setiap kali mengingatkan zaman kanak-kanak dahulu pasti menyundang senyuman dibibir. dalam usia menjangkau 28 tahun pada Julai ini serasanya terlalu cepat masa berlalu. semakin hari semakin bertambah nombornya. oh tidak sukaaa :-p.
kelmarin ada satu kenalan sekampung merangkap kawan baik masa di sekolah rendah dahulu menegur saya di facebook. entah berapa lamanya tak pernah bertanya khabar di antara kami setelah masing-masing membawa haluan sendiri. saya dan wani bersahabat sejak sekolah rendah. sama-sama menyayuh basikal ke sekolah rendah matang dan sekolah agama rakyat. namun, sejak masuk sekolah menengah kami tak lagi bersekolah di tempat yang sama. wani dan kebanyakan rakan-rakan sekolah yang lain ke sekolah menengah berhampiran dengan rumah kami manakala saya dan beberapa rakan mendapat tawaran masuk ke sekolah baharu di pinggir bandar taiping berhampiran dengan taman tasik di mana jaraknya dalam 15 kilometer dari rumah.
berborak dengan wani benar-benar mengambalikan saya pada nostalgia lama. pelbagai perasaan ada. suka, gembira tak kurang juga yang mengundang air mata haha. bukan wani seorang malah saya ada beberapa kawan baik lagi di kampung. nana, sakina, surizan, amnah, kak noni, toto dan ramai lagi. ini semua kawan-kawan sekampung sesekolah semengaji. kalau di sekolah tu norrashidah, rashidah, zurita, shikin, norliana, devi, samsul, usop, shahir dan lain-lain. cerita rakan-rakan ini akan dicoret pada masa akan datang insyaallah
yang seronoknya dengan mereka ini adalah aktiviti kami selepas kelas mengaji ataupun di hujung minggu. selalunya port adalah di rumah wani. bukan apa, antara rumah wani dan kak noni memang ada tanah lapang berpasir putih yang luas. jadi di situ la tempat kami berkumpul bermain bergurau sehari-hari. dari satu permainan ke satu permainan kami atur. terik pun terik la cuaca. tak ada kisah segala legam dek panahan cahaya matahari tu. saya pula memang ada time limit. peraturan yang dibuat abah, sebelum pukul 7 mesti ada di rumah. tapi biasa la, kadang-kadang tu pukul tujuh matahari dok cerah lagi. agak-agak ok memang ligat bermain sampai tak sedar diri. sampai la sekejap lagi abah saya akan lalu dengan motor menjeling-jeling ke arah saya sambil menghayun-hayunkan jari telujuknya menunjukkan siap la saya nanti kalau sampai di rumah !!! kadang-kadang tu memang potong stim betul la... tengah syok-syok berlari main rounders atau toi (galah panjang) masa tu la abah datang hambat balik rumah. masa ni memang dup dap dup dap jantung berdegup sambil mengayuh basikal balik ke rumah macam tak cukup kaki !!! kalau boleh nak sampai dulu sebelum abah sampai (sebab abah ikut di belakang dengan motor) dan selamatkan diri dalam bilik arwah pah (opah). kalo abah sampai dulu di rumah memang selaaaamaat kena rotan dengan hanger atau tali pinggang. berbirattt la badan alamatnya. dan selepas tu arwah pah akan merajuk panjang dan melancarkan perang dingin dengan abah dan mak berhari-hari. pantang arwah pah kalau abah dan mak marah, mengadu atau pun memukul saya. sebab dia akan rasa mereka marah dengan dia katanya. berjiwa sensitif opah ni. jadi kalau dapat peluang, memang saya kena cukup-cukup dengan abah dan mak sampai menangis tersedu-sedu terus tertidur. sakitnya fizikal tak sangat tapi luka di hati tak siapa yang tahu. hmm macam la kena dera hehe. hari ini kena, esok lusa baik tulat buat balik haha
tapi saya tak pernah serik. dimarah la di pukul la, semangat nakal sentiasa membara. setakat masak-masak memang saya tak berapa layan walau pun kadang-kadang main jugak. masak-masak zaman saya tak ada mainan macam sekarang ya. saya akan curi-curi ambik kuali mak di dapur, sudip, tepung, minyak dan mancis. memang betul-betul main masak-masak. atas api lagi tu. bersungguh-sungguh kami buat pondok dengan daun kelapa dan tangkap ikan di dalam parit untuk dijadikan bahan masakan. opss jangan tak tahu saya pernah paksa kawan sepermainan yang muda dua tahun dari saya untuk makan semua makanan yang dimasak itu ! gila kan :-). selalunya kerja akan dibahagi-bahagikan sesama kami. siap pondok tu adalah seminggu tu asik main benda sama. lepas seminggu buat perangai lain pulak. entah berapa kali saya dan kawan-kawan menyauk ikan di merata parit di kampung kami untuk mencari ikan 'sepile' dan entah berapa kali juga curi-curi mandi sungai di matang gelugor (sungai tu ada buaya ya, harap maklum). kalau la abah tau... memang selaaamat la saya kena baluuunnn. dah masuk universiti baru saya ceritakan berapa kali saya pegi mandi di sana. itu pun bila keluar cerita sungai tu dalam misteri nusantara. sengal sungguh ok.
antara lain jugak kami selalu masuk kebun koko tok ngah tak jauh daripada rumah saya. yang seronoknya di sini kami suka naik satu pokok kelapa condong yang boleh dihenjut-henjut dan sungguh adventure. beramai-ramai naik dan duduk sementara mata besor (kawan kami yang lebih tua dan besar) akan henjut pokok kelapa tu sehinggalah satu persatu daripada kami jatuh ke tanah. siapa yang last jatuh dialah pemenang dan dapat hadiah makan buah kokooooo. sedapnya ! selalunya permainan itu kami sambung pula dengan berlawan tuju guli sesama kami ditambah lagi pulak dengan kawan-kawan cina di kampung. saya masih menyimpan bekas guli-guli yang dimenangi dulu sehingga lah sampai satu masa tiga empat tahun lepas emak mengeluarkan memberi pada anak-anak saudara saya untuk bermain tatkala mereka pulang ke kampung. bukan sedikit jumlahnya kerana saya juga pemain yang hebat dalam pertandingan tuju guli ni haha. part yang paling saya suka adalah berlawan dengan san siang anak tokei kedai runcit depan rumah. saya, uncle ah kiat@capek anak tokei kedai yang banyak gila stok guli dan selalu kalah dengan saya. memang indah lalala la kan...
lagi satu yang saya tak pernah lupa, satu masa tu LLM (TNB) ada buat pemasangan pencawang baru di kampung kami. jadi, kayu penggulung tali wayar yang telah digunakan itu bersepah merata ditinggalkan pekerja LLM. usaha kami tolak masuk ke hutan kelapa sawit belakang rumah wani untuk jadikan permainan baru kami. kebetulan arwah abah wani ada buatkan buaian di satu pokok tua di belakang rumahnya. maka bermula daripada hari itu di situlah port kami hari-hari berkumpul. sebut saya main apa, aci duduk, aci menyorok, polis sentri, pertandingan nyanyian, tarian, macam-macam lagi la. kelakar sungguh teringat bagaimana kami membahagikan kumpulan untuk bertanding menyanyi dan menari. dah betapa gediknya saya menyanyikan lagu daripada kumpulan exist dan ikan kekek nyanyian ayati tasrip. siap dengan rapnya ! hahaha. geliiiiii !!!
budak kampung. comot. selekeh. sentiasa bersinglet dan berseluar pendek serta berambut JQ. hanya terserlah keperempuanan bila bertudung ke sekolah tetapi masih berjalan bagaikan gergasi berlari. ye itulah saya. memang tak pernah ada peminat dengan personaliti macam tu. haha. so tak ada ceritera cinta semasa kisah kanak-kanak. saya sangat kasar, cakap kuat-kuat sepelaung orang buleh dengar, kulit legam, suka merajuk, suka kecik hati. tak ada siapa yang pandang :-)
saya rindu kawan-kawan lama. entah di mana mereka yang lain-lain tu. walau kami sekampung, namun tak pernah lagi bertemu. masing-masing dengan hal dan komitmen masing-masing. saya sedih bila bertukar sekolah dahulu. saya sudah tidak rapat dengan mereka kecuali sakina yang sememangnya berjiran dengan saya. telah saya katakan pada wani, apa kata raya tahun ini kami organize small gathering untuk berjumpa kawan-kawan lama. harap-harap menjadi :-)