Wednesday, January 21, 2009

Selamat Ulangtahun ke 63 Abah !


Abah…

pinjamkan aku sepatumu
bisa tapak kakiku tidak luka berdarah
mengembara perjalanan hidup
kerna kaki ini tidak sekuat kakimu

pinjamkan aku bajumu
menutup tubuh ini
menggantikan baju tercarik
tika jatuh meredah belukar dunia
aku menangis ya, aku menangis
kesejukkan bila malam tiba
siang dimamah terik mentari

pinjamkan aku perhiasan budimu
gemerlapnya membuka mata ini
betapa besarnya kasih mulusmu
membawa aku dalam hujan panas
mencari sesuap rezeki

pinjamkan aku sepasang sayapmu
bisa menerbangkan aku kelangit biru
mengembara meyaksikan kronologi
rentetan hidup deritamu penuh kedaifan
mengajar keinsafan diri

pinjamkan aku semangatmu itu
kiranya aku kehilangan punca
meniti gelombang maha besar
takut tewas dalam arus bergelora

Aduhai buatmu abah,
terima kasih segala yang ada padamu
apa ada dengan airmataku ini
kiranya pengorbananmu kubiarkan mati
mengelepar dilantai bumi kegersangan

apa lagi ingin kupinjam darimu
jika kudratku tidak setegarmu

Selamat Hari Lahir Abah…

Friday, January 16, 2009

Tempahan Cake

Salam. kepada sesapa yang berminat untuk membuat tempahan cake or cupcakes boley le view blog sista aku! Kak Aan kini dalam usaha memulakan empayar bisnes (wah empayar!!! hehe) dalam bidang ni. So sila silakan la ! Harga boley dirunding okiessss.

http://mycatmona.blogspot.com/

Enjoy !!!






Last week anak buah aku sebok sgt ajak g cycling. So bawak la budak berdua ni g ke botani. Smp je sana boley plak xde stock bicycle. Huh hangin jerrrr. last2 aku wat muka sposen je tgu gak kat situ demi mendapatkan gak merealisasikan aktiviti kami petang tu. Enjoyed the moment tp last2 adik merajuk bgaduh ngan cik poi dia haha. Gilos jenuh nak memujuk esah rock sorg ni !