Rasanya belum terlewat lagi nak mengabadikan gambar perkahwinan sahabat saya semasa di tasik dahulu. Maklum lah... seminggu bercuti maka segala proses update men’update’ blog pun tebengkalai. Nak jadi ceritanya pada tanggal 15 Mac 2007 pasangan Shahrul Azuan dan isterinya Diana selamat mengadakan majlis menyambut menantu di pihak lelaki yg bertempat di Kg Larut Tin, Taiping. Sahabat saya yg seorang ni bertemu jodoh dgn org senegeri dgn Mawi sebenarnya telahpun selamat mendirikan rumahtangga 4 bulan yg lepas. Dan bakal menjadi ibu dan ayah pun xlama lagi. Huhu. OGOS !!! best kan?
Yang menariknya kami sesat ke rumah pengantin !!! huh macam la jauh sangat kan. Padahal dalam taiping jugak. Seorang pun x bawa kad kahwin. Terkial2 tanya org yg lalu lalang di kampong tu. Nurul adzha dan membebel2 pada saya sbb lambat sangat sampai ! ( huhu memang pun. Org dah reda baru kami sampai. Huhu). Khalil pulak dah tensen sbb arif dah naik hangin ! ( arif... hmm tau dah !!! haha) Dengan 3 buah kereta saya, shafared, ct, riza, khalil, arif dan kak Anne menyerbu rumah pengantin. Sesampai di sana ada la jumpa kawan2 lama yg dah pun tiba lebih awal. Sempat la bersua muka setelah lama gila x jumpa !!! shikin, mai su, ein. siap bawak pasangan lagi u. ( dah kawen rupanya kawan aku !) tiba2 rasa macam tua dah. Hehe. Dan seperti yg dijangka en nurul adzha menyambung aktiviti mengutuk kami datang lambat ! huh. Xlupa jugak kepada otai2 SUMUS STELLA yg datang ! cikgu yuzaini an cikgu airon berserta isteri memeriahkan lagi mejlis. Ustaz abu ketensionan kerana dia kata x dapat jemputan ! huh. Kesnya cikgu airon yg salah !!! dia lupa. Haha. Jadi nasib la saya call dia dan cikgu yu. Masing2 tercengang sebabnnya sorang terlupa dan sorang x dapat jemputan. So??????????????? Huhu. Saya paksa diorang datang jugak ! huhu.
Hmm seronoknya tengok org bersanding ikut adat istiadat persandingan tentera di pelaminan. Dengan segala pedang pisau kapak dan cangkul ( hihi). Siap iringan kompang pakcik2 brutal lagi. Memang best abis. Dan sempat lagi berkenalan dengan pakcik2 tu. ( booking siap2... hehe). Saya nanti mcmana? ( laptop kiri kanan atas bawah depan blakang. Haha ok x?). usai tanggungjawab mengenyangkan perut kami pun adakan majlis beramah mesra dgn kawan2 lain serta cikgu2. Kemudian sesi bergambar dengan pengantin. Dan disudahi dengan majlis “cinta semangkok cendol” di mana sumer melepaskan kerinduan menelan cendol sementara menunggu hujan reda... huhu. Lama jugak la melepak di rumah kenduri kemudia barulah masing2 membawa haluan. Huhu
P/s: Kepada sahabat saya dan pasangan... SELAMAT PENGATIN BARU ! semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat. Dan didoakan semoga sentiasa dirahmati Dia... tahniah kerana bakal menjadi ayah dan ibu baru pada ogos ni. hmm rul, ko letak nama sumus stella pun sedap tau. Hihi. Seminggu bercuti memang rasa sekejap sangat. Xpuas lagi nak bermanja2 dah terpaksa balik ke sini. Hmm rindu pada makanan yg sedap setiap hari ! ( sebelum cuti dah prepared menu ! hehe). Rindu pada afiq !!! rindu pada kakak acik dan eman. Seronok buli diorg seminggu ( berebut channel tv + sumo la lagi !) mak dan abah x larat menjerit marah saya sepanjang di rumah. Mana x nya ! xberenti mengusik budak2 tu... riuh rendah jadinya. Hehe. Hmm masa ni la rasa seronoknya zaman belaja. Ada cuti sem. Buley lepak2 tido makan tgk tv berbulan2. Skang ni nak cuti pun sikit punya susah ! huh. Ada cuti pun x dapat amek. Abis camno? Hmm nasib badan. Tiap2 pagi rutin kena jaga afiq... pastu tolong my mum masak ( basic2 je la ye. Hehe) tgk tv... baca novel... seminggu ! ah heaven !!! setahun xde cuti lama. Ni la baru merasa cuti betul2. Memang rehat betol2. Dan esok akan mula kerja. Tp di tempat baru. Mines... aku kembali !!! xsabar nak pg gym setiap hari ! maklumla... ehem ehem p/s222: sori sebulan dalam waiting list. aku dah lama draft. xsempat nak upload je. hehe
Ni gegambonye... hihi
20 Mac 2008
9.47am
No comments:
Post a Comment