apa yang penting kerjasama |
start dua tiga hari sebelum kejadian, kami dah mula pindahkan barang sikit-sikit. jumaat tu basuh rumah then sambung packing barang sampai ke pagi. nasib la ada dua set barang-barang nak membasuh rumah so boleh sekali jalan je. satu set memang kami punya dan satu set lagi pinjam dengan sil&bil&mcik. tq :-) ye la karang beli satu set lagi mop baldi getah paip bagai macam nak buat stok 5 tahun kat rumah pulak kan padahal nak basuh sakan atas bawah sekali je pun. lain kali nak mop-mop biasa pakainya satu je. bukannya kedekut tapi sebab nak pakai sekali je buat apa nak membazir tak tentu arah. beli lagi satu set nanti mahu financial controller jeling maut pulak :-p. so kerja basuh membasuh malam tu xde la lama sangat buang masa since kerja dapat dipercepatkan. terima kasih semua yang menghulurkan bantuan. hanya Allah dapat membalas kebaikan hati kalian semua. lebiuuuu :-)
rumah baru, dari depan. mesti jiran2 ingat kami rajin excercise sebab ada beskal tu :-p |
ok, pindah memang penat lagi memenatkan !!! rasa menggigil lutut kedua dua sekali gara-gara packing dan mengangkat barang. semuanya macam drastik sangat. dapat offer letter, bincang nak terima ke tak, cari lori sewa, packing barang, basuh rumah, angkut barang turun lif almaklumlah rumah tingkat 4, dengan hari hujannya di hari kejadian, badan tak sihat completeeeeee. kami takde ambil mover ke whatsoever sebab fikir barang tak banyak sangat sebab dah dijual kepada kawan yang bakal masuk apartment tu. tapi bila dah dikumpul-kumpul memang membukit jugak la kan. baju saja 15 plastik besar ! camne la boleh kata takde baju selama ni hehe. tapi serius, tak pernah rasa cukup baju ;-p
syukur ramai membantu. both families ada tolong angkat mengangkat barang termasuk yang masak untuk lunch. thanks semua. hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. jangan serik tolong kalau kami nak pindah rumah lagi lain kali :-). ok enuf, next time nak pindah memang akan cari mover angkat semua barang. tak kuasa dah kot dan tak nak menyusahkan sesiapa dah dan tak nak letih-letih dah. patut la lost weight sampai 5 kilosss. gila. opss tu pasal angkat barang ke? kalau ye, hebat sungguh.
so hari ni kiranya dah hampir 3 minggu la kami di rumah baru. rumahku syurgaku, insyaAllah. rumah baru, rezeki baru, kehidupan baru dan semangat baru. doakan semua yang baik-baik sahaja. semoga sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya. walau pun langsir tak cukup, walaupun takkan ada sofa baru dan meja makan 6+1 baru kerana yang lama kami jualkan, kami tega. hehe. mudah-mudahan ada rezeki lain kali beli yang best best sikit insyaallah. cuma tak tahu la bila tahun kan.erk... :-)
2 comments:
okeh. si baju merah gambar atas tu dah serta merta out of list calon. haha
abeh nak kena remove gambo ke ni muahaha. ala baru satu. berduuyunnnnn lagi di luar sana ok. pilih sajaaaa
Post a Comment