Friday, July 22, 2011

kisah birthday muuunge dan redwok

happy birthday to me happy birthday to me (sambil meliuk-liuk tangak bak usop wilca dalam HKLBR sambil membuka kotak kek blueberry kesukaannya). alhamdulillah sudah mencecah usia lapan belas tahun nampaknya pada tanggal 18 Julai kelmarin. semakin muda semakin kurus dan semakin bergaya. muntah sekejap. hehe
sehari sebelum dah sambut dulu dengan famili. macam biasa lah watak-watak sama setiap tahun esp dua ketul anak buah buahan itu. muka hepi paginya dah selamat mengepau maksu di al ikhsan. abg je sentap dengan ibu. poyo. terima kasih kekanda berdua yang belanja kek dan aiskrim oreo & nasik minyak spesel. 
apa wish tahun ni?
 
apa lagi yang layak saya minta sempena hari lahir ini melainkan memanjat rasa syukur pada Allah kerana masih memberi peluang pada saya untuk meneruskan kehidupan memperbaiki diri menjadi hambanya yang sentiasa patuh dan taat pada suruhanNya... malu untuk meminta berlebih lebihan... kerana apalah sangat yang saya beri sebagai hamba... sesungguhnya terlalu banyak dosa dan kekhilafan saya sepanjang hidup 28 tahun di muka bumi Allah ini... mudah-mudahan Allah memberi keampunan pada semua kesalahan dan kesilapan yang nyata dan tidak nyata... yang sedar dan di luar sedar saya selama ini... dan terus menjadikan saya insan yang sabar dan kuat dalam menghadapi segala ujian dan cabaran kehidupan yang kadangkala saya sedikit tertewas jua...

sangat suka suka dan sukaaaaa
alhamdulillah terlalu banyak messages daripada famili dan rakan-rakan yang mengucapkan selamat hari lahir. bahagia gitu. terima kasih semua di atas ingatan. sayang semuanya ! :-) 

pagi-pagi menerima kejutan apabila bukak pintu kereta ada hadiah dan kad comel atas seat. hati berbunga riang. terima kasih ye pada pemberi :-). taaaapiiiiii sampai  ofis lagi terkezuttt nengok ada mungeee atas meja. haiiihhh daripada peminat misteri mana pulak ni (poyo ya hamatttt kan hehe). dan pengirimnya adalah orang yang sama dengan hadiah tadi. ohhh terharunya. i lebiu sooooooo much somi. pandai ye u dengan fafau kenakan ai. dan tak lupa juga keterharuan ditambah dengan kad comel dan hadiah daripada fafau pengomplot yang memberikan aisadowww dan miniature perfume yang wangi sekali. mekasih bebanyak.

no words... i'm speechless hehe. Allah knows everything... and u know as well...
hepinya hari ni pergi berhantar balik berjemput tidak seperti kebiasaan hari-hari. dan bertambah hepi dibelanja dinner@redwok bangi. kami makan sizzling steamboat. dua jam lebih makan baru angkat kaki balik. itu pun tak larat berjalan dah sebab terlampau kenyang sebab makan banyaaaakkk sangat dan bayar muraaah sangat. details sila view page ni redwok. so far sooo good. sedap je la tekak ai ni kan. seafood sangat fresh. ayam daging yang diperap pun ok. dessert pon sedap. oh ya restoren ni ada untuk ala carte juga. next time nak try la. macam best je kan.

operasi membesarkan saiz baju dan seluar dengan jayanya
begitu la kisah di hari isnin lalu. rasa hepi sangat-sangat. tinggal lagi hadiah utama je belum claim lagi. hehe. bila ye bila... oh corelle... tak lena malam dibuatnya dag dig dug.

Thursday, July 21, 2011

Restoran Warisan Kg Budaya Terachi, Kuala Pilah

okay pasal makanan lagi. nak buat macam mana. pecinta makanan. gamba ni dah basi sebab dah lama pergi. actually baru-baru ni  ada pegi lagi tapi sebab dah lahap sangat memang xdo nak menyempat den nak ambil gamba. sakitnya hati. dah halfway baru teringat gambar. cesss. 

saya perasan restoran ni bila ada sekali tu pegi ambil adik ipar di uitm kuala pilah. lepas kerja bergegas pegi dan tiba sana dah malam la. sebab terpandang sebelah kiri jalan dekat terachi nampak lampu liplap banyak sangat. cantik. so bercakap la dengan husband. dia kata ok saja kalau nak dinner kat sini saja. ambil saja zatty kami singgah makan dekat sini. since dia pun tak pernah lagi makan dekat sini apa lagiiii, jomlah ! hehe. boleh dikatakan hampir serupa macam dekat restoran istana bambu masa saya celebrate bithday last year. x de entry pasal tu sebab malas so upload gambar dekat fb saja. deco klasik tradisional ala-ala cerita bunian hehe tapi lawa lagi deco istana bambu ah ah. sesekali mencari kelainan apa salahnya makan di tempat-tempat macam ni. fastfood dah boring kooot. restoran ni pun pernah masuk JJCM cumanya lokasi agak jauh ke kuala pilah sana so tak adalah crowded macam dekat istana bambu. ramai sangat orang pegi makan dengan event itu ini bagai.

terlir-liur pulak menaip time pose ni


Friday, July 15, 2011

Beriyani Batu Pahat & Ikan Bakar Umbai@ Melaka

tiga empat kali pegi makan ikan bakar dekat umbai, kali ni mencuba di restoran parameswara pulak. sebab mak kata sedap. wah mak pun nak jadi pengacara jalan-jalan cari makan ke apa hehe. tapi seriously memang sedap la kan. sehingga menjilat jari. harga sangat-sangat berpatutan. kami order siakap 3 rasa, ketam goreng cili, sotong goreng tepung, butterprawn, kailan, telur dadar, nasik lemak, otak-otak, air jus satu jag harga tak sampai seratus pun ok. 4 orang makan sangat berbaloi-baloi. nak-nak makan ditepian muara sungai ke laut, nikmat gitu.


sampai je makanan semua makan macam tak ingat dunia. sebabnya lapar sangat kot. hari ni satu hari suntuk keletihan dan kelesuan sebab daripada pukul 4 pagi tak rehat-rehat lagi ni ha.

dah macam nak bergaduh ok lumba makan hehe
 ini gerainya... silalah mencuba di parameswara pula sekiranya anda belum.


siang tu kami lunch di gerai mohd shah baryani dekat batu pahat. punya la gigih mencari akhirnya jumpa juga. sebelum datang lagi dah memang berhajat kalau sampai batu pahat nak makan kat sini tak moh tempat lain ok. berjampi je lah sepanjang perjalanan dan alhamdulillah dimakbulkan Allah jua menikmati rezeki ini.

menyelerakan. sangat murah pulak tu. ikut hati nak di tapau bawak balik tapi jauh pulak perjalanannya sebab ada hati nak singgah melaka. aisehhh.
actually pekena ikan bakar dan nasi baryani ni sebabnya pegi hantar si ain daftar belajar kat UTHM. alang-alang last entry cerita pasal konvo dia, godek-godek gambar jumpa la gambar kami ke sini. cerita ni sebelum si ain konvo lagi. semasa makan-makan di umbai masa ni ain dah kena tinggal. padan muka dia hehe. dia makan megi je la. dia called kata program malam dan esoknya cancel sebab satu adalah malaysia menang piala AFF suzuki, second esoknya new year. kalau kata baru keluar je dari batu pahat boleh la kami patah balik ambil dan bawak stay dekat melaka semalam tapi apakan daya dah sampai melaka. lepak la ye hang kat sana. hehe.

selamat maju jaya. balik nanti sila master bahasa jawa