Gembira, sedih sebak dan macam2 perasaan melepaskan sahabat baik melangkah ke alam perkahwinan baru2 ini. Rasanya baru semalam kami berdua telompat2 atas padang tjerit2 main netball. Baru semalan kedua2 kami menyanyi dan menari sakan dalam karaoke box lagu dangdut mas idayu. Baru semalam buat gila drive malam2 lepak tepi gurney drive merenung ombak malam sambil makan chocolate indulgence. Bersembang sampai ke subuh sampai xtahu mengantuk. Ntah ape2 je cerita yg xhabis padahal selalu sangat jumpa. Saat lihat dia dengan sut pakaian nikah saya betul2 rasa sebak sangat dalam masa sangat gembira dengan majlis ini. Kawan baik saya sudah menjadi isteri orang. Maksudnya zaman yg kami lalui sama2 menempuh hari2 remaja telah berlalu pergi dengan perlahan lahan. Sedikit demi sedikit keaadaan akan berubah. Pastu segala2nya akan berubah. Pastinya kami berdua akan merindui saat itu. Apapun tahniah buat sahabat saya Noraziah Mohd Bashari dan Azmil Bakri Mohd Bakhtiar atas perkahwinan ini. Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya... amin.
8 Disember 2007
Bagi majlis ini saya sangat berkobar2 bagi bersama2 dengan pihak keluarga pengantin perempuan membuat persiapan terakhir menjelang majlis yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pada hari sabtu yang lalu, 8 Disember 2007. Alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar dan acara paling xlarat sekali adalah sesi ‘outdoor photography’. Huh gila penat dengan si izat cameraman yg mmg full of idea n energy tu. naik melecet kaki pengantin dgn pengapit melayan sesi ni. tp mmg best. Sempat saya belajar serba sedikit skill mengambil gambar dr abg cameraman kita ni. hehe. Boley tahan jugak gambar saya. Hehe. Last skali sesi bgambar dekat sungai di kaki bukit larut. Penyudahnya kami berlima makan laksa kat gerai tepi tu dengan baju2 pengantin yg xsempat tukar pun. Haha. Ni sumer gara2 pa’e dan izat yg malu sangat masa makan dekat dewan. Ambik ko last skali. Apapen best la ko jiah ngan azmil sporting gila dgn sut korg yg glamer gile tu makan dekat gerai. Kenangan beb ! cter kat anak cucu nanti. Hehe. Sebelah malamnya pulak sesi potong kek dan persalinan pengantin. Meriah sungguh sampai mata saya dah xlarat bukak. Nasib la ada edi mak andam penglipur lara. Hilang jugak mengantuk. Dekat jam 1230 baru tiba rumah.
9 Disember 2007
Esoknya majlis di Seri Manjung. Pagi dalam pukul 10 kami bertolak ke sana. Sebelum tu saya sempat singgah di rumah seorang lagi teman masa belajar dahulu utk member hadiah perkahwinan disebabkan saya terpaksa ke manjung. Apapun selamat pengantin baaru buat Khairul dan pasangan. Semonga kalian berdua bahagia ke anak cucu. Amin. Maaf sangat kerana xdapat menghadiri majlis. Xsempat jumpa pun pengantinya. So tgk bilik tidur pengantin pun jadi la. amek berkat. Hehe. Berbalik kepada kisah perjalanan ke manjung td. Huh mmg mencabar sangat disebabkan driver racer yg xbertauliah bawak saya dan pasangan pengantin. Nak tercabut jantung ni. rasa terberhenti darah sekejap dengan aksi gila driver. Alhamdulillah kami tiba dengan selamat (walaupun saya masih rasa macam mati hidup semula) pada jam 1245 tghari. Setelah selesai majlis saya lepak sekejap di rumah pengantin lelaki kerana saya terus pulang ke putrajaya terus dari sana. Jam 430 saya bertolak balik ke rumah dan tiba lewat sedikit disebabkan cuaca hujan yg xhenti2. Overall 3 hari cuti saya memang best walaupun sedikit memenatkan. Seronok lihat kawan dah berkahwin. Saya? Huh x ada jawapan. Hehe... tgu hero filem enchanted datang selamatkan saya. Ada x rasa2nya???
2 comments:
saya rasa mcm kenal dgn pengantin ni. mereka mcm cikgu di sekolah saya dulu.
teknik kerian kn?
betul x?
aah. ye le. cikgu le tu kat skolah kerian.:-)
Post a Comment