Friday, July 22, 2011

kisah birthday muuunge dan redwok

happy birthday to me happy birthday to me (sambil meliuk-liuk tangak bak usop wilca dalam HKLBR sambil membuka kotak kek blueberry kesukaannya). alhamdulillah sudah mencecah usia lapan belas tahun nampaknya pada tanggal 18 Julai kelmarin. semakin muda semakin kurus dan semakin bergaya. muntah sekejap. hehe
sehari sebelum dah sambut dulu dengan famili. macam biasa lah watak-watak sama setiap tahun esp dua ketul anak buah buahan itu. muka hepi paginya dah selamat mengepau maksu di al ikhsan. abg je sentap dengan ibu. poyo. terima kasih kekanda berdua yang belanja kek dan aiskrim oreo & nasik minyak spesel. 
apa wish tahun ni?
 
apa lagi yang layak saya minta sempena hari lahir ini melainkan memanjat rasa syukur pada Allah kerana masih memberi peluang pada saya untuk meneruskan kehidupan memperbaiki diri menjadi hambanya yang sentiasa patuh dan taat pada suruhanNya... malu untuk meminta berlebih lebihan... kerana apalah sangat yang saya beri sebagai hamba... sesungguhnya terlalu banyak dosa dan kekhilafan saya sepanjang hidup 28 tahun di muka bumi Allah ini... mudah-mudahan Allah memberi keampunan pada semua kesalahan dan kesilapan yang nyata dan tidak nyata... yang sedar dan di luar sedar saya selama ini... dan terus menjadikan saya insan yang sabar dan kuat dalam menghadapi segala ujian dan cabaran kehidupan yang kadangkala saya sedikit tertewas jua...

sangat suka suka dan sukaaaaa
alhamdulillah terlalu banyak messages daripada famili dan rakan-rakan yang mengucapkan selamat hari lahir. bahagia gitu. terima kasih semua di atas ingatan. sayang semuanya ! :-) 

pagi-pagi menerima kejutan apabila bukak pintu kereta ada hadiah dan kad comel atas seat. hati berbunga riang. terima kasih ye pada pemberi :-). taaaapiiiiii sampai  ofis lagi terkezuttt nengok ada mungeee atas meja. haiiihhh daripada peminat misteri mana pulak ni (poyo ya hamatttt kan hehe). dan pengirimnya adalah orang yang sama dengan hadiah tadi. ohhh terharunya. i lebiu sooooooo much somi. pandai ye u dengan fafau kenakan ai. dan tak lupa juga keterharuan ditambah dengan kad comel dan hadiah daripada fafau pengomplot yang memberikan aisadowww dan miniature perfume yang wangi sekali. mekasih bebanyak.

no words... i'm speechless hehe. Allah knows everything... and u know as well...
hepinya hari ni pergi berhantar balik berjemput tidak seperti kebiasaan hari-hari. dan bertambah hepi dibelanja dinner@redwok bangi. kami makan sizzling steamboat. dua jam lebih makan baru angkat kaki balik. itu pun tak larat berjalan dah sebab terlampau kenyang sebab makan banyaaaakkk sangat dan bayar muraaah sangat. details sila view page ni redwok. so far sooo good. sedap je la tekak ai ni kan. seafood sangat fresh. ayam daging yang diperap pun ok. dessert pon sedap. oh ya restoren ni ada untuk ala carte juga. next time nak try la. macam best je kan.

operasi membesarkan saiz baju dan seluar dengan jayanya
begitu la kisah di hari isnin lalu. rasa hepi sangat-sangat. tinggal lagi hadiah utama je belum claim lagi. hehe. bila ye bila... oh corelle... tak lena malam dibuatnya dag dig dug.

2 comments:

Syfqh said...

SEEDDAAAPPPPnyeee. nanti belanja kte makan kat redwok ehhh. haha

Umi said...

datang tokse nak blanje guanooo