Thursday, July 31, 2008
31 Julai 2008
Welcome Little Shahrul
baby cenonek yg cute ni baru saja dilahirkan sebentar td. terus papanya kirim mms. tahniah buat shahrul dan diana dengan kelahiran ... ( xde nama lagi hehe )
Selamat Hari Pahlawan
Kepada semua bekas2 dan juga perajurit negara, selamat hari pahlawan !
Wednesday, July 30, 2008
Adik Sin Chan a.k.a Ichad
Percutian ke Bote Kiri !
Friday, July 25, 2008
Lu Pikir La Sendiri Nabil!
ye lah dah nak pose ramadan xlama lagi
rajin2 la sikit kan...
pagi semalam jugak ada seminar separuh hari
budak tu datang opis parking keta
then naik bas ramai2 ke tempat seminar...
ala xjauh mana pun... mof jer... tp kalo jalan kaki berpoluh la jugak
konon2 nak jimat minyak la kan...
sampai je tempat seminar... wah... makanan terhidang atas meja
milo coffee nescafe popiah seri muka mihun goreng...
wah mcm sedap je sumer budak tu kata...
tp pose... kuatkan iman... sabar...
maka tatkala seminar berlangsung...
bukan main meriah orang dok mengunyah...
kiri kanan depan budak tu...
hai... kuatkan iman... terliur jugak... tp...
huh inilah cabaran pose kata budak tu dalam hati...
Allah nak menguji...
budak tu kebalkan hati... buat2 xnampak sumer godaan tu...
saat di nanti... seminar berhenti utk lunch...
x sanggup lagi di saat kakinya melangkah keluar...
haruman kari dan pelbagai makanan tengahari terhidang menusuk2 hidungnya
pose... pose... sabar... sabar...
maka dicekalkan hati menonong melangkah ke surau utk berehat seketika
memandangkan jam masih awal... maka berbaringlah budak itu...
DAN TIBA TIBA !
dia tersedar dari jagaan... dengan mamai2 melihat jam di tangan...
ahhh 1.40pm... alamak!!!
bas dah gerak ke? kawan2 lain dah turun ke?
begitu menggelabah budak tu...
maka bersiap ala kadar terus ke urusetia...
mereka kata bas kat bawah lagi agaknya...
kelam kabut budak tu turun bawah...
di nanti2 bas yang x kunjung tiba
bayang hidung kawan2 pun xnampak
maka TERNYATALAH !
memang sah ! tidak syak lagi !
dia terpaksa pk sendiri mcmana nak balik opis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
lembik letih penat tensen dan mcm2 perasaan
DUGAAN...
budak tu pk mcmana nak cari bas...
hujan lebat...
arghhhhh nak nangis rasanya!
menyesal x bawak kereta !
nak call sapa??????????
budak tu telepon mr right dia
mengadu nasib ... mohon simpati la kononnya...
x ada jugak penyelesaian
( masa tu ingatkan mr right simpati rupanya dia sangat geli hati!!! )
argggg keciknya hati...
mujur ada insan yang sudi menumpangi...
sampai jugak budak tu ke opis...
dan tercengang2 kawan2 di opis melihat budak tu ke mana menghilang
ahhhh x kose budak tu melayan lagi !
kalo kantoi abis la jadi bahan perli !
hari pose yang penuh dugaan yg memenatkan...
tp xsangka... ada orang ingat ni rancangan nabil... lu pk la sendiri !
huarrgggg sedeynya budak tu!!!
sedih...
Wednesday, July 23, 2008
Tuesday, July 22, 2008
It's My Day !
18 Julai 1983 - 18 Julai 2008
8 Julai genap umur saya 25 tahun. Happy birthday umi ! tidak apa yang lebih penting sebenarnya selain daripada ucapan terima kasih pada bonda yang melahirkan, pada ayahanda yang membesarkan… Allahamdulillah syukur pada Allah kerana masih memberi ruang dan peluang pada saya untuk meneruskan kehidupan dan menumpang di atas muka bumi luas miliknya ini ! pejam celik pejam celik sekejap sangat masa berlalu. Masih ingat lagi karenah saya semasa kecil… bersekolah rendah… menengah dan di universiti. Anak bongsu mak abah yang selalu sangat mengada2 ini sudah pun dewasa ! rasanya belum puas makan bersuap, belum puas rasanya tidur memeluk emak, belum puas merengek2 memujuk abah belikan sesuatu. Hatta hingga ke saat ini pun masih begitu ! masih bolehkah selepas ini? Selepas melangkah ke satu fasa lain dalam kehidupan… Apakah perasaan ini dilalui semua orang yang bergelar wanita? Saya tidak pasti… yang saya pasti hati saya ini bermacam2 perasaan dan persoalan. Mudah mudahan Tuhan tenangkan hati ini… sepanjang 25 tahun ini banyak pengalaman yang telah mengajar dan mendewasakan… terlalu banyak. Kadang2 saya rasakan saya terpaksa dewasa sebelum waktunya! Pelbagai karenah dan karektor manusia yang saya jumpa. Saya pohon pada Dia… permudahkanlah segala urusan… Peliharalah seluruh keluarga saya yang sangat saya sayangi… dan lindungi orang2 yang sangat saya cintai… amin…
p/s : pada semua ahli keluarga, mr right, dan teman2 terima kasih atas ingatan kalian di hari lahir ini ! love u all
July Birthday Celebration!
Happy Birthday to all of u ! wishing u all da best of luck ! amen…
07 July – Pah
08 July – Mal
13 July – Adilla
19 July – Acik
Di kala resah ini kian mendesah dan menggalaukan jiwaku
Kau ada di sana …
Di saat aku terluka
hingga akhirnya…tercabik-cabiklah keteguhan hatiku
Kau masih ada di sana…
Ketika aku lelah dan semangatku patah untuk meneruskan perjuangan,
terhenti oleh kerikil –kerikil yang kurasa terlampau tajam
hingga akhirnya aku pun memilih jeda!!!
Kau tetap ada di sana…
memberiku isyarat untuk tetap bertahan
Ibu…kau basuh kesedihanku, kehampaanku dan ketidakberdayaanku
"Tiada lain kita hanya insan Sang Kuasa,
Memiliki tugas di bumi tuk menegakkan kalimatNya
Kita adalah jasad, jiwa, dan ruh yang terpadu
Untuk memberi arti bagi diri dan yang lain"
Kata-katamu laksana embun di padang gersang nuraniku
memberiku setitik cahaya dalam kekalutan berfikirku
Kau labuhkan hatimu untukku, dengan tulus tak berpamrih
Kusandarkan diriku di bahumu
Terasa…kelembutanmu menembus dinding-dinding kalbuku
Menghancurleburkan segala keangkuhan diri
Meluluhkan semua kelelahan dan beban dunia
Dan membiarkannya tenang terhanyut bersama kedalaman hatimu
Kutatap perlahan…
matamu yang membiaskan ketegaran dan perlindungan
Kristal-kristal lembut yang sedang bermain di bola matamu,
jatuh…setetes demi setetes
Kau biarkan ia menari di atas kain kerudungmu
Laksana oase di terik panasnya gurun sahara
Ibu…
Nasihatmu memberi kekuatan untukku
rangkulanmu menjadi penyangga kerapuhanku
untuk ,menapaki hari-hari penuh liku
…semoga semua itu tak akan pernah layu!
Ibu…
Dalam kelembutan cintamu, kulihat kekuatan
dalam tangis air matamu, kulihat semangat menggelora
dalam dirimu, terkumpul seluruh daya dunia!
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Di Sini Bermula...
2 3 minggu ni saya sangatlah bz menguruskan pelbagai perkara. Hidup pun sedikit kelam kabut dan nomad
Friday, July 4, 2008
Farewell Party
adat manusia biasa...
hilang di mata tapi di hati jangan lupa...
First of all thanks to my team yang susah payah organized special farewell party untuk hamba budak sewel yang sorang ni. Terharu sangat2. Sedih dalam kegembiraan orang kata. Ke kegembiraan dalam kesedihan? Lebih kurang macam tu lah. Hmm apappun ni saya nak wish something la kat u all. Tau ada jugak sorang dua yang baca blog ni. Nanti sampaikan la kat team members yang lain what im going to say ni.Hehe. Hari tu mcm blur sgt. Maklumlah baru smp dari kg selesaikan hal keluarga. Maka xdapat berfikir dgn waras.
Boss a.k.a CISO
special thanks sudi bagi peluang to be one of the team members dalam IN****C. Walaupun sekejap sgt tp i have learned lot of new things. Pelajaran baru dalam hidup. Sebelum masuk macam2 cerita menakutkan dengar. Hehe. Tapi keraskan hati jugak. Biar saya lalu sendiri. Alhamdulillah sepanjang di sini saya x ada sebarang masalah bekerjasama dengan anda dan anda juga melayan dan mengajar saya dengan baik. Segala advices yang diberikan akan saya gunakan sebaik mungkin dalam memahami saya dan begitu supportive dalam menyokong keputusan yang saya buat ini. Hmm lepas ni rindu nak kena tya mcm2 hal dengan boss then menggelabah cari info. hehe...
Haizal
sama-sama first day masuk sapura last year. duduk sebelah menyebelah . makan sama. gossip sama. potpet potpet sama. boring wei!!! hehehe. xde lah. actually nak ucapkan bebanyak2 terima kasih pada papa zara sofea sbb dah banyak sgt tlg kawan dia yang sorang ni. jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat wahai en haizal. pasni rindulah nak komplot dgn u ! haha
Abe yus
Sensei, manyak2 terima kasei ye ! maklumlah. hamba ini buta it. nasiblah ada tenaga pengajar yang mengajar sambil bagi tazkirah maghrib. huhu. segala ilmu diberi akan digunakan sebaik mungkin. apepun bro, i sangat la kagum the way u buat kerja. ni yg mcm nak jadikan u mentor . sudi x nak amek protege nama umi ni??? rindu something pasal sensei... selalu marah hamba sbb xbagi salam pagi2 padahal hamba dah bagi tp sensei xdengar!!!!!! hehe. satu lagi rindu nak makan nasi kawah kat melati !!!
Abe Z
bro, sori la selalu2 sound u dalam gurauan kasar i tu. mulut je bising tp niat i suci tau. hehe. hmm lepas ni xdapat la makan drummet dan cekodok yang kak long goreng tu...
Haris
lepas ni rindulah daku dengan gurauan2 en haris yang xmenjadi tu. i gelak bukan sbb lawak. gelak sbb xpaham lawak. gegirl keliru !!! haha. haizal pun sama. apepun thanks jugak k sbb sudi memberi bantuan hayat tatkala laptop ku tidak bermaya meneruskan hidup. satu saja pesanan penaja... bagitau bini mana mau pigi ha! ahakssss
Kapt Din n En Arif
Terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang saya dalam team ni. Kap jangan lupa invite saya pegi camping kalo projek taman negara u tu siap. hehe
Din and Kiki
Korang best !!!Din usah ko bersedih lagi dgr lagu2 indon tu. xkan la sampai ke bandung ko bawak diri masih xberjaya merawat kelukaan hati. hehe. kiki, pasni ko akan senyum mcm nana ada x??? :-p
Lily, Basir, Ashifa
xsempat nak bermesre lama ngan korang ! xdapat nak buli abg basir lagi. huhu
Team Tasik and Tanjung
Thank u 4 ur support selama ni. Farah, selamat pengantin baru ! =)
p/s: gambo xley upload!!! nanti k
Pemergian Ahli Keluarga Kami Lagi...
P/s: Kehidupan manusia terlalu singkat... sesungguhnya Allah telah merancanakan sesuatu yang langsung tidak kita ketahui dan fikir... supaya Dia mahu kita muhasabah diri dan nilaikan apakah hikmah di sebalik segala kejadian yang berlaku... namun yang pasti Allah merencanakan segalanya dengan sebab dan alasan... maka redhalah...
Hospital Lagi
p/s: buat la kerja Lillahita'ala ! InsyaAllah dalam apapun ada keberkatannya jika kita ikhlas dalam pekerjaan itu. Jangan kita lupa diri dan bangga xtentu pasal bila kita tahu orang perlukan khidmat kita. Rasa bongkak dan angkuh. Lantaran itu kita jadi lupa seketika soal amanah... pada perempuan gila terbabit, anda memilih jalan untuk berada dalam lingkungan pekerjaan yang mulia.Tapi anda bersikap cukup kurang ajar dan memualkan. Saya rasa barangkali anda sesuai kerja bersih reban ayam kat kg awak je la ! Tp takut jugak kalo ayam2 tu pun menyumpah dengan awak. hmm... bawak2 la muhasabah diri! mudah mudahan awak sedar satu hari nanti...
Gambo coming soon!!!
27 June 2008
4.35pm
Meniti Hari Hari Terakhir di Sapura
So sekarang dalam proses menyiapkan segala kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan supaya kelak tidak membebankan pengganti nanti. Supaya tidak jugak menyusahkan rakan-rakan sekerja yang lain. Maklumlah... budak yang selalu dibuli ni nak bawak diri... hehe
23 June 2007
23.13pm