Thursday, May 5, 2011

pindah memindah

apa yang penting kerjasama
dalam tempoh dua tiga minggu ini kehidupan tersangatlah ding dong. dengan masalah peribadi, abah masuk hospital, ulang alik bph, basuh rumah pindah rumah, urusan jual beli barang rumah lama, cari perabot baru bla bla bla sehingga penat yang luar biasa. kehidupan sungguh tidak terurus.

start dua tiga hari sebelum kejadian, kami dah mula pindahkan barang sikit-sikit. jumaat tu basuh rumah then sambung packing barang sampai ke pagi. nasib la ada dua set barang-barang nak membasuh rumah so boleh sekali jalan je. satu set memang kami punya dan satu set lagi pinjam dengan sil&bil&mcik. tq :-) ye la karang beli satu set lagi mop baldi getah paip bagai macam nak buat stok 5 tahun kat rumah pulak kan padahal nak basuh sakan atas bawah sekali je pun. lain kali nak mop-mop biasa pakainya satu je. bukannya kedekut tapi sebab nak pakai sekali je buat apa nak membazir tak tentu arah. beli lagi satu set nanti mahu financial controller jeling maut pulak :-p. so kerja basuh membasuh malam tu xde la lama sangat buang masa since kerja dapat dipercepatkan. terima kasih semua yang menghulurkan bantuan. hanya Allah dapat membalas kebaikan hati kalian semua. lebiuuuu :-)

rumah baru, dari depan. mesti jiran2 ingat kami rajin excercise sebab ada beskal tu :-p
dengan kesihatan yang tidak mengizinkan manakan mungkin mampu beria-ria sangat mengangkat barang-barang berat melainkan hanya mampu membuat kerja-kerja ringan. saya bukan hulk hogan ataupun bad... erk... badang dalam cerita magika. hanya saya yang tahu di mana kemampuan saya bila saya tidak sihat. tetapi dalam pada tu ada yg terangkat jugak bila mana tak seronok pula bila tengok orang lain sibuk-sibuk buat kerja sedangkan kita rehat. kan? ingat boss ke ape kan. tak semenggah la kan. buruk perangai. so berdikit-dikit mengemas tapi still tak habis lagi. so far, dapur, bilik tidur utama, living room atas dan semua bilik air dah 70% kemas. lain-lain tu dalam 50% la. buat perlahan-lahan. janji siap. apa yang nak dikelam kabutkan macam ada audit ISO ye dak :-)

ok, pindah memang penat lagi memenatkan !!! rasa menggigil lutut kedua dua sekali gara-gara packing dan mengangkat barang. semuanya macam drastik sangat. dapat offer letter, bincang nak terima ke tak, cari lori sewa, packing barang, basuh rumah, angkut barang turun lif almaklumlah rumah tingkat 4, dengan hari hujannya di hari kejadian, badan tak sihat completeeeeee. kami takde ambil mover ke whatsoever sebab fikir barang tak banyak sangat sebab dah dijual kepada kawan yang bakal masuk apartment tu. tapi bila dah dikumpul-kumpul memang membukit jugak la kan. baju saja 15 plastik besar ! camne la boleh kata takde baju selama ni hehe. tapi serius, tak pernah rasa cukup baju ;-p

syukur ramai membantu. both families ada tolong angkat mengangkat barang termasuk yang masak untuk lunch. thanks semua. hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. jangan serik tolong kalau kami nak pindah rumah lagi lain kali :-). ok enuf, next time nak pindah memang akan cari mover angkat semua barang. tak kuasa dah kot dan tak nak menyusahkan sesiapa dah dan tak nak letih-letih dah. patut la lost weight sampai 5 kilosss. gila. opss tu pasal angkat barang ke? kalau ye, hebat sungguh.

so hari ni kiranya dah hampir 3 minggu la kami di rumah baru. rumahku syurgaku, insyaAllah. rumah baru, rezeki baru, kehidupan baru dan semangat baru. doakan semua yang baik-baik sahaja. semoga sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya. walau pun langsir tak cukup, walaupun takkan ada sofa baru dan meja makan 6+1 baru kerana yang lama kami jualkan, kami tega. hehe. mudah-mudahan ada rezeki lain kali beli yang best best sikit insyaallah. cuma tak tahu la bila tahun kan.erk... :-)

rindu rumah lama. sedih sebab tinggalkan dalam keadaan kelam kabut.  banyak kenangan. xde lagi picc ag kapal tobang turun naik hot ballon mamak kerek kedai runcit bunyi ayam hutan liffff  kakton yang suka hantar makanan dan petronas p18. cis berkurun tunggu petronas ni siap last last siap je pegi  pindah pulak. asbestos !

Wednesday, May 4, 2011

hati

biarlah ku pujuk
sekeping hati yang rajuk
aku tak mampu seperti dulu
yang bisa ketawa senyum
bila hati
terus dan terus
dipaksa mati

aku terperangkap
dalam sepi
lemas
kosong
gelap dan gelita
ke manakah harus ku berlari

bulan
pinjamkan sinarmu
buat menemani malamku yang berpanjangan...

Friday, April 29, 2011

tenanglah dikau di sana...

kenangan bersama
isnin lalu, pada tanggal 25 April 2011, sahabat baik kepada suami telah pun pulang menemui Penciptanya pada usia hampir menginjak 28 tahun. Innalillahiwainnailahiroji'un... daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita dikembalikan. Jenazah allahyarham selamat disemadikan di kampung halamannya di Baling, Kedah pada selasa, 26 April 2010. Saya dan suami tidak dapat bersama-sama menghantar 'kepulangan' allahyarham memandangkan keadaan tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun kami bersyukur sempat bertemu dengan allahyarham semasa telantar sakit di HUKM. Kali terakhir suami pergi melawatnya pada lewat petang sabtu apabila allahyarham telah dimasukkan ke ICU dan sejurus selepas itu telah tidak sedarkan diri lagi. Kami bercadang untuk melawat sekali lagi pada ahad itu, namun ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Akhirnya perancangan tidak menjadi. Tengahari isnin itu dimaklumkan allahyarham telah kritikal dan akhirnya selepas asar saya menerima sms bahawa allahyarham telah tiada. Terkejut dan seolah-olah tidak percaya dengan berita ini. Hanya dalam tempoh +/-sebulan dari masa kami jumpa di Felda Jengka menghadiri kenduri sahabat, kemudian beberapa hari selepas itu allahyarham sakit, dimasukkan ke hospital pusrawi, berpindah ke HUKM dan di sahkan lung cancer tahap 3, menjalani kimo buat pertama kali dan akhirnya... sungguh pantas semuanya berlaku. Saya yang tidak serapat mana ini pun sedih, apatah lagi insan-insan yang disayangi dan menyayangi allahyarham. Buat isteri, maisarah dan anakanda qaleesya umairah, salam takziah atas pemergian suami/ayah tercinta... berat mata memandang berat lagi bahu memikul... ya Allah, kuatkan sahabatku maisarah dengan dugaanMu ini... Ya Allah... apalah yang dimengertikan oleh anak kecil seusia 1 tahun ini... ya Allah, Kau rahmatilah keluarga ini, berikan mereka ketabahan menjalani ujian hebatMu ini ya Allah... ameen ya rabb

Serasanya baharu sahaja lagi saya mengenali allahyarham. saat suami bersahabat baik denganya di UTM Skudai dahulu. pernah beberapa kali menghubungi allahyarham apabila tidak dapat menghubungi suami. masih ingat pada hari konvokesyen mereka, allahyarham memperkenalkan keluarganya kepada kami, sama-sama kami bergambar di tasik UTM dan keesokkan harinya sama-sama makan tengahari sebelum menaiki bas pulang ke Kuala Lumpur bersama seorang lagi sahabat mereka, asrul. masih saya simpan lagi video saat kami berborak melepak menunggu bas KKKL tiba... dan masih sempat mengambil beberapa gambar di tepi jalan kebosanan menuggu bas yang tiba sangat lambat dari jadual yang ditetapkan... oh kenangan sungguh !

Apabila semua sudah bekerja di KL, kerap juga berjumpa apabila menghadiri majlis-majlis perkahwinan rakan-rakan suami. Tidak dapat saya lupakan apabila kenduri allahyarham di Baling, jauhnya perjalanan kami dari Putrajaya, singgah tidur 3 jam di Taiping dan meneruskan perjalanan ke Baling untuk meraikan hari bahagia allahyarham dan maisarah. Paling seronok sebab dapat makan berhidang seperti dulu-dulu, padahal sebelum itu saya dok mengomel pada suami lamanya x pernah makan berhidang. harap-harap adalah kali ini kan. Ternyata memang rezeki :-).

Pertama dan akhirnya kami menyambut hari lahir ke 26 bersama pada tahun 2009. Pada masa itu saya dan suami mengadakan majlis housewarming untuk rakan-rakan rapat. Kami berdua menerima surprise birthday celebration daripada rakan masing-masing, UTMP & Old Lakers. Dua biji kek chocolate indulgence dan satu black forest. Allahyarham masa itu mengulang bihun sup tulang yang saya masak sehingga mencedok sendiri dalam periuk di dapur. sedap katanya :-p ! 

Saya dapat melihat kesedihan pada wajah suami menerima kenyataan dan menangisi pemergian sahabat baiknya itu... hanya doa dan yassin yang mengiringi... semoga damailah di sana... dan ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman hendaknya. ameen...

sarah,

kamu adalah insan terpilih, kuat dan hebat... Allah mengetahui segalanya... dan Dia pasti telah merancangkan yang terbaik buatmu sahabat... saya tidak sampai hati untuk komen apa-apa di FB kamu kerna saya tidak mahu kamu tersentuh... yang pasti, saya akan mendoakan kesejahteraan kamu dan qaleesya umairah... insyaAllah...

selamat jalan sahabat, khairul izwan mohd hazam... tenanglah engkau di sana...
di belakang kami, allahyarham bersama isteri