Alhamdulillah… selesai juga akhirnya antara acara penting dalam sejarah kehidupan saya di atas muka bumi Tuhan ini. Ahad lepas, 26 Ogos 2007 adalah hari yg sangat gembira. Rasa nak menitik air mata bila terkenang kembali apa yang saya dah lalui selama ni sepanjang tempoh saya belajar di bumi UIAM ni. Segala penat lelah suka duka sumer xdapat nak digambarkan dengan kata-kata. Berat hati sebenarnya nak meninggalkan tempat yang sudah terbiasa tetapi masa dan keaadan telah berubah… saya perlu menerima hakikat bahawa kehidupan ni adalah satu perjalanan yang berterusan. Kita tidak akan berada di tempat yang sama setiap hari. Life is a journey kata orang. Kini saya melangkah setapak lagi ke hadapan daripada seorang mahasiswi kepada seorang yg punya banyak tanggungjawab setelah memasuki alam pekerjaan. Tiada yang mudah. Sungguh jauh bezanya zaman belajar dengan zaman bekerja. Satu hakikat yang saya harus terima hatta saya suka taupun tidak. Tapi biasa la… membuat sesuatu perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Saya perlukan masa untuk biasakan diri. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan saya. Memberi yang terbaik dalam kehidupan saya… Amin…
p/s: Terima kasih buat semua yg sudi hadir untuk majlis konvokesyen saya. Mak, abah, kak nyah, kak an, abang, adik, serta family yg sentiasa support saya dari dulu. Makcik2 dan pakcik2 kesayangan sepupu sepapat yg selalu sangat kena buli dg saya. Tak lupa juga riza, ali, ct, cthanizah, and mr bling bling. Thanx guys 4 coming. Meriah betul rasanya dapat banyak hadiah. Hehe.
Tributes To Special Person In My Life
Mak dan Abah
Terima kasih atas segala pengorbanan serta susah payah mak dan abah selama ini untuk memastikan anakmu ini mendapat yang terbaik. Tak terbalas rasanya jasa budi kalian berdua membesarkan dan mendidik dengan penuh kasih sayang. Memang susah menguruskan karenah anak yang degil dan keras hati seperti saya. Tapi mak dgn abah xpernah mengeluh dan merungut. Mereka sentiasa ada untuk support dalam apa cara sekalipun. Sayang sangat mak dan abah.
Beloved sibling Kak Nyah, Kak Aan and Ain
Tak tahu nak cakap macamana. U r great sisters in this world. I love u so much. Thank u 4 supporting me.
Abang and adik
Syayang mak su berdua ni. U 2 are my world. Luv u
Riza, Ct, Nat, Syatirah
Korang la kawan2 yg aku xkan jumpa lagi di mana2 dalam dunia ni. Sanggup tahan dengan karenah aku dari form 1 sampai la skang. Dah 10 tahun. Korang xserik ke? Hehe
Mentarang’s Group
Member2 mereng sewaktu zaman blaja di UIA dulu. Memang gila tahap superb. Melampau2. Ya Allah sebaknya masa berpisah hari tu. Xtahu nak cakap apa. Huaaaargh
And… My Special Mr Bling Bling
Thanx for everything… everything…