Monday, March 19, 2012

journey to the north

baru-baru ni kami ada attend wedding kawan asben di kampung padang melangit, perlis. wooww  ke sayup bintang jauhnya sebab naik kereta dari putrajaya jam 4 pagi tiba sana 12.30 tengahari. memang lenguh-lenguh satu badan ! paling tak semenggah sekali pergi pakai baju tido je. so bila singgah di rnr segan nak turun. asalnya ingat tiba di perlis nak rehat dulu dekat mana-mana hotel ke homestay ke sebelum ke majlis kenduri. rupanya pah my roomate masa di uia dulu ada di kampung. so menumpang kasih di rumah pah la mandi manda berehat seketika hilangkan penat.

masa di rumah pah tu hati ni dok terbayang-bayang alangkah bestnya kalau pegi pulau langkawi terus lepas kenduri. ye lah dah alang-alang travel sejauh ni macam rugi la pulak tak pegi. ahhhaaa. tanya-tanya pujuk pujuk asben dia pun kasi green light dengan syarat minta permission dari abah dulu (sbb ada wedding sedara di kg yang dah janji nak pg) and semua urusan booking membooking kena urus sendiri. ahhhhh pucuk dicita ulam mendatang. kacang botol je syarat-syarat tu boleh ditunaikan hehe. pakcik google kan ada. tak sampai sepuloh minit ai manage booking ok :-p. naseb ada 1 bilik kosong lagi di azio hotel (ini mmg dah lama usya. haha. ala-ala tune hotel. highly recommended ok). kereta pun ada. kelisa rm 60 je sehari. murah sangat. almaklumla masa tu cuti sekolah plus cuti new year mmg time peak kooot.

selesai je kenduri terus suruh pah antar dekat jeti nak cari tiket. nasib ada lagi jam 6. so selamatlah berlepas ke langkawi jua akhirnya. masa plan beria-ia tak jadi pun. last minit plan jadi pulak ! hah itu la percaya pada konsep rezeki :-)

sempat singgah gerai laksa kak su sementara tunggu feri ! laksa ni la kirim kengkawan dr perlis bawak ke putrajaya kalo teringin bebeno
oh langkawi menyambut baik kedatangan kami. haha. mana taknya sampai-sampai je check in hotel. mandi. solat makan then terus pegi SHOPPING ! hamek ko. haji ismail group langkawi saga haji ismail group langkawi saga sampai tiga empat kali ulang alik dua kedai tu maka kejayaan pun diraih dengan 1 set 10pcs corningware dan 2 set european herb corelle. pueh hati (erm part ni je la yang puas hati. impian nak pulak vision. kena usaha ni hehe). mase membeli belah ni kedai pun dah nak tutup. kami last customer. stress je muka brother yang kat checking counter tu mengunggu kami check kualiti barang. maklumla malam new year u ! selesai je membeli belah kami pulak bersemangat ke pantai chenang. sempat la tgk firework dgn tanglong. jem nak sampai sana dan ramainya umat. yang best ada singgah makan di restoran thai yang mana butterprawn SANGAT sedap !!! ahhh terbayang-bayang sampai hari ni.
rambang mata !
 esok pagi nya plan nak ke idaman suri nak shopping sikit-sikit lagi tp hujan lebat ya ampunnnn. namun diredahi jua. hmm idaman suri tak ada lah best sangat walau pun bangunan nampak macam gah. best lagi HIG and langkawi saga. end up tak beli apa sangat kat situ kecuali senduk kuah. patah balik ke HIG n langkawi saga angkut sebijik 5L vision, 2 set cawan luminarc plus coklat-coklat dan mangkuk  nasik european herb.
sedih beno nengok gambo2 pakei camera hp je. segalanya mcm bidan terjun.
so shopping setel kat situ. cuma tinggal nak jalan-jalan je. disebabkan ada masa beberapa jam je sebab tiket feri 6 petang, mana yang sempat je la kami pegi tambah tambah hujan renyai sepanjang hari. anggap je kali ni sesi taaruf. next time cuti sungguh-sungguh. yang sempat cover kompleks makam mahsuri, buffalo farm, pantai pasir tengkorak dan ahhh lupa apa nama tempat-tempat yang pegi tu.

gedebuk gedebak sampai jeti kuala perlis dah dekat jam 7.40pm. singgah makan, hantar pah then terus gerak balik taiping. kekonon ingat sampai la malam tu rupanya sedar-sedar pukul 4.30am dekat rnr juru. haha. tido keletihan yang hamat. subuh baru sampai taiping. petangnya pulak gerak balik putrajaya. hah pensan ! 

Wednesday, February 1, 2012

kak jemah PROPA

dalam masyarakat kita melayu tipikal ni banyak sangat stori mori yang pelik tapi benar berlaku. antara percaya dengan tidak tapi inilah realiti kehidupan manusia. contohnya macam cerita kak jemah propa ni.

kak jemah telah menerima jiran baru di taman perumahannya. biasa la, bila ada jiran baru maka kak jemah and the gang pun mula la menyibuk-nyibuk nak tahu dari mana datangnya jiran tu, bujang ke kahwin ke. kalau kawin anak berapa. kalau tak ada anak, kenapa belum ada. kalau bersuami, suami kerja mana. kalau janda... haaaaa kak jemah mesti gundah gulana ! takut abang murad main-main mata. susaaaaaah hati kak jemah nanti.

hari berganti hari minggu berganti minggu kemain rapat lagi kak jemah dengan jiran baru. bertukar-tukar juadah, berkongsi-kongsi cerita di tepi tembok pagar. opps lupa nak cerita, jiran baru tu namanya lela :-)

satu hari, semasa kenduri doa selamat di rumah pak akob imam surau taman berkenaan berlaku lah satu peritiwa yang tidak di sangka-sangka lela. bersila kak jemah and the gang di tepi pinggir dapur berborak sakan. lela di balik meja makan ni sayup-sayup mendengar akan perbualan rancak kak jemah propa and the gang dengan hati yang kecewa. (pelik pulak bila ada orang hati gembira kena kutuk hehe)

kak tipah : rajin ye ko jemah ke rumah si lela tu ! hari -hari aku nengok kamu berdua berborak

kak jemah: eh tak adanya, bukan aku yang nak sangat berkawan dengan dia. dia tu yang tak ada kawan. maklumlah orang baru. mesti la nak cari kawan. dia yang terhegeh-hegeh sangat bukannya aku. eh korang nak tahu, aku ada cerita sikit. si lela tu nampak je macam tu konon-konon peramah, tapi pemalas ya ampuuuun. kain baju berlungguk tak berlipat. masak pun tak tak berapa reti. kalau hantar makanan ke rumah aku alamat ke tong sampah le jawabnye sebab memang takkan abis. entah apa rase pun aku tak tau lah nak cakap. udah tu rumah pun tak reti nak berkemas. melekit lantai rumah. hissss macam mana le laki dia boleh tahan ! bini tak kuasa nak buat apa. ada ke hari tu masa pindah datang ke rumah aku nak pinjam mop. mop pun tak mampu beli, aku tak salahkan laki dia tu tapi si lela tu bekerja ! takkan la mop sebatang tak mampu beli ! kesian beno aku nengok. heee susah le nak kata !

kak jenab : la iyeeee  ke jemah ??? sampei ke mop pon pinjam ???

kak jemah : iyeeeeeeeee sungguh. aku tau la. takkan aku nak menipu pulak ! dari gaya si lela tu aku tau dah peragai dia macam mana. tak payah la korang semua nak berbaik sangat dengan dia. jenis orang yang nak bergaya je keje. semenjak dua ni aku tengok sibuk dok menambah barang rumah. agak-agak brapa banyak la duit laki dia terpaksa perabih nak mengikut kehendak dia tu. nak mengikut selera dia yang besar tu. aku rasa la dia tu nak berlumba dengan aku kottt. ye la. barang-barang rumah aku kan semua branded. mesti jeles punya kes ni. baru-baru ni dia sebok nak tukar kereta. nak ambil brand new pulak tu ! heee tak paham aku. guna je la apa ada. aku nengok elok je kereta sekarang ni. tak paham aku apa la punya orang suka nak buang-buang duit ni tak tentu arah ni.

kak munah : dasyat tu jemah ! tak sangka ye. tengok macam elok je. selalu je kalau nampak aku dia senyum-senyum. heeeee. rupanya perangai tak semenggah.

kak jemah : hmm itu baru sikit aku cerita. banyak lagi yang korang tak tahu. eh nanti-nanti la aku sambung. tu orang dah menadah tangan berdoa dah tu !

gambar hiasan je. kalo kak lela seksi cam ni pengsan kak jemah propa !

nun di satu sudut, satu hati yang selama ini mempercayai keakraban dan keramahan yang kak jemah pamerkan hancur berkecai terguris perasaan diperlakukan sedemikian rupa. pada lela, biarlah apapun fitnah kak jemah taburkan, Allah tahu yang sebenarnya. dosa kak jemah biarlah Allah membalasnya. lela hanya mampu mendoakan agar kak jemah dibukakan pintu hati dan diberi petunjuk oleh Allah swt. mudah mudahan satu hari kak jemah sedar dan bertaubat... sesungguhnya hidup ini ibarat roda. kadangkala di atas kadangkala di bawah. Allah Maha Adil.

Moral :
  1. inilah sikap segelintir manusia yang suka sangat nak menyibuk-nyibuk hal orang lain. urusan kain dalam orang, orang jaga. awak punya, awak jaga la. ini kekonon awak pulak lagi tahu daripada orang tu sendiri. lawak... lawak...
  2. kalau orang dah berkemampuan nak beli apa pun menggunakan duit sendiri tak payah la awak pulak nak runsing susah hati nak mengutuk mengata sana sini sebab dia tak mintak duit awak sesen pun ! apa nak dikisahkan kemampuan orang. kalau awak nak awak pun boleh beli. tak ada sapa nak bising haiihhh.
  3. berhentilah bercakap hal orang yang awak tak tahu pun perjalanan hidup orang tu macam mana. toksah nak memandai mandai ye. keji sangat.
  4. dan ini adalah paling bahaya, yang mengumpat tu ngok. yang mendengar dan percaya pun ngek. see, orang akan mudah-mudah memandang serong terhadap seseorang hanya dengan satu patah ayat berupa FITNAH. elaklah perangai hasad dengki busuk hati macam ni. TAK SELAMAT DUNIA AKHIRAT. so jangan buat perangai busuk macam ni.
  5. jangan menghilangkan kepercayaan seseorang yang selama ini baik terhadap kita sebab mustahil boleh diraih semula kepercayaan itu dengan senang-senang. silap hari bulan ianya jadi MUSTAHIL.
  6. tak perlu kot nak sibuk mencerca kehidupan orang, esok-esok kalau orang buat awak macam tu agak-agak apa rasa ya?
  7. sikap mazmumah macam kak jemah propa boleh porak perandakan hubungan sesama manusia. oh ini sangat tidak baik ! nanti Tuhan marah tauuuu.
  8. kak lela dan kaum seperti kak lela jangan mudah sangat nak percaya pada orang seperti kak jemah propa ni sebab depa memang pandai berlakon di depan lain di belakang lain. ware ware gitu.
  9. apapun tuduhan siasat la dulu kebenarannya. bukan buta-buta je menuduh orang lain. tak pasal-pasal kumpul point dosa kering.macam kumpul point jusco. point jusco tu ada juga faedahnya poleh tukar barang. point dosa nak tukar dengan apa?
  10. opsss satu lagi, mop sila beli sendiri hehehe. kan dah jadi penyebab orang mengata. padan muka ko lela !

Friday, January 27, 2012

Birthday Lagi

cuti empat hari sempena CNY kelmarin ambil kesempatan pulang ke kampung halaman di taiping. konon-konon nak menjimatkan tenaga, wang dan masa kali ni kami naik bas ke kuala kangsar (tiket sold out !!!) dan pulang menaiki ETS dari ipoh. pengalaman naik bas agak ngeri sebab memang sampai sakit pinggang. dapat seat belakaaaaaaaang sekali memang sengsara tak ingat. almost 6 hours baru tiba kuala kangsar ok. bas senget 2x berhenti ambil penumpang tengah-tengah bandor yang jam sakan ditambah dengan jam dekat highway. memang terbaek.

cuti kali ni kebetulan memang jatuh hari lahir abah ke 66 pada hari sabtu 21 Januari 2012. so kami adik beradik balik untuk bercuti sekaligus meraikannya bersekali dengan birthday pak cik mak cik kak aan dan ain. gambar mejlis tak ada la pulak sebab orang lain yang ambilkan. ai dok menyebok buat benda lain.  

buat abah, terima kasih atas kasih sayang yang diberikan selama ini. terima kasih kerana mendidik kami menjadi apa kami sekarang.

abah kami bukan lah orang senang-senang. abah dahulu hanyalah bekerja sendiri di kampung dan kini dunia abah hanyalah berkisar pada keluarga, surau masjid dan berbudi pada tanah kebun yang sekangkang kera itu mengisi hari-hari tua. abah tidak punya harta benda untuk memewahkan anak-anak. cukup sekadar apa yang ada. kami biasa susah. apa yang diinginkan selalunya tidak dapat kerana abah memang tidak mampu untuk memberi hatta kami menangis tersedu-sedu sekalipun dek kerana sedih. segala keinginan dan impian memiliki sesuatu itu selalunya berkubur begitu sahaja. sedar akan kesusahan abah dan mak membesarkan, kami adik beradik tidak demand akan perkara bukan-bukan di luar kemampuan mereka. hanya fokus dalam pelajaran, berazam tidak akan hampakan mereka, dapatkan pekerjaan yang baik dan mahu membahagiakan dan menyenangkan mereka selagi ada hayat. sesungguhnya kami amat berterima kasih atas pengalaman kesusahan hidup dahulu. terima kasih atas kasih sayang, didikan dan pelajaran yang diberikan. segalanya mengisi kehidupan kami akan kemahiran hidup berdikari yang tinggi dalam melayari segala mehnah dan tribulasi dunia.

terima kasih ! :-)

allah selamatkan kamu... allah selamatkan kamu...
allah selamatkan kamu semua...
allah selamatkan kamu !!!

dah jom tiup lilin. erkkk tetiba teringat pulut kuning kari ayam hari tu. maaaaaaaaaaaaaaaaaakkk !!!

meleleh ayaq lioq sat