Pejam celik pejam celik setahun dah berlalu… rasa sekejap sangat masa ni bergerak dan sekarang dah masuk Ramadan kembali. Syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa pada bulan yg penuh keberkatan ini. Masa ni la kita sebagai hambaNya perlu mengambil peluang mempertingkatkan lagi ibadah kerana pada bulan ini segala pahala amal ibadat kita akan diperlipatgandakan. Insyaallah… Masa-masa ni la selalunya saya akan ingat balik zaman kanak-kanak dulu. Andai buleh dikembalikan masa lampau teringin rasanya nak menikmati segala apa yg dah dilalui dulu. Ingat lagi pertama kali puasa masa dulu. Pagi2 kul 4 tu mak dah kejut sahur. masyaAllah awalnya! Nak makan pun xlalu. Mata xboley nak bukak. Abah paksa jugak makan sikit. Macam2 alasan bagi. Sepanjang kat sekolah tu steady je tp bila dah balikrumah je terus melepek lembik tepi peti ais. Dgn harapan mak dgn arwah opah akan kesian dan bagi buka puasa. Hmm tp jangan mimpi la. Xdenye nak dapat peluang. Tapi honestly mmg penah curi minum air paip dulu dalam bilik air. Ingat lagi. Masa tu darjah 1. Dah kul 4 ptg tu mmg xtahan sgt2. Buat2 la nak mandi. Apa lagi masuk je bilik air terus telan air paip. Dah siap mandi sumer keluar buat2 muka letih balik. Konon2 macam pose la… hahaha. Nakal betul zaman dulu. Satu lagi yg masih ingat sangat sampai skang masa tu mak buat agar2 sirap. Ya Allah masa tu rasa terliur sangat… mmg xtahan. Mau xya. Balik2 skolah je nampak mak dah redi masukkan agar2 dalam peti ais. Sepanjang tunggu waktu berbuka tu x tau la berapa kali saya buka pintu peti ais tu. Berapa kali mak warning. Takut jugak. Finally masa mak pg solat saya buka peti ais amik satu bekas. Arrrrh sedapnya agar2 sirap tu… sluuuurp! Haha. Teruk betul. Malang skali masa tu sebab mak kira berapa bekas yg dia buat (actually bekas tu kecik2) maka terkantoi la alkisahnya. Bila time buka pose je abah xbagi duduk skali dgn org pose. Sob..sob..sob sedihnya kena marah pastu xley join makan skali... (macamana rasia bocor… huarrgh!!!) pastu kan bila agak2 kul 6 tu saya sebok la tanya mak dgn arwah opah nak hantar makanan kat umah sapa. Mmg sungguh bersemangat skali sbb selalunya balasan makanan masa bulan pose sedap2 dari jiran. Yg dekat jalan kaki je yg jauh sket tu menyenget ribut je saya kayuh basikal buruk kakak (xpenah ada basikal sendiri L). Besar basikal dari orang. Hehe. Tu la tugas saya setiap kali Ramadan. Antar juadah berbuka kat umah jiran. Biasa la orang kampong macam saya ni. Budaya tu memang masih kuat lagi. Masa tu la. Sekarang bila dah besar macam jarang sangat buat macam tu. Ye la tinggal mak abah je di kampong… mana ada posmen karat ni dah lagi nak buat delivery service. hmm… lagi satu perkara yg sampai sekarang sinonim dgn saya setiap kali bulan puasa. Kuih lopis, nasi ulam dgn cincau. Xtau la… sampai sekarang tu la benda wajib yg saya akan ingat dan perlu ada untuk bukak pusa. Yg susah sgt nak dapat nasi ulam. Arwah opah pandai sangat buat. Sedapnya ya ampun !!! xterkata. Skang yg pandai buat mak dgn pakcik. Hmm kira terubat jugak la rindu pada nasi ulamarwah opah… jadila kan…Itu la kisahnya zaman kanak2 ribena dulu. Penuh dengan kenangan. Bila teringat2 balik rasa hepi kadang2 rasa sayu sgt. Rasa cepat masa berlalu… sekarang dah dewasa. Jauh tinggalkan zaman tu… dah xsama lagi. dah de macam dulu. apa yang ada dulu banyak yang dah xada sekarang. huarrrh rindunya... nak balik zaman main bunga api... beratur amek moreh kat surau... main aci menyorok malam2... pegi terawih mlm2 naik beskal...
5 comments:
Sedapnya nasi ulam...huhu...
-riza-
nak balik kg huaaarghhh xsabarnya !!!
pengalaman menjadikan kita lebih matang..ehehe
ate benor kate kamu. experience is the best teacher ! huhu
umi bila kamu last contract..camna ade harapan utk renew ke? saya rasa saya nak blah je kalu dpt offer bagus sbb dah rasa mcm terancam duk kat sini,rasa mcm x selamat dan xde harapan utk kekal lama kat sini...ish ish ish
Post a Comment