![]() |
| all is well all is well all is well :-) |
Friday, April 20, 2012
alhamdulillah :-)
Tuesday, April 17, 2012
majlis perkahwinan ijat & dr. didi
tahniah buat ijat & didi atas berlangsungnya perkahwinan kome berdua. semoga berbahagia, berkekalan dan dirahmati Allah jua. ameen ya rabb. terima kasih atas jemputan di kedua dua belah pihak namun hanya mampu menghadiri majlis di taiping sebab masa majlis belah perempuan di taman melti , gombak ada kenduri lain di seremban.
cantik berbusana biru turquoise kedua dua mempelai. credit untuk Aleeya Studio maz & asben jauh jauh dari taiping datang amek gambo :-)
Maljis belah lelaki pulak berlangsung pada 15 April 2012 di dewan MPT, Kamunting. kussss semangat ko melihat LIMA ok LIMA PASANGAN PENGANTIN bersanding nun di pelaminan. huhu. harus lah gilang gemilang 5 beradik kenduri tak pernah dibuat dek orang lagi kenduri sampai 5 pasangan dengan jemputan 5000 orang. huhhh pengsan bak kata abah ai bila bagitau nak attend wedding kawan 5 beradik kenduri serentak haha. siap berpress media bagai. kecoh semalam masuk paper sana sini. glamer uolssss ! hihi
hah ingat paper melayu je cover story ni? paper cina pun ada ok !!! huh ko ada?????? mau nak kena panggil translator tolong baca hehe.
apapun tahniah buat kelima-lima pengantin Illyana dengan Jamalullail, Izzwan dengan Elyana Ziezie, Izzad dengan Nurdidi; Iqram dengan Azulia dan Izzman dengan Siti Hajar.
Nota : ijat, pasni cuti lama la kenduri kawin family ko. tunggu 2nd batch plak hehe. masa tu ko la floor manager. x ada la runsing di pelaminan hehe.
Friday, March 23, 2012
selamat berjuang abang... imtiaz ulul albab melaka
alhamdulillah... syukur ya rabb doa dimakbulkan dan abang diterima masuk ke sekolah menengah imtiaz ulul albab melaka. setelah menjalani exam, interview, hafazan dan peel abang yg mulanya tak nak ke imtiaz, akhirnya allah bukakan rezeki dan pintu hatinya untuk menjadi ahli sekolah soleh pintar yang berkonsepkan tahfiz sains itu... alhamdulillah. ke melakalah kami !
masa memula dapat tahu result interview tu mcm excited sangat maksunya. lepas sebok buat preparation maksu pulak feeling sob sob sob la kan. poyo sangat. jangan la menangis depan dia masa hantar nanti. jenuh menahan perasaan u. macam anak sendiri pulak masuk asrama ! bukan apa, terkenangkan selalunya weekend rumah maksu la tempat melepak, nengok wayang, main token, beli cd layan movie sampai pagi, pau maksu wong solo & tutti fruitti, pau mcm-mcm lagi lah ! maksu sedih huargghhhh. lepas ni maksu dengan adik je ada. kena tunggu abang cuti baru boleh buat semua aktiviti tu.
![]() |
| hari pendaftaran |
25 februari 2012, hari pendaftaran abang di sekolah baru. sekolah belum 100% siap. memandangkan nak dimulakan juga sesi pembelajaran maka seramai hampir 100 pelajar lelaki 1st batch yang berjaya diterima masuk akan memulakan kehidupan dengan sedikit kekurangan la dari segi fasilitinya di sini. namun, dijanjikan pihak sekolah akan mempercepatkan proses pembinaan dengan kadar segera agar para pelajar dapat belajar dengan baik. disebabkan belum ada kemudahan telefon awam, makanya pihak sekolah membenarkan pelajar membawa handphone namun disimpan oleh pihak sekolah. para pelajar boleh mengambil selepas asar dan memulangkan kembali sesudah manghrib bagi membolehkan mereka menghubungi parents. dan... abang mengambil kesempatan mengepau maksu akan hadiah keputusan UPSR tempoh hari dengan menuntut handphone semasa keluar ke tesco cheng petang itu ! hasilnya... samsung corby kuning itu menjadi milik abang bersama muncong 14 inci daripada adik yang kejelesan hehe. x pe dik, adik punya tahun depan ok ! :-)
![]() |
| sesi mengemas... di sinilah abang menyedari ada dot dot dot sebelah hostel :-) |
![]() |
| sesi taklimat dan penyerahan pelajar kepada ibu ayah angkat |
![]() |
| fasiliti yang ada setakat ini |
seminggu pertama abang di sana maksu yang rindu lebih-lebih. everyday maksu call just to make sure abang ok sayang... dengar dari suaranya maksu lega sebab abang hepi kat sana. asik cerita...maksu, makanan kat sini sedap la ! haha sabaaaaaaaaaaaaau je la ! lepas seminggu orientasi, majlis penutup diadakan di pantai tanjung bidara. disebabkan dia akan perform nasyid pada hari tu makanya maksu diminta ibu untuk pegi sana dan bawak abang outing sebabnya ibu kena kerja di JB. tambahan pulak dia dah sob sob sob jugak sebab kononnya x ada sapa dapat pegi tengok dia. haaaaaaaron aziz sangat !
![]() |
| masa ni dah nak balik. naseb abang steady walaupon tertoleh-toleh banyak kali ! |
genap seminggu abang di melaka, maksu, makde, cik ain & adik kembali ke sana untuk ke majlis abang. tak pasal-pasal cuti-cuti melaka minggu tu. kali ni mengepau ikan bakar di restoran parameswara, umbai. alamak... sodap !!! bukan setakat ikan bakar... kalau boleh segala benda nak bakar hehe. dan... masa nak bali ke putrajaya ahad tu abang kembali feeling haaaaaaron aziz bila asik buat alasan nak suruh kami stay sampai pukul 6 then baru bagi balik ! sabauuuu je la.
alhamdulillah kini dah hampir sebulan abang dekat sana. dah hampir 25 surah abang hafal. paling panjang setakat ni 42 ayat. ok la kan pada beginner macam abang yang tak ada basic pun sebelum ni. sehingga bulan mei fokus pada hafazan, iqra' dan bahasa arab dulu. kalau ikut taqwin sekolah soon diorang akan mulakan kelas memanah berkuda dan berenang. ahhh bestnya abang! good luck abang. maksu doakan semua yang terbaik buat abang. belajar rajin-rajin kat sana !
nota : adik kata tak nak asrama dekat-dekat macam abang. nak asrama jauh yang dekat dengan pantai. maksu kata mintak imtiaz terengganu. setahun sekali baru pegi jumpa adik. sentap kau dik hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)








