seperti biasa cuti sekolah aje mesti mak abah datang sini. Time yang boleh berlama-lama dengan anak-anak. Kalau hari biasa selalunya agak susah la sebab mak mengasuh anak-anak buah kesayangan di siang hari. Kalau mak takdo maka suramlah hari-hari mereka tak dapat makan sedap-sedap dekat rumah. Hehe. Mak dengan abah hanya berdua di rumah kampung. Syukur pakcik & keluarga pulang menetap di taiping jugak setelah bertahun-tahun di pulau pinang. So hari kerja anak-anak akan transit, bersekolah dan mengaji juga di kawasan rumah kampung. Lewat petang baru pulang ke rumah mereka. Sekali sekala tidur di situ juga. Jadi mak dengan abah tak lah sunyi berdua saja. Alhamdulillah. Ada peneman. Ada yang menjaga.
Selalunya sebelum cuti sekolah bermula kami adik beradik akan lorat dah call mak abah pujuk datang sini. Sebab dapat berlama-lama. Kalau kami nak ambil cuti lama macam susah la sikit kan. So mak abah akan bahagi hari la di rumah anak-anak. Rumah adik & ipar duai mereka jua ! asal datang sini je mesti kena jadi rebutan dan drama rebut merebut berlaku. Selalu yang paling poyo adalah anaknya yang menulis entri ini lah. Merajuk memanjang kalo kurang hari dirumahnya hehe. ye lah, mana aciiiii ! paling best berebut adalah dengan anak buah-buahan itu, iddin & echah. Terbaekkk punya perang. Mak maksu vs opah adik abang. Oh pelissss. Mak maksu kooootttt :-p
bertutti di bangi. kalau dekat wangsa walk lagi best kot |
Di putrajaya bukan hanya mak & yid ye. Anak buah buahan berdua itu turut serta dengan buku-buku sekolah mereka sekali. Pakej. Hehe. riuh la la sekejap rumah tu 5 hari. Bawak pegi shopping vcd, kemain lagi diorang punya melayan movie sampai lupa daratan nak buat homework. Macam-macam alasan. Belum lagi anak buah buahan itu membuat trick nak cuci lantai belakang rumah sebabnya nak main air dan mandi kat luar ! kekonon rumah maksu tak best. Arghhh tak best ke sampai setiap kali datang nak mandi kat luar. Nak pegi breakfast mekdi, nak kena pegi main token, beli vcd, tengok wayang dan ayam penyet. X best ke? Hah sila jawab hehe.
Disebabkan sangat bizi dengan tuntutan keroje di opis, khamis 9 jun 2011 tu baru dapat ambil cuti bawak jalan-jalan. Destinasi tujuan adalah petrosains di KLCC. Dah lama plan nak bawak budak-budak ni Cuma tak berkesempatan. Dulu pernah sekali nak bawak diorang tapi tiket sold out. Sekarang tidak lagi. maksu telah booking lebih awal. So sesiapa yang berminat nak pegi petrosains esp time cuti sekolah sila booking beberapa hari lebih awal okay. Sebabnya kalau pegi walk in camtu aje memang tak dapek nak nolong. Tiket selalu sold out atau pun pegi pukul 10 masuknya pukul 2 3 petang. Merayau la korang kat dalam klcc tu sementara tunggu waktu nak masuk. Hehe. bila dah berendeh rendah dengan budak-budak larat ke nak tunggu kan. Letih. Admission fees nya tak ada la mahal sangat. Cuma kalau ambil pakej family boleh dapat murah. Dua dewasa 2 kanak-kanak hanya RM24. Kanak-kanak bawah 4 FOC tapi kena inform diorang la. macam hari tu saya beli pakej family plus seketul yid. So dia akan bagi 5 tiket masuk. Kalau beli bukan pakej pon buleh dapat diskaun dengan JCard dan kad mesra petronas plus beberapa kad lain lagi. sila check sini http://www.petrosains.com.my/ untuk details. So, sesiapa yang berhajat nak bawak anak-anak adik adik berjalan-jalan sambil belajar sila lah ke petrosains. Banyak ilmu pengetahuan yang boleh dipelajari/ ditambah di samping meransang kreativiti berfikir + aktiviti-aktiviti menarik kat dalam sana. Budak-budak ni macam tak nak balik pun ada. Semuanya nak dicuba ! letih kot maksu dengan opah. Lapo. Adalah dalam dua jam setengah kami bertapa kat dalam sana. Besttt. Next time kita pegi lagi ok. Oh ya, kalau rasa jadi jadi member, daftar lah dengan harga RM100 so akan dapat masuk sebanyak masa yang korang suka selama setahun tu untuk mak pak dan anak 3 orang. Selamat mencoba.
Ingatkan lepas tu nak bawak diorang makan dekat restoren istana bambu yang best debabom decorationnya itu (makanan ok la, sedap je. Tapi bukan extra sedap. Saja nak bawak pegi sana. Suasana nyaman bangat) tapi end up kat ayam penyet wong solo juga. Cumanya bukan kat bangi tapi kat jalan raja alang., kg baru. Mode : arghhh stressss mak jemah. Memenyet lagi !!!
Ingatkan lepas tu nak bawak diorang makan dekat restoren istana bambu yang best debabom decorationnya itu (makanan ok la, sedap je. Tapi bukan extra sedap. Saja nak bawak pegi sana. Suasana nyaman bangat) tapi end up kat ayam penyet wong solo juga. Cumanya bukan kat bangi tapi kat jalan raja alang., kg baru. Mode : arghhh stressss mak jemah. Memenyet lagi !!!
aktiviti dalam petrosains. penat ye kalo nak buat semua |
No comments:
Post a Comment