dalam masyarakat kita melayu tipikal ni banyak sangat stori mori yang pelik tapi benar berlaku. antara percaya dengan tidak tapi inilah realiti kehidupan manusia. contohnya macam cerita kak jemah propa ni.
kak jemah telah menerima jiran baru di taman perumahannya. biasa la, bila ada jiran baru maka kak jemah and the gang pun mula la menyibuk-nyibuk nak tahu dari mana datangnya jiran tu, bujang ke kahwin ke. kalau kawin anak berapa. kalau tak ada anak, kenapa belum ada. kalau bersuami, suami kerja mana. kalau janda... haaaaa kak jemah mesti gundah gulana ! takut abang murad main-main mata. susaaaaaah hati kak jemah nanti.
hari berganti hari minggu berganti minggu kemain rapat lagi kak jemah dengan jiran baru. bertukar-tukar juadah, berkongsi-kongsi cerita di tepi tembok pagar. opps lupa nak cerita, jiran baru tu namanya lela :-)
satu hari, semasa kenduri doa selamat di rumah pak akob imam surau taman berkenaan berlaku lah satu peritiwa yang tidak di sangka-sangka lela. bersila kak jemah and the gang di tepi pinggir dapur berborak sakan. lela di balik meja makan ni sayup-sayup mendengar akan perbualan rancak kak jemah propa and the gang dengan hati yang kecewa. (pelik pulak bila ada orang hati gembira kena kutuk hehe)
kak tipah : rajin ye ko jemah ke rumah si lela tu ! hari -hari aku nengok kamu berdua berborak
kak jemah: eh tak adanya, bukan aku yang nak sangat berkawan dengan dia. dia tu yang tak ada kawan. maklumlah orang baru. mesti la nak cari kawan. dia yang terhegeh-hegeh sangat bukannya aku. eh korang nak tahu, aku ada cerita sikit. si lela tu nampak je macam tu konon-konon peramah, tapi pemalas ya ampuuuun. kain baju berlungguk tak berlipat. masak pun tak tak berapa reti. kalau hantar makanan ke rumah aku alamat ke tong sampah le jawabnye sebab memang takkan abis. entah apa rase pun aku tak tau lah nak cakap. udah tu rumah pun tak reti nak berkemas. melekit lantai rumah. hissss macam mana le laki dia boleh tahan ! bini tak kuasa nak buat apa. ada ke hari tu masa pindah datang ke rumah aku nak pinjam mop. mop pun tak mampu beli, aku tak salahkan laki dia tu tapi si lela tu bekerja ! takkan la mop sebatang tak mampu beli ! kesian beno aku nengok. heee susah le nak kata !
kak jenab : la iyeeee ke jemah ??? sampei ke mop pon pinjam ???
kak jemah : iyeeeeeeeee sungguh. aku tau la. takkan aku nak menipu pulak ! dari gaya si lela tu aku tau dah peragai dia macam mana. tak payah la korang semua nak berbaik sangat dengan dia. jenis orang yang nak bergaya je keje. semenjak dua ni aku tengok sibuk dok menambah barang rumah. agak-agak brapa banyak la duit laki dia terpaksa perabih nak mengikut kehendak dia tu. nak mengikut selera dia yang besar tu. aku rasa la dia tu nak berlumba dengan aku kottt. ye la. barang-barang rumah aku kan semua branded. mesti jeles punya kes ni. baru-baru ni dia sebok nak tukar kereta. nak ambil brand new pulak tu ! heee tak paham aku. guna je la apa ada. aku nengok elok je kereta sekarang ni. tak paham aku apa la punya orang suka nak buang-buang duit ni tak tentu arah ni.
kak munah : dasyat tu jemah ! tak sangka ye. tengok macam elok je. selalu je kalau nampak aku dia senyum-senyum. heeeee. rupanya perangai tak semenggah.
kak jemah : hmm itu baru sikit aku cerita. banyak lagi yang korang tak tahu. eh nanti-nanti la aku sambung. tu orang dah menadah tangan berdoa dah tu !
nun di satu sudut, satu hati yang selama ini mempercayai keakraban dan keramahan yang kak jemah pamerkan hancur berkecai terguris perasaan diperlakukan sedemikian rupa. pada lela, biarlah apapun fitnah kak jemah taburkan, Allah tahu yang sebenarnya. dosa kak jemah biarlah Allah membalasnya. lela hanya mampu mendoakan agar kak jemah dibukakan pintu hati dan diberi petunjuk oleh Allah swt. mudah mudahan satu hari kak jemah sedar dan bertaubat... sesungguhnya hidup ini ibarat roda. kadangkala di atas kadangkala di bawah. Allah Maha Adil.
Moral :
- inilah sikap segelintir manusia yang suka sangat nak menyibuk-nyibuk hal orang lain. urusan kain dalam orang, orang jaga. awak punya, awak jaga la. ini kekonon awak pulak lagi tahu daripada orang tu sendiri. lawak... lawak...
- kalau orang dah berkemampuan nak beli apa pun menggunakan duit sendiri tak payah la awak pulak nak runsing susah hati nak mengutuk mengata sana sini sebab dia tak mintak duit awak sesen pun ! apa nak dikisahkan kemampuan orang. kalau awak nak awak pun boleh beli. tak ada sapa nak bising haiihhh.
- berhentilah bercakap hal orang yang awak tak tahu pun perjalanan hidup orang tu macam mana. toksah nak memandai mandai ye. keji sangat.
- dan ini adalah paling bahaya, yang mengumpat tu ngok. yang mendengar dan percaya pun ngek. see, orang akan mudah-mudah memandang serong terhadap seseorang hanya dengan satu patah ayat berupa FITNAH. elaklah perangai hasad dengki busuk hati macam ni. TAK SELAMAT DUNIA AKHIRAT. so jangan buat perangai busuk macam ni.
- jangan menghilangkan kepercayaan seseorang yang selama ini baik terhadap kita sebab mustahil boleh diraih semula kepercayaan itu dengan senang-senang. silap hari bulan ianya jadi MUSTAHIL.
- tak perlu kot nak sibuk mencerca kehidupan orang, esok-esok kalau orang buat awak macam tu agak-agak apa rasa ya?
- sikap mazmumah macam kak jemah propa boleh porak perandakan hubungan sesama manusia. oh ini sangat tidak baik ! nanti Tuhan marah tauuuu.
- kak lela dan kaum seperti kak lela jangan mudah sangat nak percaya pada orang seperti kak jemah propa ni sebab depa memang pandai berlakon di depan lain di belakang lain. ware ware gitu.
- apapun tuduhan siasat la dulu kebenarannya. bukan buta-buta je menuduh orang lain. tak pasal-pasal kumpul point dosa kering.macam kumpul point jusco. point jusco tu ada juga faedahnya poleh tukar barang. point dosa nak tukar dengan apa?
- opsss satu lagi, mop sila beli sendiri hehehe. kan dah jadi penyebab orang mengata. padan muka ko lela !