Fine, berpuluh kali berazam tak nak lagi asik sampai ke opis pada waktu-waktu kecemasan. Tiap-tiap hari punch card 8.25 8.26 8.27 8.28 8.29.8.30 dan hari ni 8.31 hoooyeaaah ! cemerlang dan memang terbaik. Muka dah kelat-kelat mengkudu mintak signature bos kekonon lambat bersebab muahaha. Ape la sebabnye kan melainkan memang pemalas ya rabbi nak bangun pagi bila tido balik lepas subuh ! ya ampun perangai apa la ni kan. Hmm… saya menginsafi diri kerana seolah-olah tidak ikhlas dalam ibadah kerja sob… sob…
Sudah 2 hari kaki ini berbungkus bagaikan buah cempedak. Dek kerana bersemangat sangat nak exercise inilah padah diterima bila tak stretching sepatah apa sebelum melompat-lompat bersama raket dan shuttlecock. Hari pertama urut hari kedua urut lagi tapi sakit tumit yang membengkak tak surut-surut. Asben yang mula-mula memberi semangat sepenuh jiwa raga kepada isterinya ini bersukan telah membuat press statement yang menyentap dada hehe… u kalo main je sakit sini sakit sana (apa saja games la kan netball ke volleyball ke futsal ke hatta jogging dan excercise kat gym pon!) asik sakit merata muahaha. Ape la… nanti balik umah mesti ai kena urut. Ai jadi mangsa tau :-p
Ala… bukan apa. Hobi sejak muda mudi memang suka diurut-urut. Orang kalo kaki ke tangan ke ape saja la terseliuh menjerit kalau nak diurut. Tapi boleh tak cakap saya suka diurut ! hihihi ha itu kalo sakit, apatah lagi tak sakit. Sebulan skali mesti mau body massages sama itu regular makcik tukang urut. Wallawehh I like !!! hermm apa melalut tak ada kena mengena dengan tajuk ni
Tadi ada lagi yang menyentap jantung usus sendi anak tekak dan sebagainya ! menyampahnya dengan orang BUSUK HATI DAN PENDENGKI
Saya ditindas kali ketiga dengan orang yang sama. Saya sedih. Saya menangis.
Saya benci dia benci benci !!! (teringat lagu ramlah ram)
Apakah kau wahai perempuan yang hidup senang lenang di atas dunia yang sejak azali duduk di atas kerusi empuk mengerti dan tahu apa itu HIDUP SUSAH !
Kau tak pernah faham apa perasaan yang orang menempuhi kesusahan kepayahan kesukaran ini rasa. engaku bahagia agaknya menyekat rezeki orang dan membuat orang menderita ( ohhh mana lah kau tahu kana pa itu derita. Kau kan orang kaya muahaha)
Ada yang menasihati saya… ikhlaskan hati dengan apa terjadi… rezeki bukan di tangan perempuan itu tetapi ALLAH jua yang member…
Dan
Saya sedang memujuk hati ini… bersenyumlah diri ! bagaimana mau ikhlaskan hati… Ya ALLAH semoga saya terus kuat menempuh setiap CABARAN yang datang ini untuk kesekian kalinya
SYUKUR saya ada DIA…
No comments:
Post a Comment