Monday, May 30, 2011

Hot Bangi Char Kueh Teow + Tutti Frutti + Ayam Penyet Wong Solo

weekend yang penuh dengan aktiviti makan. nasib tak masukkan gambar makanan yang masak di rumah sekali. kekonon sabtu nak pi kenduri sana sini, last-last melepek kat rumah mengadap tv dan layan anak buah buahan

sabtu malam keluar ke equine merayau-rayau di jusco bawak diorang main token disebabkan tiket wayang dah sold out. cancel nak tengok pirates. then shopping vcd dengan rakus sekali dekat equine walk ke apa walk ntah dah lupa nama. beli beria tengoknya tak. hehe. belum ada masa hehe. so lepas tu berkejaran ke bangi untuk makan 'my febereeet' bak kata ucop wilca char kueh teow dekat hot bangi char kueh toew. TIGA MALAM BERTURUT-TURUT OK MENU YANG SAMA DAN MENEPEK KAT KEDAI NI ;-p. malu pon ada dekat abang-abang waiter tapi sedap punya pasal layaaaan je dan ku tebalkan muka. SUMPAH SEBIJIK RASA MACAM DEKAT MALI'S WANGSA MAJU. apa ada bukak cawangan kat sini ke apa. nasik lemak pon sama. sambal sejibik sejibun. kalau sama kenapa tak guna nama kedai sama je. tapi tak kisah la. itu masalah diorang. sekarang ni kalau teringin char kueh teow mali's tak perlu ke wangsa maju lagi. jauuuhhhh. sudah ada yang dekat di mata di hati. sepelaung udah sampai hehe. dulu dekat mali's la tempat kami melepak makan. indahnyaaaa.

semalam pulak lunch di restoran ayam bakar wong solo. order set untuk 5 orang makan walhal yang ada nak makan hanya 2 dewasa 2 kanak-kanak. makan sampai sengkak perut. itu la. tamak lagi last-last bungkus yang tak habis. pagi tadi siap buat bekal breakfast kat ofis. lepas makan pedas-pedas kami layan tutti fruitti pulak dekat seri bangi. nikmatnya chocolate mix red velvet arghhhh. alhamdulillah kenyeeeeenggg amat sehingga tak larat nak bukak mata. mahu taknya, lepas tu ke karnival belia yang tak best langsung tu pun, bawak budak-budak ni. dapat la naik motor ntah ape ke nama. layan cendol santan kelapa sawit, solat dan hantar diorang pulang ke subang bestari. sampai je sana dah missed salma perform final mentor arghhhh. dari sana pulang ke putrajaya hentam tidur sebab nak angkat mata pon tak boleh. sedar-sedar dah subuh. kan menarik weekend ni? :-)


esok pagi nak ke ipoh... penaaaaatttttnya. 

No comments: