alhamdulillah dua tiga menjak ni ligat kawan-kawan menamatkan zaman bujangan mereka. lepas satu ke satu kenduri saya atur. ada yang sempat ada yang tak sempat. yang tak sempat tu jangan merajuk na hehe. apapaun doakan semua selamat pengantin baru ini bahagia hingga ke syurga :-)
siti hanizah & hasrul
nun di hujung malaysia sana saya meredah. sesat bagai mencari rumah pengantin. mujur ada peneman si siti noor yang kebetulan cuti sekolah. asben pulak ada kerja. baliknya jam dan hujan lebat gila di highway. pukul 7 sampai rumah ! nasib sempat tapau laksa kak su kuala perlis. hilang penat sket hehe. sedapnya walllaweehh
zubaidah & nizam
okay. ni pengalaman 2 jam perjalanan dari putrajaya ke masjid wilayah. gila macam nak pegi ipoh je gayanya. jam tahap dewa nak ke sana. saya dengan esah dah tahap kebulur. kami nampak makanan terus terkam tak pandang kiri kanan dah. pengantin pon buat-buat tak nampak. haha. nak nak nasik minyak sedap gila-gila. tak penah rasa nasik minyak sesedap tu. terbayang-bayang sampai hari ni
aishah & hazimin
esah roomate masa di uia dulu melansungkan perkahwinan dengan 'teman tapi mesra' yang dikenali masa practical di bank rakyat dulu. sampai sudah tak mengaku bercinta last-last kawen jugak. haha. sebelum esah kawen kami ada buat bachelor party dengan special live performance lagu selamat pengantin baru di alamanda. gila sengal. yang best masa wedding esah ni ramai kawan-kawan datang esp gang mentarang. bila nak balik berjurai-jurai air mata sorang sorang. ye la bukan senang nak jumpa. gang kami ni bersepah merata negeri. kalau semua kat sini selalu la berjimba-jimba
siti noor & jabbar
kali ni ke sik, kedah pulak. sedih tak dapat pi sehari awal atas sebab-sebab tertentu. so hari kenduri la baru tunjuk muka kat sana. lama gila mengidam nak makan gulai batang pisang (kat kedah ja ada ni.. eh ye ke). jumpa ramai kawan-kawan sapura. siti pon bertemu jodoh dengan ofismate semasa di sapura dulu. sekarang dua-dua pun dah ikut jejak langkah saya meninggalkan sapura hehe. fuh kali ni highway ke utara ok TAPI nak ke selatan oh makkkaiiii sanggup ke idak nak redah tak tau la. finally kami balik ikut jalan biasa saja. sama jugak perjalanan lalu highway. 3 jam dari taiping.
khairi & azizah
masa wedding deme berdua ni saya betul-betul tak boleh nak pergi. masa tu parents ada di sini. abah pulak admitted. kenduri di taiping. apakan daya. saya mendoakan dari kejauhan
fawwaz & rifhan
ini kenduri yang latest la. si pengantin lelaki kawan semasa sama-sama di sapura dulu dan kebetulan schoolmate hasben masa di STAR. so kami ke wisma PKPS shah alam meraikan pengantin. meriah sungguh kenduri ko pao !
No comments:
Post a Comment