Monday, May 30, 2011

short vacation : K U C H I N G

14 Mei 2010 menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. dan secara kebetulan, 14 Mei 2010 menjejakkan kaki pula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching buat pertama kali. dengan ini secara rasminya kesemua 14 negeri di Malaysia berjaya dijejaki walaupun x habis explore. yeayyy, hepi :-)

ok, kali ni memang betul-betul short punya holiday. macam tak sempat bernafas bila shopping (bila shopping memang tak cukup nafas ye ;-p). huihhh x abes kot sebab masa tak cukup dan sangat berkejaran. meaning, memang kena pi lagi next time ! harap sangat lagi sekali pegi mungkin 3 4 hari baru puas kot. taman budaya tak pegi lagi. orang kata, pi sarawak tak pi taman budaya macam tak pi sarawak la kan. eheh, korang, tengok, kan dah rasa cam nak kena pi balik sana :-). insyaallah, panjang umur murah rezeki sampai la semula kan.

tiket murah, hotel murah, makan murah. complete package. terima kasih pada ibu salina, epul & baby misbah atas bantuan dan layanan yang dihulurkan semasa keberadaan kami di sana. susah-susah pinjamkan myvi kesayangan mereka untuk kami tour bandaraya kuching sampai nun ke serikin sempadan malaysia kalimantan sana semata mata saya nak shopping tikar segak mas dengan harga murah ! fuhhh. siap bawak kami ke pasar satok membeli terubok masin, ke seberang sungai naik penambang untuk membeli kek lapis dayang salhah. penat kot makan sample. belinya tak tara mana hehe. eh banyak, banyak. ish bu, nanti setiap kali ko balik je tolong belikan kek lapis india (cadbury) tu ye. sedap gila, serius ! tak lupa tq bawak kami pegi makan laksa sarawak dan mee kolok. enak banget !!! :-). tapi tak sempat nak mencuba RJ Ayam Penyet, maybe yang datang sekali lagi tu kot boleh pegi sana makan. Kat bawah ni antara list yang kawan, sarawakian yang bagi kat fb. dia kata kalo pi sarawak harus mencobain perkara-perkara ini. yang kaler biru belom sempat cuba. tapi kalo muzium tu tak pegi tak pe je. tak minat hehe. sanggup jadi pak pacak kat luar pintu muzium. bukan ape, ntah la, daripada dulu asal masuk muzium je meremang satu badan. macam rasa-rasa je. awwww takot !


 
 Zaiton Anuar 
salam umi
ooooo nak di kuching ye.
boleh shopping kat sane tapi barang2 sarawak la...
tempat wajib pergi:

  • kampung budaya
  • main bazaar (berhadapan dengan waterfront..tempat ni la nanti ko shopping sepanjang jalan kedai2 barangan sarawak.. pilih jer.. bawak duit 1 guni)
  • kalau minat kucing pi la museum kucing (tapi agak boring)
  • naik "penambang" /boat from waterfront to kampung seberang (kat kampung ni ko shopping la kek lapis) sepanjang2 kampung jual kek lapis.. pilih kak jangan x pilih)
  • pasar minggu di satok (kalau weekend pi la sana) ada jual terubok masin.... kalau bukan weekend pun ada jugak terubok masin kat situ
  • makananan yang ko kena try:
  • laksa swk
  • mee kolok
  • linut/ambuyat (macam gam)
  • ayam pansoh
  • teh c peng special (mcm three layer tea) tapi yang ni pakai gula apong (mcm gula melaka) sbb kami xda gula yang nama gula sarawak.. kami panggil gula tu gula apong
  • umai
 
2 days vacation memang tak puasssssss. nak pegi lagi. saya suka kuching. suka. dan suka. kali ni nak plan betul-betul mana tempat yang wajib pegi. dan nak feel lagi tengok sunset kat waterfront. ah indahnyaaaaa di kala itu.dan satu lagi yang saya sangat suka, KFC kat sana SANGAT SEDAP ok ! serius lain daripada yang kat sini. dah la biasa-biasa, muak lagi. kat sana sampai dok terbayang nak makan KFC je. gila, pegi Kuching asik teringat nak makan KFC hehe. sesiapa yang nak ke Kuching, anda harus mencuba KFC di sana. sumpah sedap :-). ibu kata dah ramai yang dari semenanjung kata KFC kat sini sedap. dia pun pelik. hehe. last-last, lepas hantar kami pegi airport kelmarin, epul siap bagitau ibu nak makan KFC sebab terpengaruh dengan promo kawan dia sorang ni hehe. sedap tak bu? sedap tak?

2 comments:

Anonymous said...

ko memang cerdik ek...sabah ko order ikan bilis tiap kali balik...sarawak ko order kak lapis cadbury tiap kali balik...terbaik dari ladang bak kata kau......hehehehehe (izzad)

umi said...

muahahaha. aku memang cerdikkkkkk. ko macam tak tahu plak kan. apekess