Tuesday, March 1, 2011

mydin vs carrefour vs balaji + pasar borong selangor

malam yang memenatkan. itu lah yang berlaku semalam. balik dari ofis letak nasik dan tak payah masak lauk pauk. bestkan :-). ok yang tu tak penat. yang tu enjoy sbb husband beli ayam penyet odw balik rumah. sebab tak masak kekonon tak nak letih lepas maghrib nak shopping groceries untuk sebulan ni. kalau barang basah tu selalunya untuk stok seminggu dua. alasan tak buat masa last weekend sebab satu badan sengal-sengal sakit gara-gara futsal tak ingat dunia. bajet macam larat sangat la. balik dari pancarona rasa nak merangkak dari lif ke tingkat 4. 

selalunya kami shopping di carrefour alamanda dan pasar presint 8. tapi disebabkan malam tadi nak cepat sebab nak kejar cerita gemilang (getik kot macam la tak boleh tengok balik kat tonton :-p) so kami decided pi beli kat mydin je. satu sebab parking kat tepi mydin je akan jimat masa. dua kononnya barang mydin murah sket padahal macamla saya prihatin sangat harga barang selama ni. ketiga carrefour mesti sesak sebab gomen dah gaji !!! fuhhh

alkisahnya mydin macam singapura di langgar todak. gila ramai orang dan barang tak ada. boleh camtu? nak memilih barang pun bersentuh bahu. tolong la. nak park trolly pon tak tau kat mana. dah tu barang banyak habis. mood nak shopping dah tak da. last-last kami bayar barang yang terambil daia dengan cadbury.  mydin presint 15 korang tolong la re-arrange balik susun atur dalam tu. gila nak bergerak macam tengok konsert MJ je gaya. dek kerana panas hati kami buat keputusan pi balaji & pasar borong selangor beli mana-mana barang yang patut. senang barang kering basah lembap sumer boleh beli. walau pun rasa cam pegi taj mahal tapi di gagahkan jua kaki. jam dah pukul 9. sampai ke rumah dah dekat 11. punggah-pungah barang simpan cuci sayur udang sotong bagai sinki pulak buat hal. bukan kali pertama. dah banyak kali. tak larat panggil maintenance dah. diorang pon dah boring datang kot kalo panggil lagi.

repair punya repair skali air yang bertakung tadi keluar kat corong bawah sinki. basahhhhhhhh dapur. bau memang terbaik la kan. geliiiiiiiiiinya. geliiii nak cuci. nasib ada macgyver yang sanggup betulkan keadaan.  cuci kasi bersih. repair sampai ok. sinki kembali berfungsi walau pun kadar kelajuan air yang turun masih  pada tahap ala kadar. tp better dari tersumbat ye dak. mata dah mengantuk badan dah letih nak tak nak jadi cleaner la pulak mengemop dapur kasi bersih bersinar wangi dan segar. lepas tu baru sambung kerja-kerja menyimpan barang. sampai la 12++ baru la mandi balik sebab bau dah macam dollah hapak kot cam cerita sengal kat astro tu. sambung pulak tgk academy award sampai tak sedar terlena atas sofa.

akibatnya pagi tadi racing tak ingat dan punhcard pukul 830. nasib !

moral : lain kali shopping je kat tempat biasa. jangan pegi malam hari kerja. hari ada cerita best pulak tu. padan muka

gambo shopping semalam x boleh transfer entah ke ape hei

 

No comments: