Friday, April 29, 2011

tenanglah dikau di sana...

kenangan bersama
isnin lalu, pada tanggal 25 April 2011, sahabat baik kepada suami telah pun pulang menemui Penciptanya pada usia hampir menginjak 28 tahun. Innalillahiwainnailahiroji'un... daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita dikembalikan. Jenazah allahyarham selamat disemadikan di kampung halamannya di Baling, Kedah pada selasa, 26 April 2010. Saya dan suami tidak dapat bersama-sama menghantar 'kepulangan' allahyarham memandangkan keadaan tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun kami bersyukur sempat bertemu dengan allahyarham semasa telantar sakit di HUKM. Kali terakhir suami pergi melawatnya pada lewat petang sabtu apabila allahyarham telah dimasukkan ke ICU dan sejurus selepas itu telah tidak sedarkan diri lagi. Kami bercadang untuk melawat sekali lagi pada ahad itu, namun ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Akhirnya perancangan tidak menjadi. Tengahari isnin itu dimaklumkan allahyarham telah kritikal dan akhirnya selepas asar saya menerima sms bahawa allahyarham telah tiada. Terkejut dan seolah-olah tidak percaya dengan berita ini. Hanya dalam tempoh +/-sebulan dari masa kami jumpa di Felda Jengka menghadiri kenduri sahabat, kemudian beberapa hari selepas itu allahyarham sakit, dimasukkan ke hospital pusrawi, berpindah ke HUKM dan di sahkan lung cancer tahap 3, menjalani kimo buat pertama kali dan akhirnya... sungguh pantas semuanya berlaku. Saya yang tidak serapat mana ini pun sedih, apatah lagi insan-insan yang disayangi dan menyayangi allahyarham. Buat isteri, maisarah dan anakanda qaleesya umairah, salam takziah atas pemergian suami/ayah tercinta... berat mata memandang berat lagi bahu memikul... ya Allah, kuatkan sahabatku maisarah dengan dugaanMu ini... Ya Allah... apalah yang dimengertikan oleh anak kecil seusia 1 tahun ini... ya Allah, Kau rahmatilah keluarga ini, berikan mereka ketabahan menjalani ujian hebatMu ini ya Allah... ameen ya rabb

Serasanya baharu sahaja lagi saya mengenali allahyarham. saat suami bersahabat baik denganya di UTM Skudai dahulu. pernah beberapa kali menghubungi allahyarham apabila tidak dapat menghubungi suami. masih ingat pada hari konvokesyen mereka, allahyarham memperkenalkan keluarganya kepada kami, sama-sama kami bergambar di tasik UTM dan keesokkan harinya sama-sama makan tengahari sebelum menaiki bas pulang ke Kuala Lumpur bersama seorang lagi sahabat mereka, asrul. masih saya simpan lagi video saat kami berborak melepak menunggu bas KKKL tiba... dan masih sempat mengambil beberapa gambar di tepi jalan kebosanan menuggu bas yang tiba sangat lambat dari jadual yang ditetapkan... oh kenangan sungguh !

Apabila semua sudah bekerja di KL, kerap juga berjumpa apabila menghadiri majlis-majlis perkahwinan rakan-rakan suami. Tidak dapat saya lupakan apabila kenduri allahyarham di Baling, jauhnya perjalanan kami dari Putrajaya, singgah tidur 3 jam di Taiping dan meneruskan perjalanan ke Baling untuk meraikan hari bahagia allahyarham dan maisarah. Paling seronok sebab dapat makan berhidang seperti dulu-dulu, padahal sebelum itu saya dok mengomel pada suami lamanya x pernah makan berhidang. harap-harap adalah kali ini kan. Ternyata memang rezeki :-).

Pertama dan akhirnya kami menyambut hari lahir ke 26 bersama pada tahun 2009. Pada masa itu saya dan suami mengadakan majlis housewarming untuk rakan-rakan rapat. Kami berdua menerima surprise birthday celebration daripada rakan masing-masing, UTMP & Old Lakers. Dua biji kek chocolate indulgence dan satu black forest. Allahyarham masa itu mengulang bihun sup tulang yang saya masak sehingga mencedok sendiri dalam periuk di dapur. sedap katanya :-p ! 

Saya dapat melihat kesedihan pada wajah suami menerima kenyataan dan menangisi pemergian sahabat baiknya itu... hanya doa dan yassin yang mengiringi... semoga damailah di sana... dan ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman hendaknya. ameen...

sarah,

kamu adalah insan terpilih, kuat dan hebat... Allah mengetahui segalanya... dan Dia pasti telah merancangkan yang terbaik buatmu sahabat... saya tidak sampai hati untuk komen apa-apa di FB kamu kerna saya tidak mahu kamu tersentuh... yang pasti, saya akan mendoakan kesejahteraan kamu dan qaleesya umairah... insyaAllah...

selamat jalan sahabat, khairul izwan mohd hazam... tenanglah engkau di sana...
di belakang kami, allahyarham bersama isteri

2 comments:

Siti Noor said...

tersentuhnya hati ni bila baca apa yang diluahkan...hanya yang pernah merasai sesuatu kehilangan bisa memahami perasaan sebenarnya...buat sarah...cekalkan hatimu...moga Allah permudahkan segala urusanmu...

umi said...

kita doakan yang terbaik buat semua