Saturday, June 25, 2011

Sepetang Di Bagan Lalang dan Restoran Ikan Bakar Senandung Malam

Okay. Jakunnya saya tak pernah pergi bagan lalang walaupun tinggal tak jauh mana. Sana sini orang cerita bestnya pergi berkelah dekat bagan lalang saya hanya kata… oh ya ka. Berkali-kali makcik ajak pi berkelah ke sana tapi belum ada peluang. Kawan-kawan pergi memancing, menangkap gambar. Husband pon banyak kali ajak syok katanya menangkul ketam eh betul ke menangkul? Entah. Sila abaikan. Dia pun pergi zaman tok kaduk dulu, ada lagi ke ketam sekarang hehe. ketam pun dah berhijrah apa sebab dah banyak kali gempa bumi.

So nak dijadikan cerita, weekend lepas ada la pergi. Petang sangat dah pun. Pukul 5 lebih baru gerak dari rumah. Kalau daripada rumah kami senangnya lalu melalui pekan salak tinggi terus melalui sepang terus ke bagan lalang. adalah dalam 40 minit kot. Rencananya nak makan ikan bakar di sana dan teringin nak tengok sepang goldcoast itu di mana. Hari tu nampak dari atas flight saja.  Cantik. Tengok gamba dalam internet. Cantik. Diari af (secara tak sengaja hikhik tertengok bila xde rancangan best yg lain) cantikknyaa. Husband kata boleh buat hadiah hanimun kalau nak. Oh tidakkk cek tak mauuuu ok setakat pandang laut bagan lalang hehe. boleh tahan demand ok wife u ni. sila ambil maklum.

Masa sampai tu tak ramai sangat dah orang pun. Tapi masih ada yang bermandi manda la jugak berkelah. Personally, saya tak ada la rasa teruja sangat cantiknya sebab rasa macam lebih kurang macam morib je kaler air laut cumanya ada hotel cantik kat situ. Tapi kalau setakat nak bawak family relax tenang-tenang jamu mata tengok laut boleh la ke sana sambil membawa bekalan nasik lemak sambal udang dan sandwich telur. Hehe. Kalo petang boleh tahan mana-mana abang jual aiskrim dan nikmatilah roti aiskrim, aiskrim potong atau pun pelbagai jenis aiskrim dalam tong di sana. Harganya sangat murah. Sila nikmati sambil melihat laut. Kalau suruh mandi, ermmm tak kot hehe.

Alang-alang di sana, dinner dekat restoren senandung malam bertentang dengan laut. Arghhhh tetiba teringat seafood di parameswara, umbai. Sedapnya ! kali ni untuk berdua kami order nasi, udang bakar, ketam masak pedas, sotong goreng tepung, kalian ikan masin dan…………… MENTARANG AKA PEPAHAT. Bertahun-tahun saya mendengar perihal cerita mentarang ni sejak sebilik dengan budak perlis akhirnya hari ni order juga atas permintaan husband nak mencuba. Tapi disebabkan ada kisah tragis berkaitan mentarang ni saya hanya mampu sumbat sebanyak 3 ketul sahaja ke mulut. Arhhh pah, ko memang telah potong stim aku nak menerai mentarang ni ! sob sob sob. Elok la tak cerita. Nanti ada yang tak lalu makan sebab terbayang-bayang. Bydaway, mentarang ni sedap ok. hehe. overall, masakannya ok la cuma servis je lembab sikit. Mintak air berkurun baru nak tiba. Total makan RM61. Murah ke mahal ? next time nak cuba kedai lain pulak ye!
mentarang atau pepahat namanya. gambar x clear kamere henpon je pon. harap maklum.

5 comments:

Izzad said...

makan ciput je aku tngok..tapi sampai 61 hinggit....deme cakap best bebenor bagan lalang tu...ade hotel ala2 palm island kat dubai tu haaa..mane gambau nye..

umi said...

tu la kan aku pon rasa mahei sket la. sape cakap best bebeno. review aku kan bese2 je aku kate. ala2 dubai tu kat gambo eskrem nampak kecik2 je. hehe. nak tgk clear bukak web dia hehe

ayong afzan said...

Aku biasa makan kat bagan lalang seaview restoran. ok jugak la harga kat kedai tu. sedap pun sedap compare restoran kat hujungggggggg skali.

Gi Sabah nanti pau Izzad and Shasha blanje seafood sapai buncit.kekeke..

ct hani said...

pah citer apa kt hgpa,umi
btw, i like mentarang masak lemak..nyum nyum..hehe

umi said...

riza: aku pg sebab member yg duduk sana sajet. so try la. mebi next time pg kena try kedai lain.

ct : pah cakap lembik lembik mcm cicak. SENGAL GILA. aku yg dok seksa nak makan bila terbayang gaya pah explain kat kitorang yg buta mentarang ni. sabo je la