Friday, January 21, 2011

Selamat Hari Lahir Abah


hari ni 21 Januari 2011. genap usia abah 65 tahun. bukan saya yang call abah nak wish birthday tapi abah yang called saya tadi. kelakar. sebab pagi-pagi tadi sempat sms je wish kat abah kelam kabut kena pi meeting. bos tetiba suruh ganti. hajat memang nak call sembang lama sikit tapi dah dah kena hambat dengan bos x sempat la kan

skali abah yang call daaa.... x sempat nak jawab silent phone

abes je meeting called le abahnye kan

abah: tadi abah talipon awat x jawab

anak abah: lor meeting le bah. dari pagi ni ha baru abeh. orang dah pakat pi semayang jumaat dah. jap bah. umi talipon balik

abah: eh tak payah tak payah. Reni kan birthday abah. Maxis bagi talipon free ke number maxis. Buleh la abah talipon ramai orang

anak abah: ooooo... ye ke ( dalam hati... canggih no !) hehe

abah: tapi nyah hang kak aan sumer number celcom. rugi la abah ( muahaha lawak lawak. berkira gak eehhh)

so uollsss sila tukar ke maxis. abah sudah bising. by da way rasa kelakar plak terkenang jawapan maxis bagi talipon free ke line maxis. up-to-date ok bapak aiii. ye la kan. x de nak herannye kalo bapak-bapak millenium ni yang cakap camtu tapi sebab abah ai ni orang kampong je. kalo sms tu ntah berapa kali kasi tutorial nak taip sms tapi asik tak berjaya je. lawak betol. last-last abah akan cakap ishhhh susah le nak sms talipon kan senang ! dah tua-tua ni payah ! ha amek ko. tapi yang herannya handphone abah WAJIB CANGGIH. fungsi hanya CALL dan BACA SMS

tapi satu kejayaan la kelmarin

sms dari abah...

apahabaqtolgmintakvitamin

tersenyum sensorang saya masa kat  dapat sms tu. satu perkataan! abah mintak tolong mintak ubat kat member saya yang bekerja as pharmacist untuk amek stok multivitamin+panadol+piriton utk dia.

tetiba teringat sorang cikgu sekolah dulu bila tanya dia kenapa cikgu tak penah nak reply sms saya. dia jawab cikgu tak tau guna sms, sebab tu la cikgu call awak je kalau awam sms. senang !

muahaha. so masalah ini bukanlah melanda warga emas sahaja tapi turut dialami orang-orang intelektual :-). congrats abah atas kejayaan mengikuti perkembangan dunia teknologi semasa :-)

HAPPY BIRTHDAY TO U ABAH !!!

dulu-dulu ai le slalu kena tempik dengan abah sebab ketegaq! tp skang ni aiman dah amek alih post ai hehe
we love you


mak, kaknyah, kak aan,umi,ain,nuar,abang&adik

Friday, January 7, 2011

2011 : semoga segala impian tercapai

bila tahun baru datang orang mulalah berkobar-kobar tanya apa azam tahun tu. maka macam-macam jugalah jawapan yang diberi nak itu nak ini nak jadi macam tu nak jadi macam ni. tapi tiap-tiap tahun jugalah saya tak pernah ada azam yang spesifik nak kan apa-apa. cuma minta Allah ampunkan dosa, murahkan rezeki, panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik serta dianugerahkan kehidupan yang bahagia. tapi tahun ni... kalau boleh saya nak peroleh beberapa perkara yang selama ni dah terlalu lama saya nanti
  • semoga apa yang berlaku hari ini 070111 keputusannya positif. gedebuk gedebak risaunya ! bagaikan menanggung beban menggalas batu berat selama ni. moga dilepaskan perasaan itu.... dan datang kebaikan yang didoakan selama ini
  • semoga tahun ni dapat selesaikan masalah ulang alik ke hospital yang bertahun-tahun lamanya tu. nak sehat. nak normal. nak jimat duit. dah letih jumpa Dr. moga bertemulah penawarya
  • nak ada rumah sendiri & dan penyerinya sekali. mudah-mudahan :-)
lain-lain tu biarlah dulu. takut nak mintak Allah macam-macam padahal apalah sangat diri ni bagi pada Allah sebagai hambaNya selain lalai dan alpa. terlalu banyak salah dan dosa pada Dia...

harap semuanya baik-baik belaka. insyaAllah