Friday, July 4, 2008

Pemergian Ahli Keluarga Kami Lagi...

Jam 3.45 pagi 28 June 2008 saya mendapat called dari makcik. Umi... yong dah xde ! zappppp jantung sayang mcm xmampu nak berdegup lagi. Rasa macam mimpi. Rasa blurrrr sekejap. Rasa xtau berada di dunia yang mana. Keseorangan di bilik menerima perkabaran yang sangat menyedihkan ini. Xtahu nak contact siapa. Makcik mohon saya ke putrajaya kerana keluarga arwah berada di sana yang mana saya x ketahui keadaan menghadapi berita ini. Arwah merupakan sepupu saya sebelah emak. Usia 29 tahun November ini. Untuk pengetahuan hubungan kekeluargaan kami sekeluarga sangatlah rapat. Seolah anak2 sendiri walaupun anak2 saudara. Tentu kalian dapat bayangkan apa saya rasa. Dan apa keluarga kami rasa. Satu kehilangan yang sangat mengejutkan! Tiba2 sahaja. Tanpa sebarang tanda arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga setelah baru sahaja 6 bulan mendirikan rumahtangga. Majlisnya di rumah saya december lalu. Masih terasa lagi. Dan untuk perghormatan terakhir juga berlangsung di rumah saya. Rumah pusaka tinggalan arwah tok aki dan arwah opah. Rumah tempat kami sekeluarga 10 beradik emak sumer berkumpul. Dalam pukul 4 pagi saya dijemput mr ke putrajaya. Tiba di sana serentak dengan kedua2 kakak saya. Sungguh sayu kami di sana melihat keadaan ibu arwah dan makcik yang menjaga arwah sejak kecil. Tanpa berlengah pukul 5 kami shoot terus ke kg. Hajat mahu terus balik ke kg saya batalkan setelah memikirkan keluarga yang lain sedang menguruskan proses penuntutan jenazah dan menunggu post morterm. Kemudian berpatah balik ke rumah arwah di Matrikulasi Gopeng utk mengemas sedikit barang2 yang perlu dibawa balik ke kg dan juga menjemput seorang lagi sepupu yang belajar di sana. Dalam pukul 12 tengahari saya tiba di rumah dan jenazah tiba dalam jam 1.30 sesudah zohor. Setelah diberi penghormatan terakhir oleh kaum keluarga, anak2 muridnya serta jiran tetangga kemudian jenazah dikebumikan di masjid Tengku Menteri, Matang dalam jam 2 petang. Saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat yang Maha Esa dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... amin...

P/s: Kehidupan manusia terlalu singkat... sesungguhnya Allah telah merancanakan sesuatu yang langsung tidak kita ketahui dan fikir... supaya Dia mahu kita muhasabah diri dan nilaikan apakah hikmah di sebalik segala kejadian yang berlaku... namun yang pasti Allah merencanakan segalanya dengan sebab dan alasan... maka redhalah...

No comments: