Monday, April 28, 2008

~~White + Pink~~

White

Symbolic of purity, innocence and naivete, white has strong connotations of youth and purity. If you are an older person, your preference for white could indicate a desire for perfection and impossible ideals, maybe an attempt to recapture lost youth and freshness. It may also symbolize a desire for simplicity or the simple life.

Pink

This color embodies the gentler qualities of Red, symbolizing love and affection without passion. Women who prefer Pink tend to be maternal. Pink desires protection, special treatment and a sheltered life. Pink people require affection and like to feel loved and secure, perhaps wanting to appear delicate and fragile. Pink people tend to be charming and gentle, if a trifle indefinite.

Merah Jambu

Adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan. Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.

Putih

Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.


tp... bila buat personality test dapat yg ni... huhu


Warna Emas 25%

adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Warna Hijau 21%

adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

Warna Biru 20%

adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .

Warna Oren 19%

adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.

hmm mana pg lagi 15%~~ white pink td le kot ! ahaksss

Friday, April 25, 2008

Futsal @ Subang Grand Sport Planet


Last saturday I was joined the futsal tournament at Subang Grand Sport Planet. Actually i’m not the one who supposed to be the player but somebody asking for the assistance. So with the “muka tembok as usual”, me and my ting tong team ( shasa, kate and ros) pun joined ler menambahkan team member yg da sedia ada~~ hehe. Thanx to Allah, even though without proper training we won the game. Gold medal! Ahaks. Yahoooo!!! Hehe


~~ thanx to the supporters iddin and adik ! ramah tamah sungguh budak berdua ni berkenalan dgn kengkawan maksu. Dari dalam court mmg sungguh kuat suara korang jerit ! muaaxxx~~


Thierry Iddin

extra dalam cicakman 2... aisya rock suparjo. hehe

Pesta Buku Antarabangsa 2008


Date : 4th-12th April 2008

Venue : Tun Razak Hall 2, 3, 4, Legar Putra, Pelantaran Putra, PWTC


Xada lain la kalo ke pesta buku. Novel novel novel. Saya riza dan awin sungguh berkobar2 nak ke pesta buku. Bukan apa, xsabar nak tgk novel2 terbaru dan bersuai kenal dgn novelist2 ni. ye la. Selalu baca novel diorang so kali ni dapat la berkenal-kenal antara satu sama lain. Saya dengan riza ni memang muka tembok sikit. Jadi xada masalah la nak ringan2kan mulut ni. hehe. Jadi puas hati sangat dapat lepak sekejap di booth jemari seni dan alaf 21. Thanx kak su dan kak yah dari jemari seni yang melayan kami dengan sangat2 baik. 1st time jumpa mcm dah lama kenal je. Suka sangat hari tu. Pada rynsa (Relevankah Aku Di Hatimu), nazurah aisyah (Lili Buat Najah), syud ( Tentang Dhiya) best jumpa korang. Then dapat jumpa kak aisya sofea( smp sekarang saya suka ulang baca JAUH sejak tahun 2000!!! bestttttt), damya hana, fauziah ashaari and few novelist lagi la. Ramai sangat nak sebut nama. Lenguh sendi2 kaki ni tawaf pesta buku. Saya sampai bersila2 sbb letey sangat berasak2. Sungguh ramai orang ! nasib la kami bertiga parking kereta di lrt station then amek train ke pwtc. Kalo x lagi haru mana nak parking kereta lagi ! kalo cenggini la ramainya sah2 la parking hampeh ! ~~


Bulletin Mentarang

Ibu... akhirnya antara gang mentarang ko yg bertunang dulu ! huhu. Bila kawen??? Jgn nak clash date dengan kawan kita sorang tu. nanti 2 2 xdapat pg mejlis masing2. padan muka haha. Teringat lagi aku bu... masa kita dok berangan dalam bilik pasal impian gedik kita tu. beria berangan ! haha. Ko dah buat kaler ko nak tp harapanku musnah hancur dan kecewa. Aku dah boycott brown color bermula dari saat itu. Sadis sangat ceritera cintanya.sob..sob... bu, apepun congrats atas pertunangan ko dgn ayah. ( xyah tumpang umah aku nak larikan diri ke selatan thai sbb cinta terhalang ye!!! Huhu). Aku doakan segala yg terbaik utk hidup ko ngan ayah. Selamat menjadi tunangan org. Mata tu jaga2 sikit. Ko tu aku xpercaya! :-P. Pada ayah, jaga kawan aku elok2. Gang ktorang sumer ada black belt. Takut xley jadi goalie dah ko pas ni. huhu

~~Pesanan Penaja~~

1. ibu? Ayah? Cik salina sulaiman ni tersangat la lemah lembut control ayunya di kalangan gang saya di UIA dulu. Sbb tu dapat gelaran”ibu” . jadi kawan2 rapat mmg panggil ibu. Bila dapat ‘kawan’ kami gelar la pulak ayah. So sampai sekarang je jadi ibu dan ayah. Bondaku serta kekanda2ku juga memanggilnya dengan gelaran IBU... sekian

2. opsss lupa nak cakap. ni perkahwinan campur antara 2 negara tau. walopun muka ibu tu sah2 mcm muka org banting tp dia org jauh woo. hehe

3. kan best kalo shay, pah, fida, pine and put ada... hmm ( kengkawan ni kira buah tangan utk korang la !)





Thursday, April 10, 2008

Seminggu Yang Lalu...

selasa minggu yang lalu... 1.30pm... lalu sini... perut berkeroncong...

singgah makan jom !!!

burrrppp !!! alhamdulillah... kenyang. hehe. smbg perjalanan... WELCOME TO GUOMAN !!!

cantiknya !!! last datang PD 9 tahun yg lalu... skang dah tua sket... sket jew... hehe

sunset... indahnya...

hmm pandang jew dari jauh. xdapat nikmati pun. hehe. keje + keje + keje + makan + makan + makan. jadi la. next time ada rezeki datang balik qada apa yg xdapat kali ni. datang buat keje mane la nak sama datang holiday. xley le sesuka ati kan nak enjoy. hehe. xpes xpes !!!

Cerita Bulan Lepas Daa... (IV)

Membesar Bagai Johan !

Pagi2 lagi abang dah bising. Maksu!!!!!!!!!!!!!!! Cepat la !!!!!!!!!!!!! dah lambat !!!!!!!! ( hmm ganggu tdo btol la si iddin ni. huh). So seawal pagi dah bangun... menunaikan kewajipan pada yg Esa... bersiap ke mejlis sukan sekolah SK Subang Bestari, SS U5 Shah Alam. Hari ni sekolah abg dan adik mengadakan majlis sukan sekolah. Abang yg ada terlibat dengan acara larian mmg xsabar2 nampaknya sejak semalam lagi untuk bertanding. Adik??? Hmm xpayah cakap la kak nam doblas tu. Huh. Sumer acara dia xnak masuk. Padahal boley tahan jugak si mulut kepo ni kalo bersukan. hehe. Yg dia tahu sokong sumer rumah sukan. Xfaham xfaham. Hehe. Panas terik + bising + meriah sumer ada. Ye la. Sekolah rendahkan. Kecohnya ya ampun !!! cuaca panasnya mmg mencabar. Kalo tidak masakan berbekas di kulit wajahku ini “temporary blusher”.! Tp yg bestnye abg ada menang acara. Jadi dah menang tu pepaham la kan. Di samping medal nak jugak la hadiah lain... hehe... lets pizza !!!

30 Mac 2008
5.01pm

Cerita Bulan Lepas Daa... (III)

Home Sweet Home ~~29-30 MAC 2008~~

Pengalaman pertama rasa pindah keluar hidup sendiri... selama ni xpernah ada rumah sewa sendiri selain dari ‘menumpangkan diri’ di rumah2 mereka yg sudi ‘menumpangkan diri saya yang NOMAD ini. Hehe. Jadi kali ini ‘tercapai’ juga impian nak merasa hidup sendiri sepertimana kawan2 lain. Susah betul nak dapat permission ‘majlis syura keluarga’ ! akhirnya kumpulan kuasa2 veto terpaksa akur dengan kehendak dan “keperluan” anak yg seorang ni. lulus jua akhirnya permohonan. Hehe. Hmm mana nak mula ye... takut? Was-was? Hmm entah la. Dah duduk lama barulah tahu kan? So sekarang x dapat mengenalpasti lagi apa bezanya kehidupan dulu dengan sekarang dan akan datang. Yang pasti dulu ada insan penyayang yg sudi masak dan basuh baju. Tapi sekarang??? Haha padan muka kau umi. Buatlah sendiri... hehe

p/s: special thanks to riza, awin n ali yg sudi tolong aku pindah. Xde korang patah le tulang temulang aku sengsorang mengangkut barang. Hehe. Sori jugak pasal bawak korang makan kat pizza hut yg ntahapa2tu. Kita boikot pizza ioi k !!! lembab gila. Next time kita makan kat pizza kota damansara. Besh wei!!! Aku baru pau kak nyah td. Hehe.

30 Mac 2008
4.33pm

Cerita Bulan Lepas Daa... (II)

New Working Environment ~~25 MAC 2008~~

Setelah seminggu bercuti hari ni saya bermula di tempat baru... kerja baru... suasana baru... kawan baru... semoga Allah mempermudahkan urusan saya. Memberi ruang dan peluang buat saya untuk untuk melakukan yg terbaik dalam hidup saya. Saya tidak mampu untuk meramalkan lagi bagaimana perjalanan kerjaya kali ini... sesungguhnya saya mendoakan yg terbaik dalam mencari dan menumpang rezeki di bumi Tuhan yang satu ini...

25 Mac 2008
23.36pm

Cerita Bulan Lepas Daa... (I)

Selamat Pengantin Baru Shahrul n Diana

Rasanya belum terlewat lagi nak mengabadikan gambar perkahwinan sahabat saya semasa di tasik dahulu. Maklum lah... seminggu bercuti maka segala proses update men’update’ blog pun tebengkalai. Nak jadi ceritanya pada tanggal 15 Mac 2007 pasangan Shahrul A
zuan dan isterinya Diana selamat mengadakan majlis menyambut menantu di pihak lelaki yg bertempat di Kg Larut Tin, Taiping. Sahabat saya yg seorang ni bertemu jodoh dgn org senegeri dgn Mawi sebenarnya telahpun selamat mendirikan rumahtangga 4 bulan yg lepas. Dan bakal menjadi ibu dan ayah pun xlama lagi. Huhu. OGOS !!! best kan?
Yang menariknya kami sesat ke rumah pengantin !!! huh macam la jauh sangat kan. Padahal dalam taiping jugak. Seorang pun x bawa kad kahwin. Terkial2 tanya org yg lalu lalang di kampong tu. Nurul adzha dan membebel2 pada saya sbb lambat sangat sampai ! ( huhu memang pun. Org dah reda baru kami sampai. Huhu). Khalil pulak dah tensen sbb arif dah naik hangin ! ( arif... hmm tau dah !!! haha) Dengan 3 buah kereta saya, shafared, ct, riza, khalil, arif dan kak Anne menyerbu
rumah pengantin. Sesampai di sana ada la jumpa kawan2 lama yg dah pun tiba lebih awal. Sempat la bersua muka setelah lama gila x jumpa !!! shikin, mai su, ein. siap bawak pasangan lagi u. ( dah kawen rupanya kawan aku !) tiba2 rasa macam tua dah. Hehe. Dan seperti yg dijangka en nurul adzha menyambung aktiviti mengutuk kami datang lambat ! huh. Xlupa jugak kepada otai2 SUMUS STELLA yg datang ! cikgu yuzaini an cikgu airon berserta isteri memeriahkan lagi mejlis. Ustaz abu ketensionan kerana dia kata x dapat jemputan ! huh. Kesnya cikgu airon yg salah !!! dia lupa. Haha. Jadi nasib la saya call dia dan cikgu yu. Masing2 tercengang sebabnnya sorang terlupa dan sorang x dapat jemputan. So??????????????? Huhu. Saya paksa diorang datang jugak ! huhu.
Hmm seronoknya tengok org bersanding ikut adat istiadat persandingan tentera di pelaminan. Dengan segala pedang pisau kapak dan cangkul ( hihi). Siap iringan kompang pakcik2 brutal lagi. Memang best abis. Dan sempat lagi berkenalan dengan pakcik2 tu. ( booki
ng siap2... hehe). Saya nanti mcmana? ( laptop kiri kanan atas bawah depan blakang. Haha ok x?). usai tanggungjawab mengenyangkan perut kami pun adakan majlis beramah mesra dgn kawan2 lain serta cikgu2. Kemudian sesi bergambar dengan pengantin. Dan disudahi dengan majlis “cinta semangkok cendol” di mana sumer melepaskan kerinduan menelan cendol sementara menunggu hujan reda... huhu. Lama jugak la melepak di rumah kenduri kemudia barulah masing2 membawa haluan. Huhu

P/s: Kepada sahabat saya dan pasangan... SELAMAT PENGATIN BARU ! semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat. Dan didoakan semoga sentiasa dirahmati Dia... tahniah kerana bakal menjadi ayah dan ibu baru pada ogos ni. hmm rul, ko letak nama sumus stella pun sedap tau. Hihi. Seminggu bercuti memang rasa sekejap sangat. Xpuas lagi nak bermanja2 dah terpaksa balik ke sini. Hmm rindu pada makanan yg sedap setiap hari ! ( sebelum cuti dah prepared menu ! hehe). Rindu pada afiq !!! rindu pada kakak acik dan eman. Seronok buli diorg seminggu ( berebut channel tv + sumo la lagi !) mak dan abah x larat menjerit marah saya sepanjang di rumah. Mana x nya ! xberenti mengusik budak2 tu... riuh rendah jadinya. Hehe. Hmm masa ni la rasa seronoknya zaman belaja. Ada cuti sem. Buley lepak2 tido makan tgk tv berbulan2. Skang ni nak cuti pun sikit punya susah ! huh. Ada cuti pun x dapat amek. Abis camno? Hmm nasib badan. Tiap2 pagi rutin kena jaga afiq... pastu tolong my mum masak ( basic2 je la ye. Hehe) tgk tv... baca novel... seminggu ! ah heaven !!! setahun xde cuti lama. Ni la baru merasa cuti betul2. Memang rehat betol2. Dan esok akan mula kerja. Tp di tempat baru. Mines... aku kembali !!! xsabar nak pg gym setiap hari ! maklumla... ehem ehem p/s222: sori sebulan dalam waiting list. aku dah lama draft. xsempat nak upload je. hehe

Ni gegambonye... hihi

20 Mac 2008
9.47am