Wednesday, May 21, 2008

Emo Sekejap

Guru dapat aib

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini.

Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini.

Dia hanya dibebaskan selepas mendapatkan kerjasama seorang individu berpengaruh yang dikenalinya kira-kira jam 9 pagi.

Kejadian bermula apabila guru lelaki lingkungan 30-an terbabit memberikan kata dua kepada murid tahun dua itu seluarnya akan dilondehkan kerana melanggar disiplin sekolah secara berulang.

Murid itu, anak sebuah keluarga yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat, diberi amaran itu kira-kira jam 3 petang.
Bagaimanapun, murid terbabit yang dikatakan sering menimbulkan masalah di kalangan rakan memaklumkan kepada bapanya yang turut mempunyai hubungan dengan pihak tertentu.

Sumber memberitahu Harian Metro, bapa murid terbabit tersinggung dengan kata-kata kasar guru itu terhadap anaknya.

Malah, katanya, bapa murid terbabit mendapat kerjasama daripada seorang saudaranya yang juga anggota polis yang dipercayai bertindak terhadap guru terbabit.

"Saya terkejut apabila guru terbabit dibawa menaiki kenderaan polis selepas ditahan di kelas kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Saya percaya penahanan guru itu ada kaitan dengan tindakannya memberi amaran akan melondehkan seluar seorang murid di sekolah itu.

"Memang kejadian itu sungguh memalukan guru berkenaan, terutama ketika ditahan di depan murid dan guru lain," katanya.

Menurutnya, walaupun pengurusan sekolah itu cuba merayu kepada anggota polis supaya dihentikan penahanan itu, tetapi tidak berjaya.

Guru terbabit yang tidak sempurna anggota kakinya akibat kemalangan jalan raya dikatakan terkejut sebelum dibawa ke balai polis bagi diambil keterangan.

" Saya terbaca article ni tengahari td. tersentak sangat. Kenapa sampai begini seorang guru diperlakukan. Entah la. Saya tidak mahu bias dalam member komen. Masing2 ada pandangan tersendiri. Bukan soal sapa salah. Tetapi secara peribadi saya rasa geram dan sangat marah dengan tindakan ‘orang berpengaruh dan ternama yg bodoh itu’ dalam membuat keputusan dan tindakan. Perkara sewajarnya diselesaikan dengan cara baik tetapi kerana ‘kepandaian yang teramat sangat’ maka sanggup menyalahgunakan kuasa untuk mengaibkan orang lain ! Awak rasa dalam dunia ni awak berkuasa... bersahabat dengan segala org berpengaruh tp awak lupa ada yang lebih Berkuasa dari awak !!!"

2 comments:

Anonymous said...

betul betul.. setuju betul dgn kak umi.

orang sekarang dah anggap guru tu sebagai penjaga je n dah takde rasa hormat..

taktau nak cakap ape sebenarnya ;P

umi said...

ko patut lebeh berjiwa keguruan la dik ! hehe