Thursday, March 3, 2011

daripada Dia kita datang kepada Dia kita kembali

pagi tadi masa sedang menunggu lif untuk naik ke ofis terdengar satu perbualan ofismate di sebelah dengan seorang rakan yang lain. lebih kurang macam ni la diaorang borak...

A : u tau tak si *** (x dengar nama) meninggal dunia

B : hah??? inalillahinailahirojiun. bila. tak tau pun

A : semalam. accident odw balik kampung dia

B : eh bukan dia kat oversea ke

A : dgr cerita dia ada kursus kat sini. cuti skali la kot

B : ingat lagi kami dulu satu sidang bla bla bla...

so saya pun naik atas kelam kabut letak barang then terus pegi AGM puspanita. balik tu bukak  la internet dan tgk kawan uia post pasal senior meninggal. dalam hati dok berkata ishhh budak yang diorang cerita tadi ke. cari-cari lagi info, sah la. senior masa di uia dulu. tak kenal sangat pun tapi perasan la muka tu. wife dia pun ex uia jugak. sekarang ni PTD yang ditugaskan di Islamabad Pakistan. Berita kematian allahyarham ada di sini harian metro ( tp info wartawan ni macam apa ja. tak stadi dulu betul-betul nama orang ke pekerjaan ke ape ke. main suka hati je letak info).

Yang sedihnya... allahyarham meninggalkan seorang isteri yang masih muda dengan dua anak. yang masih kecil. anak kedua baru berusia 60 hari !!! masyaAllah. sebaknya dada ni. hebatnya ujian Allah kepada keluarga mereka. Saya mendoakan supaya allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga isteri, anak-anak serta keluarga sabar menghadapi dugaan ini.

Tiada kata-kata lain mampu diucapkan. satu hari ni macam tak boleh nak berhenti berfikir... kalau saya rasa apa yang Allah uji selama ni tak tertanggung oleh saya kadang-kadang tu tetapi masih ada yang lauh lebih berat Allah uji pada orang lain sebenarnya... saya tak dapat bayangkan bagaimanakah perasaan isteri, anak-anak dan keluarganya menghadapi... masyaAllah... ya Allah kau kuatkanlah mereka... ameen

Al-Fatihah...

p/s: bertambah sebak bila membaca blog kedua suami isteri ini...

hidup mesti diteruskan

kelmarin ke rumah makcik mengambil resit dan duit untuk ambil gigi yang baru dibuat. langkah kanan bila pegi makcik tengah hidang makanan tengahari (memang saja-saja buat langkah kanan hehe). rupanya ada seorang tetamu yang dah lama tak menjenguk muka ke sana...

alkisahnya tetamu menjemput kenduri pada hujung minggu ni. bertemu jodoh dengan wanita dari kampar. anak ustaz katanya. tidak mengenali pasangan dan hanya sekali pernah berjumpa. itu pun pada hari pertunangan mereka di mana tetamu sendiri tak tahu pun dia dibawa ke majlis pertunangan sendiri !!! semua family aturkan a-z. tambah tetamu ini lagi dia tidak langsung mengambil tahu perihal perkahwinannya. langsung. sehingga kad kawen perihal kenduri dan segala-galanya dia tidak tahu apa-apa. tetapi majlisnya tetap akan berlangsung sabtu ini. saya pelik la... apakah dia setuju atau tidak dengan perkahwinan yang bakal berlangsung ini sebenarnya ? ingatkan cerita macam ni dalam drama-drama melayu dan novel-novel cinta saja yang berlaku. tak sangka saya akan melihat keadaan sebegini akan berlaku di depan mata.

saya tak tahu la... tapi pada pandangan saya ,tetamu tak perlu rasa serba salah pun nak bagitahu sekiranya mereka memang bertemu jodoh suka sama... memang bercinta... boleh saja mengaku sebegitu... saya rasa family kami pun memang tak ada hak menghalang malahan tumpang gembira...

apapun saya mendoakan pasangan ini menemui kebahagiaan. mereka ada pilihan dan mereka pilih untuk bersama walaupun saling tidak pernah mengenali antara satu sama lain. semoga Allah merahmati hubungan ini hendaknya. ameeen...

pejam celik pejam celik sudah 2 tahun 8 bulan sepupu saya meninggalkan kami. 2 tahun 8 bulan jugalah suaminya hidup sendirian. kini sudah tiba masa mencari pengganti... merancang dan membina hidup semula. bersama isteri baru. perkahwinan dahulu hanya bertahan selama 6 bulan secara PJJ, kemudian sepupu saya dijemput Tuhan hanya kerana sakit gastrik secara tiba-tiba. kami redha dengan pemergiannya... Allah lebih menyayangi... saya masih teringat betapa hibanya suami allahyarhamah menangisi pemergian saat-saat ikatan di kepala dibuka untuk wajahnya ditatap kali terakhir oleh keluarga setelah tiba daripada hospital ipoh sebelum di bawak ke kubur... saya masih terbayang hingga kini peristiwa itu...

sekejap rasanya waktu berputar...


Tuesday, March 1, 2011

mydin vs carrefour vs balaji + pasar borong selangor

malam yang memenatkan. itu lah yang berlaku semalam. balik dari ofis letak nasik dan tak payah masak lauk pauk. bestkan :-). ok yang tu tak penat. yang tu enjoy sbb husband beli ayam penyet odw balik rumah. sebab tak masak kekonon tak nak letih lepas maghrib nak shopping groceries untuk sebulan ni. kalau barang basah tu selalunya untuk stok seminggu dua. alasan tak buat masa last weekend sebab satu badan sengal-sengal sakit gara-gara futsal tak ingat dunia. bajet macam larat sangat la. balik dari pancarona rasa nak merangkak dari lif ke tingkat 4. 

selalunya kami shopping di carrefour alamanda dan pasar presint 8. tapi disebabkan malam tadi nak cepat sebab nak kejar cerita gemilang (getik kot macam la tak boleh tengok balik kat tonton :-p) so kami decided pi beli kat mydin je. satu sebab parking kat tepi mydin je akan jimat masa. dua kononnya barang mydin murah sket padahal macamla saya prihatin sangat harga barang selama ni. ketiga carrefour mesti sesak sebab gomen dah gaji !!! fuhhh

alkisahnya mydin macam singapura di langgar todak. gila ramai orang dan barang tak ada. boleh camtu? nak memilih barang pun bersentuh bahu. tolong la. nak park trolly pon tak tau kat mana. dah tu barang banyak habis. mood nak shopping dah tak da. last-last kami bayar barang yang terambil daia dengan cadbury.  mydin presint 15 korang tolong la re-arrange balik susun atur dalam tu. gila nak bergerak macam tengok konsert MJ je gaya. dek kerana panas hati kami buat keputusan pi balaji & pasar borong selangor beli mana-mana barang yang patut. senang barang kering basah lembap sumer boleh beli. walau pun rasa cam pegi taj mahal tapi di gagahkan jua kaki. jam dah pukul 9. sampai ke rumah dah dekat 11. punggah-pungah barang simpan cuci sayur udang sotong bagai sinki pulak buat hal. bukan kali pertama. dah banyak kali. tak larat panggil maintenance dah. diorang pon dah boring datang kot kalo panggil lagi.

repair punya repair skali air yang bertakung tadi keluar kat corong bawah sinki. basahhhhhhhh dapur. bau memang terbaik la kan. geliiiiiiiiiinya. geliiii nak cuci. nasib ada macgyver yang sanggup betulkan keadaan.  cuci kasi bersih. repair sampai ok. sinki kembali berfungsi walau pun kadar kelajuan air yang turun masih  pada tahap ala kadar. tp better dari tersumbat ye dak. mata dah mengantuk badan dah letih nak tak nak jadi cleaner la pulak mengemop dapur kasi bersih bersinar wangi dan segar. lepas tu baru sambung kerja-kerja menyimpan barang. sampai la 12++ baru la mandi balik sebab bau dah macam dollah hapak kot cam cerita sengal kat astro tu. sambung pulak tgk academy award sampai tak sedar terlena atas sofa.

akibatnya pagi tadi racing tak ingat dan punhcard pukul 830. nasib !

moral : lain kali shopping je kat tempat biasa. jangan pegi malam hari kerja. hari ada cerita best pulak tu. padan muka

gambo shopping semalam x boleh transfer entah ke ape hei