Thursday, March 3, 2011

hidup mesti diteruskan

kelmarin ke rumah makcik mengambil resit dan duit untuk ambil gigi yang baru dibuat. langkah kanan bila pegi makcik tengah hidang makanan tengahari (memang saja-saja buat langkah kanan hehe). rupanya ada seorang tetamu yang dah lama tak menjenguk muka ke sana...

alkisahnya tetamu menjemput kenduri pada hujung minggu ni. bertemu jodoh dengan wanita dari kampar. anak ustaz katanya. tidak mengenali pasangan dan hanya sekali pernah berjumpa. itu pun pada hari pertunangan mereka di mana tetamu sendiri tak tahu pun dia dibawa ke majlis pertunangan sendiri !!! semua family aturkan a-z. tambah tetamu ini lagi dia tidak langsung mengambil tahu perihal perkahwinannya. langsung. sehingga kad kawen perihal kenduri dan segala-galanya dia tidak tahu apa-apa. tetapi majlisnya tetap akan berlangsung sabtu ini. saya pelik la... apakah dia setuju atau tidak dengan perkahwinan yang bakal berlangsung ini sebenarnya ? ingatkan cerita macam ni dalam drama-drama melayu dan novel-novel cinta saja yang berlaku. tak sangka saya akan melihat keadaan sebegini akan berlaku di depan mata.

saya tak tahu la... tapi pada pandangan saya ,tetamu tak perlu rasa serba salah pun nak bagitahu sekiranya mereka memang bertemu jodoh suka sama... memang bercinta... boleh saja mengaku sebegitu... saya rasa family kami pun memang tak ada hak menghalang malahan tumpang gembira...

apapun saya mendoakan pasangan ini menemui kebahagiaan. mereka ada pilihan dan mereka pilih untuk bersama walaupun saling tidak pernah mengenali antara satu sama lain. semoga Allah merahmati hubungan ini hendaknya. ameeen...

pejam celik pejam celik sudah 2 tahun 8 bulan sepupu saya meninggalkan kami. 2 tahun 8 bulan jugalah suaminya hidup sendirian. kini sudah tiba masa mencari pengganti... merancang dan membina hidup semula. bersama isteri baru. perkahwinan dahulu hanya bertahan selama 6 bulan secara PJJ, kemudian sepupu saya dijemput Tuhan hanya kerana sakit gastrik secara tiba-tiba. kami redha dengan pemergiannya... Allah lebih menyayangi... saya masih teringat betapa hibanya suami allahyarhamah menangisi pemergian saat-saat ikatan di kepala dibuka untuk wajahnya ditatap kali terakhir oleh keluarga setelah tiba daripada hospital ipoh sebelum di bawak ke kubur... saya masih terbayang hingga kini peristiwa itu...

sekejap rasanya waktu berputar...


No comments: