Friday, April 29, 2011

tenanglah dikau di sana...

kenangan bersama
isnin lalu, pada tanggal 25 April 2011, sahabat baik kepada suami telah pun pulang menemui Penciptanya pada usia hampir menginjak 28 tahun. Innalillahiwainnailahiroji'un... daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita dikembalikan. Jenazah allahyarham selamat disemadikan di kampung halamannya di Baling, Kedah pada selasa, 26 April 2010. Saya dan suami tidak dapat bersama-sama menghantar 'kepulangan' allahyarham memandangkan keadaan tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun kami bersyukur sempat bertemu dengan allahyarham semasa telantar sakit di HUKM. Kali terakhir suami pergi melawatnya pada lewat petang sabtu apabila allahyarham telah dimasukkan ke ICU dan sejurus selepas itu telah tidak sedarkan diri lagi. Kami bercadang untuk melawat sekali lagi pada ahad itu, namun ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Akhirnya perancangan tidak menjadi. Tengahari isnin itu dimaklumkan allahyarham telah kritikal dan akhirnya selepas asar saya menerima sms bahawa allahyarham telah tiada. Terkejut dan seolah-olah tidak percaya dengan berita ini. Hanya dalam tempoh +/-sebulan dari masa kami jumpa di Felda Jengka menghadiri kenduri sahabat, kemudian beberapa hari selepas itu allahyarham sakit, dimasukkan ke hospital pusrawi, berpindah ke HUKM dan di sahkan lung cancer tahap 3, menjalani kimo buat pertama kali dan akhirnya... sungguh pantas semuanya berlaku. Saya yang tidak serapat mana ini pun sedih, apatah lagi insan-insan yang disayangi dan menyayangi allahyarham. Buat isteri, maisarah dan anakanda qaleesya umairah, salam takziah atas pemergian suami/ayah tercinta... berat mata memandang berat lagi bahu memikul... ya Allah, kuatkan sahabatku maisarah dengan dugaanMu ini... Ya Allah... apalah yang dimengertikan oleh anak kecil seusia 1 tahun ini... ya Allah, Kau rahmatilah keluarga ini, berikan mereka ketabahan menjalani ujian hebatMu ini ya Allah... ameen ya rabb

Serasanya baharu sahaja lagi saya mengenali allahyarham. saat suami bersahabat baik denganya di UTM Skudai dahulu. pernah beberapa kali menghubungi allahyarham apabila tidak dapat menghubungi suami. masih ingat pada hari konvokesyen mereka, allahyarham memperkenalkan keluarganya kepada kami, sama-sama kami bergambar di tasik UTM dan keesokkan harinya sama-sama makan tengahari sebelum menaiki bas pulang ke Kuala Lumpur bersama seorang lagi sahabat mereka, asrul. masih saya simpan lagi video saat kami berborak melepak menunggu bas KKKL tiba... dan masih sempat mengambil beberapa gambar di tepi jalan kebosanan menuggu bas yang tiba sangat lambat dari jadual yang ditetapkan... oh kenangan sungguh !

Apabila semua sudah bekerja di KL, kerap juga berjumpa apabila menghadiri majlis-majlis perkahwinan rakan-rakan suami. Tidak dapat saya lupakan apabila kenduri allahyarham di Baling, jauhnya perjalanan kami dari Putrajaya, singgah tidur 3 jam di Taiping dan meneruskan perjalanan ke Baling untuk meraikan hari bahagia allahyarham dan maisarah. Paling seronok sebab dapat makan berhidang seperti dulu-dulu, padahal sebelum itu saya dok mengomel pada suami lamanya x pernah makan berhidang. harap-harap adalah kali ini kan. Ternyata memang rezeki :-).

Pertama dan akhirnya kami menyambut hari lahir ke 26 bersama pada tahun 2009. Pada masa itu saya dan suami mengadakan majlis housewarming untuk rakan-rakan rapat. Kami berdua menerima surprise birthday celebration daripada rakan masing-masing, UTMP & Old Lakers. Dua biji kek chocolate indulgence dan satu black forest. Allahyarham masa itu mengulang bihun sup tulang yang saya masak sehingga mencedok sendiri dalam periuk di dapur. sedap katanya :-p ! 

Saya dapat melihat kesedihan pada wajah suami menerima kenyataan dan menangisi pemergian sahabat baiknya itu... hanya doa dan yassin yang mengiringi... semoga damailah di sana... dan ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman hendaknya. ameen...

sarah,

kamu adalah insan terpilih, kuat dan hebat... Allah mengetahui segalanya... dan Dia pasti telah merancangkan yang terbaik buatmu sahabat... saya tidak sampai hati untuk komen apa-apa di FB kamu kerna saya tidak mahu kamu tersentuh... yang pasti, saya akan mendoakan kesejahteraan kamu dan qaleesya umairah... insyaAllah...

selamat jalan sahabat, khairul izwan mohd hazam... tenanglah engkau di sana...
di belakang kami, allahyarham bersama isteri

Friday, April 15, 2011

i'm scared

No hope amongst the hopeless
No life amongst the lifeless
No happiness amongst the sadness;
No light amongst the darkness.

Thinking negative thoughts
Will trap me in a negative mindset
Thinking positive thoughts;
Will liberate my mind and heart.

Friday, April 1, 2011

aku bisa melihat

mata itu

wajah itu

riak itu

dan aku mengerti...

jalan menemui kebuntuan lagi kan ?

kini

aku takut

akan hakikatnya

ya Allah hanya padaMu ku bermohon

hanya padaMu ku berserah

hanya padaMu...

Growing Up In Perak Part 2

pada disember 1989 tak salah saya (sebab masa tu semester persekolahan mula pada disember, bukan januari seperti sekarang) adalah pertama kali melangkah kaki ke sekolah kebangsaan matang di mana jarak daripada rumah adalah dalam 400 meter. mak kata beberapa hari sebelum masuk sekolah saya sibuk menghitung waktu betapa tak sabar nak bersekolah. al maklumlah, saya tidak pernah menghadiri mana-mana sekolah tadika seperti kawan-kawan lain. hanya mendengar cerita daripada kawan-kawan sekampung yang belajar di tadika. bila bertanya pada emak dan abah mengapa saya tidak dimasukkan ke sekolah tadika, jawabnya malas nak hantar sebab dulu kakak kedua saya fobia pergi tadika dan asik menangis dan nak balik rumah. mak abah fedap terus berhentikan kakak daripada tadika. dan... saya terus langsung tak payah pergi. alasan tak best langsung hehe

hari pertama saya pakai skirt yang mak jahit sendiri. ada dua pasang skirt yang mak jahit. saya ingat pernah  sekali dua mengikut emak menghadiri kelas jahitan skirt sekolah di satu rumah cina berdekatan kampung kami. bertungkus lumus emak menjahit pakaian untuk saya, saya akhirinya dengan menangis pada hari pertama persekolahan kerana malu memakai skirt ke sekolah. saya tidak suka skirt itu kerana... ahh saya malu memakainya sebab seksi !!! beria-ria saya menangis dan jika tidak ditukar kepada baju kurung saya enggan ke sekolah lagi. gatai sungguh la kan. setelah mak memujuk untuk menjahit uniform baju kurung baru la terubat hati. seperti yang dijanjikan hanya hari pertama saya memakai skirt itu, tanpa sempat memakai persalinan kedua. keesokkanya saya berbaju kurung ke sekolah. kesian emak bersengkang mata menjahit pakaian baru untuk anaknya yang keras kepala ini. maafkan saya mak... 

dahulunya di sekolah seperti ada border antara budak-budak yang bertadika dan tidak bertadika. saya dan rakan-rakan yang tidak ke tadika merasakan mereka yang ke tadika semasa itu sungguk 'ek' sekali :-p. mereka pandai ber abc, ber 1, 2, 3 tetapi tidak kami. seingat saya, saya hanya mengenal abc semasa kelas darjah satu dan cikgu Rodhiah la yang mengajarnya ! masih terbayang-bayang kertas manila yang dipotong enam itu diletakkan abjad-abjad abc dengan warna yang pelbagai bagi memudahkan pembelajaran kami. begitu juga matematik subjek yang sangat saya takut kerana cikgu zaharah pernah mencubit perut saya gara-gara salah menambah dan menolak. saya sangat sedih dan malu dimarahi begitu tapi... saya sayang cikgu zaharah sampai hari ni sebab selepas peristiwa itu saya terus bersemangat belajar dan sentiasa score dalam subjek matematik walaupun dah tua tua ni lembab balik mengira :-)

tak lupa juga pada ustazah asiah yang banyak membimbing saya dalam subjek agama daripada darjah satu hingga la ke darjah enam (tak pernah tukar gulu lain ajar subjek agama), miss atikah lee (saya tak tau dia di mana, sumpah teringin sangat nak jumpa. dulu tiap-tiap pagi saya tunggu dia datang untuk sambut dan bawak briefcase dia ke dalam bilik guru. dahulu, kami ni pelajar berebut-rebut nak angkat beg cikgu masuk bilik guru. siap tunggu lagi dekat parking ! sekarang, ada student buat macam tu lagi kah?), cikgu syed yang banyak membantu saya dalam olahraga, arwah cikgu noridah ajarkan saya netball dan pilih saya bermain seusia 9 tahun tatkala players lain semuanya senior ;-p (sampai sekarang tak reti berhenti main netball), cikgu zainuddin yang garang wooo (dia pernah libas kami satu kelas dengan pembaris kuning yang panjang tu sebab kelas sangat bising), cikgu rashid, cikgu usharani, dan yang lain-lain termasuklah guru-guru praktikal yang ada antara mereka saya berjaya temui kembali dalam facebook, cikgu jamalulhaslina, cikgu mokhtar, cikgu ferdinand antaranya. dan satu lagi cikgu yang tak boleh dilupakan hingga kini adalah ustaz zahidi hehe. walaupun saya pernah merajuk dengan dia sehingga memerlukan abah sebagai orang tengah untuk mendamaikan kami gara-gara saya dimarahi kerana datang lambat ke sekolah agama dan bertanding menjelum kepala sambil menahan nafas di dalam kolah untuk mengambil wuduk. sumpah, tak pernah berperangai buruk seperti itu (walaupun hakikatnya nakal) tapi dek kera cabaran kawan-kawan mengaji yang gila babun punya psiko akhirnya saya turut serta dengan idea bodoh itu. sekali ustaz zahidi dapat tangkap kami dan semuanya didendaaaaaaaaaaaa maka saya dirotan ditangan dan dicubit diperut. ahhh sedih pedih perit malu geram semua ada. dalam hati gila kecik hati dengan ustaz sebab teganya  ustaz mendenda sedemikian rupa haha. masa tu dah nak dekat pertandingan khat dan bercerita kisah nabi di mana saya memang akan mewakili sekolah setiap tahun sejak dari darjah empat dan selalunya memang bernombor la kan :-). so peluang diambil dengan memboikot ustaz dan mengugut untuk tidak mahu mewakili sekolah. sungguh keji perbuatan saya itu :-(. seminggu dua jugalah tak bertegur sapa dengan ustaz, buat tak tahu, mengelak daripada bertembung dan hasilnya abah memarahi dan menegur perbuatan keji saya itu dengan menyatakan tidak baik berkelakuan sebegitu dengan guru sendiri. tidak berkat ilmu. ini semua adalah gara-gara ustaz mengadu dengan abah bahawa saya merajuk dan tidak mahu bercakap dengannya. ooo sampai hatimu ustaz kali ini diriku dimarahi lagi :-(. nasib selepas peristiwa dimarahi abah saya gagahkan diri juga la menjawab teguran ustaz sambil sinis berkata 'semuanya ustaz mengadu, mana aci !'. alhamdulillah, saya menang tempat kedua pertandingan bercerita kisah nabi adam dan tempat pertama tulisan khat pada tahun itu dan ustaz menghadiahkan saya rm50 duitnya sendiri (sungguh besar nilai itu pasa zaman saya kecil). eleh nak amek hati le tu haha. sekarang hanya berkirim-kirim salam sahaja bila abah bertemu dengan ustaz tatkala dia datang mengajar kelas agama di masjid. ustaz sudah pindah ke kawasan lain. teringin mahu bertemu tapi entah bila...

antara lain, saya pernah lari daripada sekolah semasa darjah tiga gara-gara ketua kelas menulis nama saya konon-konon saya buat bising dalam kelas. mana ada ! (perghh emosi gila hehe). saya hanya tumpang sekaki suruh murid lain diam sebab bising sangat, last last nama saya yang ditulis. mana la saya tidak marah. panas hati wehhh. bila cikgu masuk dan nak denda murud bising sekali nama saya kena panggil sekali. satu-satunya perempuan di kalangan lelaki yang buat bising. saya merajuk kecik hati amek beg skolah lari pi amek basikal nak balik rumah. menggelabah ketua kelas lari pujuk dan mintak maaf. psikooooooooo

tbc...