Friday, May 23, 2008

Happy Birthday Esah and Jamil

Hari ini sahabat saya saudari Nurul Aishah Jamaluddin dan Jamil Effendy menyambut ulangtahun kelahiran ke 25. Saya mendoakan semoga kalian berjaya dalam semua lapangan yang diceburi. Esah adalah sahabat saya sejak dari matrikulasi UIA dulu manakala Jamil kawan baik semasa sekolah menengah.

Rehearsal masa convocation

Esah dan aku yg memang gila begambo

ha masa ni la antara detik2 yang best main handball. esah no 12. aku da letih sangat masa tu

p/s : gambo ngan jamil xdo lah. skolah2 dulu sumer dalam album kat kg. huhu

Laptop in Workshop

Hmm letih teman dengan masolah laptop ni. selalu sangat sakit. semalam dah x tahan teman antor juge dia jumpa Dr Shasa. Amek ko !masuk spital kejap. padan muke!

laptop yang sakit

Dr Shasa sedang mengodek2 cari punca penyakit

Sha... ape yg ayu sangat tu ketawa. konpius aku! kak nazirah pun tmpg sekaki

Milik siapakah kaki ini... brapa bulan x basuh??? hehe

hmm ni biasa la. gamba wajib a.k.a gediksss

Wednesday, May 21, 2008

Rindunye Afiqqqqqq !








Emo Sekejap

Guru dapat aib

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini.

Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini.

Dia hanya dibebaskan selepas mendapatkan kerjasama seorang individu berpengaruh yang dikenalinya kira-kira jam 9 pagi.

Kejadian bermula apabila guru lelaki lingkungan 30-an terbabit memberikan kata dua kepada murid tahun dua itu seluarnya akan dilondehkan kerana melanggar disiplin sekolah secara berulang.

Murid itu, anak sebuah keluarga yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat, diberi amaran itu kira-kira jam 3 petang.
Bagaimanapun, murid terbabit yang dikatakan sering menimbulkan masalah di kalangan rakan memaklumkan kepada bapanya yang turut mempunyai hubungan dengan pihak tertentu.

Sumber memberitahu Harian Metro, bapa murid terbabit tersinggung dengan kata-kata kasar guru itu terhadap anaknya.

Malah, katanya, bapa murid terbabit mendapat kerjasama daripada seorang saudaranya yang juga anggota polis yang dipercayai bertindak terhadap guru terbabit.

"Saya terkejut apabila guru terbabit dibawa menaiki kenderaan polis selepas ditahan di kelas kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Saya percaya penahanan guru itu ada kaitan dengan tindakannya memberi amaran akan melondehkan seluar seorang murid di sekolah itu.

"Memang kejadian itu sungguh memalukan guru berkenaan, terutama ketika ditahan di depan murid dan guru lain," katanya.

Menurutnya, walaupun pengurusan sekolah itu cuba merayu kepada anggota polis supaya dihentikan penahanan itu, tetapi tidak berjaya.

Guru terbabit yang tidak sempurna anggota kakinya akibat kemalangan jalan raya dikatakan terkejut sebelum dibawa ke balai polis bagi diambil keterangan.

" Saya terbaca article ni tengahari td. tersentak sangat. Kenapa sampai begini seorang guru diperlakukan. Entah la. Saya tidak mahu bias dalam member komen. Masing2 ada pandangan tersendiri. Bukan soal sapa salah. Tetapi secara peribadi saya rasa geram dan sangat marah dengan tindakan ‘orang berpengaruh dan ternama yg bodoh itu’ dalam membuat keputusan dan tindakan. Perkara sewajarnya diselesaikan dengan cara baik tetapi kerana ‘kepandaian yang teramat sangat’ maka sanggup menyalahgunakan kuasa untuk mengaibkan orang lain ! Awak rasa dalam dunia ni awak berkuasa... bersahabat dengan segala org berpengaruh tp awak lupa ada yang lebih Berkuasa dari awak !!!"

Opssssssssss !!!

Alamak, last week hari guru la ! caner buley lupa ni. dasar anak murid lupa daratan hehe. apapun...
Happy Belated Teacher's Day !!!

Lunch Hour

cancel makan nasi tengahari td sbb masa turun ke kafe nampak ni... taraaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

ni stock minggu ni kat opis... kalo x abis la sehari 2 ni... huh nasib haizal cuti hehe

p/s: sesape yang bercadang nak kahwin dengan hantu kek2 dan yang sewaktu dengannya sila prepare perut anda ! hehe

Cerita Minggu Lepas V3.0

Ahad lepas saya dan keluarga ke kampong abah di Jawi, Pulau Pinang. Ada keroje ‘menunangkan’ anak sedara abah merangkap sepupu saya la, Syakirah. She’s my closest cousin la kalo sebelah abah. Kalo sebelah mak daku berkeseorangan. Hehe. Xde yang sebaya ke kurang sebaya ke lebeh sebaya ke. gap yg jauh antara tua dan muda. Sebab tu manja terlebey kot! Ahaks. Ni gambar2 semasa di sana...


control ayu le minah ni kalo korang nak tahu hehe

biasa la makcik berdua ni... gossip xabis2

hmm amek seri org kata... hehe

mak chaq, kirah, abah, aku dan mak posing kejap

huh awek berdua ni. asik merungut nak balik cepat je ! konon2 rajin la baca paper tu :p

cute jgk kakak sedara aiman dgn uzma ni huhu

abah bagi ceramah pd kamarul... lari !!!

aiman palannn buat tayangan gigi dia yg besaq sebelah. acik aru tersenyum manis

palann, uzma letchumm, iqa homesick n ain phua chu kang bergaya poyos

Cerita Minggu Lepas V2.0

Friday 16 May 2008

(huh cter mgu lepas lagikan ! mahap la, xsempat nak upload dlm blog. Kekangan masa! Hehe)

Happy Birthday to You !!!

Pertama sekali maaf buat sahabat2 kesayangan saya yang telahpun dan bakal menyambut hari lahir. Lambat betul entry birthday kali ni. kekangan masa dan jadual kerja yang tidak mengizinkan telah memaksa saya sedikit lewat untuk bercoretan di laman blog ini. Untuk bulan May sahaja lihatlah... hehe

03 May - Siti Nor Khalilah Abdullah Halim

10 May - Aslam Jaafar Sidik

15 May - Azhan Nordin and Noorsazally Mohd Nor

16 May - Riza Afzan Asri

23 May - Nurul Aishah Jamaluddin and Jamil Effendy

24 May - Muhammad Hazim Mohd Badri

26 May - Asraf Afizi Mohamed

31 May - Mardiana Ashari

Siti...

Happy birthday fren. I luv u so much! kenal cik siti ni since standard 5 ! masa sama2 masih pakai tudung ikat belakang lagi dan jadi penghulu masa kem motivasi ( kecil2 dah gila kuasa hehe). Tup-tup masa form 1 masuk sekolah yg sama. SMK Taman Tasik, Taiping. Sekelas pulak tu. hmm sampai la ke tua. Banyak sangat kenangan dgn cik siti keayangan ni... Sekolah dulu satu sesi. Sampai petang. Ingat lagi kami sama2 beratur beli nasi kari ayam dekat makcik kantin masa form 1dulu. Lepas tu rebut2 pg solat di surau sebelum masuk prep. Setiap hari khamis dan sabtu akan jalan kaki dari sekolah sampai ke town dengan comot berbaju krs dan pakai boot mc’donald tu. ya ampun seksanya. Tp mmg itu la pakaian rasmi... lepak di marrybrown sebelah market kota. Buat collection tau nak makan !!! Then masa 98 & 99 plak kami berdua sama2 gila ikut segala ceramah politik! Siti selalu akan pegi 1 family. Dan saya ikut abah. Kat sana kami jumpa dan sama2 la melangut atas tikar smbl mkn kacang kuda layan ceramah walaupun masa tu baru form 3 form 4 ! dalam banyak2 ceramah paling best adalah ustaz akhil hay masa tu. sebabkan kami terlalu ekstrem pada ceramah dia maka saya dan siti pun mengambil kesempatan bertentang mata secara live semasa ceramah diadakan di rumah saya dahulu. Haaaaaaaaaaa... ensemnye !!! hehe. Fanatiknya masa dollu dollu. Then, belajar computer dekat iprimis sibuk chatting sana sini. amek lesen kete sama2 kat uncle ah meng, saya berjaya la juga jadi minor google earth dan ct berjaya jadi pakar jalan ayer kuning ke matang. Hehe. sampai la skang ni. zaman susahnya nak booking siti masa weekend bila saya dengan riza ajak meronggeng katak ! sbb siti sekarang mencongak waktu untuk menjadi isteri solehah. Buat preparation nak masuk kursus kahwin. Hehe

Ti... selamat hari lahir. Aku doakan hang hepi selalu. Semoga cepat bertemu jodoh dengan AJ kesayangan. Walopun aku xjadi kakak ipar, adik ipar dan sepupu ipar hang aku tau mak ngan ayah hang tetap sayang aku. Hehe


Riza Afzan...

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan Maaaaaacik

Allah selamatkan kamu !

Mak cik, hepi besday !!! Muah Muah Muah. Tahun lepas dah cter panjang2 kan... tahun ni maksu dedicate poem ni k. Sila baca dengan penuh perasaan ye :-)

You are the best friend I have ever had

Although I have only known you for 12 years
It feels like a lifetime I will be here to wipe away your tears
And to fight away all of your fears
You know I will help you when things get tough
I will help you when things get hard and rough
I've told you my deepest secrets And you have told me yours
You're my friend in life you're my friend in death
We have a bond so strong proven with every breath
I must say the things I cherish the most
Is the time we get to spend together
You're my best friend and that's the way it will always be
Your always there for me beginning to end
That's how I describe you the perfect friend
You have been there for me through thick and thin
And I know you will be till the end
I know you will be here for me because true friends are for eternity
You turned my darkness into light
You made everything all right
When I needed you the most you were there
Even if you didn't really care
Friendship is a strange thing
We find ourselves telling each other
the deepest of our secrets and details of our lives
things that we don't even share with the families that raised us
Of all the friends I have ever met
You're the one I will never forget
If I die before you do I’ll go to heaven and wait for you
If you never show ill know u went the other way
I’ll give the angels their wings back
And risk the loss of everything just to prove
Our friendship is true ill even go to hell for you
We are two friends, friends forever,
two friends always together
No matter what I’ll be here till the end
I want you to remember me as your best friend


Cerita Minggu Lepas V1.0

Sunday 10 May 2008

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu mak tersayang Puan Noranoyah Ariffin

Mak, I love you
For all that you do
I'll kiss you and hug you
'Cause you love me, too.

You feed me and need me
To teach me to play
So smile 'cause I love you
On this Mother's Day.

***

Happy Mother’s day to Kak Nyah ( Iddin n Aisya’s Mommy)

Happy Mother’s day to Puan Rabiah Dahlan ( future*** ;p)

And... all mothers around the world

And 4 me... because mother’s day = umi’s day ! hehe

Wednesday, May 14, 2008

Last Week Punya Cerita

Sepatutnya saya post entry ni last friday. tetapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan utk berbuat demikian. so ni le dia. catatan penuh perasaan **khamis**10.39pm**dalam bilik kat PP**dengan hati yang panas**
  • Sampai je depan umah ptg smlm redi nak buka pintu pagar la. Macam biasa la kan. Parking dalam. Sebelum ni dekat umah tu ada 2 kereta saja. Tp sejak 1 may hari tu ahli umah dah bertambah. Jadi dah ada 4 kereta di rumah. Xkesah la bab tu kan. Masalahnya ada satu makhluk ni block parking tengah2 compound dan orang lain xboley masuk parking! Haa... mana la x menyirap. Pk lah sikit. Hari tu dah malam2 buta suruh saya undur kereta sbb nak keluar. Dah tau potential nak kuar tu tinggi parking la kat luar next time. Mlm td buat kes lagi. Haaaaaa. Lepas saya masuk rumah ada kawan dia yg selalu lepak kat umah ni buat keja depan tv. Dengan sopan santunnya tegur la... “*** nanti kalo kawan awak nak parking minx tlg ke depan sikit ye. Keta lain dah x boley masuk”. ( compound besar. 3 keta pun muat sangat2) Tau apa dia jawab??? “ eh xpe kak. Kitorang nak kuar pun jap lagi”. Dan korang rasa2kan apa saya rasa????????
  • Lepas tu terus lelaju lepak depan tv sbb nak tgk kesudahan cter Bella. Tp xabis2 jugak laagi. Elok duduk je cari cermin mata kiri kanan depan belakang x ada. Ah sudah! Rasanya dah bawak masuk tp xtahu letak mana. Ahhh kaburlah pandanganku sementara nak mencari balik... huaarggg bukan boley missed call !
  • Lapar alkisahnya. Siang xmakan pape kecuali RM1 buah jambu batu. So dah setel itu ini dalam pukul 8 tu kuar la kejap cari makanan. Balik umah terus ke dapur nak cuci tangan. Dan sekali lagi rasa macam nak terkena darah tinggi je time tu jugak sbb:-

a. Lantai melekit gla. Berminyak2 sbb ada orang x lapik masa memasak@xmop lepas guna dapor. Hello. Xkan la kan xrasa pape makhluk yg memasak ni. abis tu xkan la biar dapo mcm tu je. Habis tu letih la. Setiap kali mcm tu kita yg xmemasak ni la kan yang nak kena buat amal jariah dekat diorang!

b. Sampah dalam tong melimpah2 smp nak terkeluar. Dengan bau dengan apa semer complete. Plastic hamper pecah. Saya sangat pelik. Kelmarin saya baru tukar plastic baru. Hari ni dah penuh melampau. Wahai insan yg membuat sampah dengan jayanya... xboleykah saudari merajinkan diri sedikit??? Xpasal2 saya nak kena asingkan sampah masuk dalam 2 plastik ikat kemas dan buang di luar. Bukan nak berkira pun. Tp pk la sikit bila dah Nampak smph banyak ( nak2 awak tu yang dok rajin ke dapo kan!) pg la buang! Xtahan betul dengan orang PENGOTOR ni!!!

c. Paip singki bocor... bocor... air melimpah... tau air melimpah??? Korang dapat bayangkan x air melimpah atas lantai dengan kotoran2 berminyak tp ada ora ng x perasan. Dibiarkan KERING atas lantai bukan setakat bawah singgi shj tp sampai ke pintu belakang ! logic ke x Nampak??? Saya rasa nak menangis sangat dengan sikap manusia mcm ni. saya penat. Letih. Balik tgk keadaan umah bertambah letih. Ya ampun... aku duduk serumah dengan makhluk mana ni???????

  • Penyudahya saya call budak2 umah (housemate lama, diorang dah 4 hari tido di putrajaya. Jumaat mlm br balik umah). saya bagi tau, makesure tomorrow buat segala rules and regulations dalam umah ni. saya memang x dapat nak berkompromi bila melibatkan bab kebersihan. Biar nampak bodo ke mcm budak2 ataupun mcm kelakar ke tp dari mengelakkan benda x baik eloklah dicari solusinya segera! Apa2 ketidakpuasan hati tegur dari awal. Esok2 bila dah jadi tabiat makin payah pulak. Benda2 simple pun x dapat pk ke????????????????? susah sangat ke???????????????????????????
  • Dalam bilik air pun satu bab. Lepas mandi xreti2 nak penuhkan air dalam baldi. Dah la kita ni baik hati sangat. Terhegeh2 lepas mandi isi la penuh. Mudahkan sumer orang. Skali... 2 kali... 3 kali... boley tahan. Tp kalo dah berkali2 kita je tadah air dan orang tu sedap guna je dan xreti2 isi semula x panas hati ke dik non oii??? Bayangkan pintu bilik air side dia tertanggal bhgn bawah pun x kuasa nak kutip??? Biar je camtu. Saya saja nak tgk akal. Ya ampun... sampai kesudah la kat situ jugak... haaaaaaaaaa ingat saya ni Majlis Perbandaran Sepang ke? saya rasa nak hantar minah ni kursus dengan Ustaz Akhil Hayy je. Mudah mudahan terbuka pintu hati. Dahhhhhhhhh close story bab ni! tgk episode isnin plak.
  • Yezza mlm ni nak bergossip dgn cik ct n riza. Nak pg pasar malam sesame. dinner soto n apam balik sesame. Ops Meminah ni akan menyepenkan masa di rumah saya untuk tujuan marathon ikea pada esok hari.
  • Petang esok jugak ada latihan futsal ! huaarggghhh kakiku bakalan sakit lagi donggggg. Mujur ada minyak free dan boley buli riza urut. Hehe. Saksikan team ‘reeedah je’ beraksi.
  • Nak pegi antor kete ke car wash. Usha ane2 kat sana. :-p
  • Balik nak kena mendobi. Malassnyaaaaaaaaaa
  • And... I miss someone...

Wednesday, May 7, 2008

Tekanan Perasaan !!!

Dear *@#$%^,

Apa lagi dendam perasaan yang belum selesai. Apa lagi salah aku yg besar sangat hingga menyiksa aku sehingga begini. Aku semakin tidak faham. Makin kusut dan runsing dengan apa berlaku. Selama ini aku pendam apa aku rasa sampai saatnya aku sudah tidak mampu untuk membendung perasaan ini lagi. Sudah puas aku mengalah merendah diri dan berkorban demi menjaga perasaan orang. Hakikatnya orang makin melampau melepaskan amarah dan dendam yang x berkesudahan pada aku. Aku bertahan sebab emak. Sebab abah. Tidak lebih dari itu. Aku bersabar kerana memikirkan perasaan orang tua ku. Tapi jika perasaan mereka sendiri kini disentuh dengan karenah dendam pada aku, aku sudah hilang sabar. Sudah hilang pertimbangan. Cukup lah. Kalau pada aku marahnya, lempiaskan saja pada aku ! bukan pada orang lain. Terutama sekali orang yang aku sayang !!! xperlu menyakiti hati mereka sebab marahkan aku! Selama ini emak dan abah mohon aku bersabar. Mengalah. Tapi kelmarin di hadapan mata kepala mereka sendiri melihat bagaimana aku memperjuangkan kesabaran yang tinggal senipis bawang ini menghadapi sekali lagi mehnah dan tribulasi dendam orang yg selama ini mereka percaya dan hormati. Hingga akhirnya emak turut merasai kesedihan aku... emak menangis juga bila melihat anaknya yang ‘degil ini’ diperlakukan sebegitu.

Aku sudah letih. Penat. Marah benarkah pada aku sebab tidak mengikut kehendak dan pilihan mereka. Dendam lagikah pada aku kerana memilih jalan hidup aku sendiri? Salahkah aku menjadi apa yang aku mahu? It’s about my life. Let me decide!!! aku appreciate setiap pandangan orang lain tp tolong bg ruang dan peluang aku memilih dan mengatur kehidupan aku sendiri! Kelak jatuh bangun aku dalam perjalanan aku sebagai hamba Allah kat muka bumi ini tetap aku yang menanggungnya seorang nanti. Jadi tolong la... hormati keputusan aku. Kalau dah ketentuan Allah kata aku pilih A, x mungkin aku menjadi B. Belajar la menerima qada dan qada’ dari Dia.

Xperlu bermasam muka dan melakukan sesuatu yang menyakitkan hati aku. Dan berhentilah menyalahkan aku xsudah2. Dah 6 bulan perkara berlalu !!! bersihkan lah hati... aku dah minx maaf. Aku dah buat yang terbaik utk pulihkan keaadaan. Aku sudah menangkan perasaan mereka. Sudah berbalas pun dendam pada aku. Tapi mengapa masih menyeksa jiwa aku??? Dan pada pemerhati yang lain, aku mohon berhenti jugak menyakitkan hati aku dengan meminta aku mengalah lagi buat kesekian kalinya... sesungguhnya aku sudah tidak berdaya lagi... dan aku tekad... setelah melihat air mata emak dan diamnya abah... cukup sekali!

Dan... pada yang terus terusan memandang rendah padaku... teruskan usaha anda!!!

Wassalam

Tuesday, May 6, 2008

Pak Ngah's Niece

"LITTLE DARIN"

~~ Welcome to the real world Little Darin Aleeya binti Mohammed Faezal Fareez~~

To Darin’s Mummy and Daddy:

A beautiful baby girl has come to fill your lives with joy and bliss... congratulations!

Family Activity

Sehari di Melaka ( tajuk cam buku kat library skola rendah dulu)


Pagi2 lagi kami sekeluarga berkumpul di presint 9, putrajaya. Selepas sumer ada dan breakfast lebey kurang ( lebey sbnrnya!) perjalanan pun dimulakan kira2 jam 10 pagi. Target nak tiba di bertam jaya dalam kul 12. Jadi rombongan cik loyah sebanyak 5 kereta ni pun berkonvoi ke sana seramai........ dah kenyang2 makan kenduri, chat chat sana sini, bkenalan sedara mara jauh dekat ( yg xpenah jumpa pun ada!), singgah solat di umah sepupu cik loyah then terus bersosial di banda hilir... maka aktiviti menggedik pun bermula... hehe ! abang becha abang becha di tengah jalan lalalala

p/s: to... ada cter sedey jugak di hari sama... xmoh ingat... sedey sgt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Chit Chat Minggu Lepas

Friday

Keje keje keje ! best jugak banyak keje ni kadang2. Xyah layan sangat tekanan jiwa saya yang mengada2 ni. J

p/s: pesanan utk diri sendiri : please be strong : Allah always with u : He knows...

Thursday 1 May 2007

Selamat Hari Pekerja ! Tahun kedua sambut JJJ

Raikan dengan aktiviti syok sendiri. Bestnya kalo dapat lepak cineleisure layan wayang dari malam sampai subuh mcm selalu :-p. Hmm rindu jugak big apple donuts... sluuurrpp

Wednesday 30 April 2008

Im not in a good mood. Dah la semalam mcm2 hal tambah sakit kepala dgn hari ni punya hal. Badi apa pun xtahu la! Apa sahaja baliknya pada saya juga. Buat A salah buat B salah. C lagilah salah ! Im tired. Really tired. Sometimes rasa kena batukan je hati ni. buang jauh2 perasaan yang ada. Supaya jgn ada rasa suka sedih marah kecewa. Sebab dah terlalu sakit rasanya ! letih menjaga hati dan perasaan org. Hakikatnya orang xpernah pedulikan apa saya rasa. Saya cukup sedar. Sebagai manusia biasa tiada yang sempurna. But I promise. I will try to keep on learning in whatever situation. I will improve myself to satisfy everybody needs. Allah... please be with me... amin...