sendirian. nak kata sakit nampak macam sehat. nak kata sehat tapi sebenarnya memang tak larat. kerja tak sampai separuh hari dah balik. masuk ofis sekejap karang dah keluar ke hospital. mc. EL. wah buruknya perangai. macamana lah nak jadi pekerja cemerlang. selalunya akan digagahkan juga kerja kerja dan kerja. 

betapa tidak sehat sekalipun cubah digagahkan juga :-)

duit? sudah berapa banyak ye agaknya investment saya dalam 'bidang' ni. kaya tokei kedai. kaya tokei obat. 

sudah loya muak dan fedap bergelumang dengan @&^#%*@* !!!. tapi apakan daya. saya tiada kudrat untuk melawan semua ini. sakit tidak pernah berkurangan sehingga ke saat ini

macam-macam dengar cerita. ada yang sakit berterusan. ada yang dibuang. &@^^), ada yang tidak diterima lagi oleh ^#&&@#%, ada yang meninggal dunia. takutnya... panjangkah umur saya. bersediakah saya menerima sagala kemungkinan...saya pohon Allah berikan saya kesihatan yang baik... berikan jalan saya menemui penawarnya...

dan saya sebolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa jua... biar semua ini saya tanggung sendiri :-)

bertahanlah dengan semua ini

terus terusan dengan ujian ini sangat menduga diri. menduga keimanan. sesungguhnya saya ini hamba yang lemah dan kadangkala begitu rapuh hati ini apabila begitu mudah mengalah dengan keadaan. saya mohon agar Allah ampunkan dosa-dosa dan maafkan segala kelemahan diri saya. saya tidak mahu menjadi manusia yang mudah mengalah dan tewas dalam menghadapi ujian Dia. saya redha dengan segala yang berlaku, saya pohon terus kekuatan dan kesabaran untuk menempuh semua ini. sejauh mana, selama mana, saya pohon Allah sentiasa bersama saya... saat jatuh, saat terduduk, saat tersungkur lalu tiba masanya untuk kumpul kekuatan bangun semula. sesungguhnya setiap masa saya perlukan Dia

orang senang berkata. kitalah yang memilih untuk bagaimana kita mahu jadi. hakikatnya tidak semudah itu. manusia mudah berkata apa saja apabila mereka tidak melalui saat-saat sukar dalam kehidupan. ada manusia dilahirkan bahagia dan senang sepanjang hayat. ada manusia kadang-kadang bahagia  dan senang kadang-kadang tidak. ada juga yang tidak putus-putus dengan ujian Dia. inilah kehidupan. laluan manusia itu berbeza-beza. penilaian Allah jua berbeza-beza.
saya begitu takut diri ini kecundang lalu mengalah. saya tidak mahu menjadi manusia yang dimurkai Dia dek tidak tertahan dengan ujian Dia... saya pohon dipermudahkan segalanya...