saya kira tidak ada. tidak ada siapa yang waras dalam dunia ini mahukan dirinya ditimpa sakit. semua orang dalam doanya memohon pada Allah agar diberikan kesihatan yang baik.
tapi susah jugak kan bila sakit tapi nampak macam tak sakit. orang fikir kita buat buat-buat sakit. mengada je lebih. kekonon tak larat sangat la tu kan.
bila kita sihat jangan kita berprasangka buruk pada orang sakit. kerna kita tidak tahu sejauh mana penderitaan orang itu. kita nampak dia macam ok. penderitaan dia hanya dia dan Allah sahaja yang mengerti.
mudahnya kita menilai orang... ye lah, selagi tak terkena batang hidung sendiri. kita sibuk la nak mengata orang.
ujian Allah ini pelbagai... janganlah kita bongkak sangat dan bercakap besar. hari ini hari orang, hari awak belum tentu. dunia ibarat roda berputar... bersyukurlah jika Allah belum tarik nikmat sihat.
andai ada iman di hati, muhasabahlah diri...
sudah cukup sempurnakah?
No comments:
Post a Comment