Wednesday, October 12, 2011

manusia berubah

masa berlalu... manusia berubah...
tekanan. gaya hidup. perasaan. masalah. kekurangan. kelebihan. persekitaran.
semua itu pendorong, penyumbang

kenapa manusia berubah?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
entah... tak tahu jawapan yang pastinya apa

Tuesday, October 11, 2011

Kenduri Kesyukuran+ Strawberry Chocolate Cake + Red Velvet + Tiramisu


tetiba teringat chocolate cake & red velvet & tiramisu masa kenduri hari tu. ah nak nanges !

Thursday, September 22, 2011

demam batuk selesema sakit kepala

dah masuk minggu ketiga demam batuk selesema sakit kepala. sejak sehari sebelum raya dah rasa. pergi klinik, farmasi makan macam-macam jenis ubat pun tak jalan. sekarang ni ubat wajib memang dah 18 biji sehari telan. plus sakit pakej ni pulak dah bertambah-tambah lagi la bijian kan maknanya !

berianya batuk dan bersin. masyaallah sampai berpinar-pinar mata menahan sakit kepala. ledir kahak hingus yang sangat banyak. one day tu punya la takut sebab sampai keluar darah hidup dari hidung dan mulut bercampur lendir-lendir semua tu. takut sangat. 3 botol ubat batuk plus sebotol scott's emulsion dah dihabiskan sepanjang tempoh tu tapi x jalan pun. harapnya makan ubat batuk then tido, tido dan tido. macam apa je kan perangai. kalau orang tengok bagi menyampah je perangai konon sampai tak larat kemain. tapi ye lah dah tak larat, sakit, badan sendiri menanggung maka badan sendiri la tahu macam mana rasanya kan. ada orang badan tahan ada orang badan tak tahan. daya ketahanan manusia kan berbeza. syukur la masih digagahkan Allah untuk buat sikit-sikit kerja rumah yang mampu setakat menyapu mengemop memasak membasuh kain baju pinggan mangkuk. cuma lipat kain je malas ! bukan sikit-sikit punya malas. haiiih. mau kalau orang nak upah candle light dinner kat menara KL pun ai tak heran sebab ai mmg malas lipat kain :-). prinsip ai senang, larat buat tak larat tak payah gatal nak buat. esok bila-bila larat buat la kan. tak kan lah nak paksa diri ye dak. zoliiiimmmmm namanya tu :-)

hmm... Ya Allah cepat-cepatkanlah pulihkan kesihatan supaya menjadi lebih baik. lebih sihat. lebih rajin :-)

Wednesday, September 14, 2011

Birthday Dinner

dah sebulan kot berlalu, hari ini baru nak update cerita basi. alhamdulillah perancangan berjalan dengan baik. walau pun last minute gedebuk gedebak siapkan itu ini. actually tak plan pun untuk buat pada hari kejadian cumanya bila dapat call bagitau lambat balik malam tu so terus decided nak buat and kelam kabut urus itu ini. barang-barang banyak dah beli awal-awal dan sorok so tak adalah nak shopping semua benda sekali. mau pengsan kalau idak. sememangnya awal lagi dah plan akan buat cuma tak tahu hari apa yang sesuai.

sebenarnya dah lama tak buat surprise sejak dah kahwin ni. wish birthday, keluar makan bagi hadiah (tahun lepas tak bagi hadiah pun !) itu je la rutin. tak ada luar biasa spesel ke ape ke pun. seadanya je. tahun ni ada rajin sikit, so hasilnya inilah hasilnya...

sebelum ketibaan birthday boy. melecur-lecur jari kena api lilin.
berpeluh-peluh jugak la menunggu sebab husband kata dah nak bertolak dah pun... anggaran 20 minit perjalanan dari kajang katanya. so agak-agak la masa lagi beberapa minit nak sampai nyalakan lilin yang banyaaaak gila tu ! berpeluh-peluh kepanasan tangan melecur sama dek kerana lilin ni. tunggu punya tunggu sampai lilin dah nak abes la baru la sampai... huh rasa nak menangis tau tunggu sebab lambat. tapi sabooooor sebab dah plan dan usaha sungguh hati takkan la ai nak menangis pulak sebab lambat. :-)

happy birthday to u  :-)
apapun best sangat sebab husband memang terkejuttttt dan hepi dengan 'candle light dinner' ni. sebab semuanya menggunakan kaedah penjimatan kos. hadiah? memang masa ni bagi kad dan mug aje sebab wifey memang sob sob sob... kalau kayo tak adanya candle light dinner kat rumah je kan haruslah di tempat-tempat best. so terimalah seadanya..

dear husband,

sometimes i worry about you
you don't relax enough
you work so hard
there is so much for you to do

sometimes i worry about you
you don't realize how much
you are appreciated
or how much you give
of yourself to others
or what a wonderful husband
you are to me

other times i am thankful
for the way you are
as i realize it is the
only way you could be

but at all times
i want you to know
that i respect you greatly
and i thank you for
being the best husband in the world
in every way
i love you

Happy Birthday !

tadaaaaaa... like u said, 2 in 1 birthday present :-) 
 


ai yang sabar ok... counting days !

p/s: disebabkan hadiah ni bagaikan 2 in 1... so ai replace dengan benda lain which is u dah dapat pun last 2 days. cuma tak berbungkus lawa. berplastik parkson je.  sori sangat. harap u suka :-)