dah masuk minggu ketiga demam batuk selesema sakit kepala. sejak sehari sebelum raya dah rasa. pergi klinik, farmasi makan macam-macam jenis ubat pun tak jalan. sekarang ni ubat wajib memang dah 18 biji sehari telan. plus sakit pakej ni pulak dah bertambah-tambah lagi la bijian kan maknanya !
berianya batuk dan bersin. masyaallah sampai berpinar-pinar mata menahan sakit kepala. ledir kahak hingus yang sangat banyak. one day tu punya la takut sebab sampai keluar darah hidup dari hidung dan mulut bercampur lendir-lendir semua tu. takut sangat. 3 botol ubat batuk plus sebotol scott's emulsion dah dihabiskan sepanjang tempoh tu tapi x jalan pun. harapnya makan ubat batuk then tido, tido dan tido. macam apa je kan perangai. kalau orang tengok bagi menyampah je perangai konon sampai tak larat kemain. tapi ye lah dah tak larat, sakit, badan sendiri menanggung maka badan sendiri la tahu macam mana rasanya kan. ada orang badan tahan ada orang badan tak tahan. daya ketahanan manusia kan berbeza. syukur la masih digagahkan Allah untuk buat sikit-sikit kerja rumah yang mampu setakat menyapu mengemop memasak membasuh kain baju pinggan mangkuk. cuma lipat kain je malas ! bukan sikit-sikit punya malas. haiiih. mau kalau orang nak upah candle light dinner kat menara KL pun ai tak heran sebab ai mmg malas lipat kain :-). prinsip ai senang, larat buat tak larat tak payah gatal nak buat. esok bila-bila larat buat la kan. tak kan lah nak paksa diri ye dak. zoliiiimmmmm namanya tu :-)
hmm... Ya Allah cepat-cepatkanlah pulihkan kesihatan supaya menjadi lebih baik. lebih sihat. lebih rajin :-)
1 comment:
aii la pn umi.. kita serupa... malas lipat kain! aku ni lg la 4org pye baju.. so blh la bygkan betapa bergunung ganang nyer bilik sebelah.. huhu....
Post a Comment