Sunday, May 19, 2013

Entri Pertama Dua Ribu Tiga Belas

sibuk. amat sibuk. tak ketentuan hidup tambah pulak memang malas ya amat. kalau makan pun malas alamat tergolek jatuh atas jalan la jawabnya sebab dah kebuluran hehe. tu je nak merepek. daaaaaaaa


tak cukup korum. kak engku. ingatkan dapatlah sekali melangkah kaki berkursus sama. namun apakan daya terpisah semuanya. selatan utara timur. nasib la barat tak ada. jumpa lagi enam bulan semuanya. selamat berjuang. harap balik memasing kurus. muahaha.

Thursday, August 30, 2012

Program Bumi Hijau Imtiaz Melaka

syukur ke hadrat illahi atas ruang dan peluang melakukan sesuatu yang asalnya tak yakin pon boleh dilaksanakan. masa mula-mula dapat tahu kena buat projek csr (mcm-mcm requirement nak keje zaman sekarang ni) termenung panjang apa nak buat. ohoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ! fikir punya fikir punya fikir ada la datang 3 4 idea. setelah ditimbang tara, akhirnya keputusan dicapai nak buat satu program di sekolah Imtiaz Melaka memandangkan memang dah niat nak buat something untuk bantu sekolah ni. 

kenapa pilih Imtiaz Melaka ?  

soalan yang seringkali ditanya termasuklah masa pembentangan pada penilai dulu hehe. suka hati la kan nak pilih sekolah mana ke tadika mana ke kampung mana ke sebab ni projek individual hehe. inisiatif sendiri cumanya boleh guna nama jabatan masing-masing. kami semua SYMP boleh la minta tolong jabatan bantu untuk menjayakan program csr masing-masing tepi terpulang la jabatan nak bantu ke tak. kawan-kawan di agensi daerah memang best la sangat-sangat sebabnya kebanyakan diorang ni jabatan ada bagi peruntukan buat projek di daerah masing-masing sebab banyak projek-projek daerah ala-ala csr gitu. masyuklah nak jalankan program. bagi kami di central agencies ni sob sob sob... jabatan nak bagi pinjam bas ngan lori pun dah syukur :-). tapi alhamdulillah bos-bos dan rakan sekerja sangat supportiveeeeeeeeeeeeeeeeee ! thanks uols !

Program Bumi Hijau Imtiaz Melaka... akhirnya nama program diberi. dengan keizinan pihak sekolah, bantuan jabatan lain juga akhirnya terlaksana program memperindahkankan bumi Imtiaz Melaka dengan pokok-pokok dan landcaping ringkas hasil dana yang dikutip melalui penjualan pokok-pokok secara amal ditambah lagi dengan sumbangan-sumbangan lain oleh orang ramai. sapa orang ramai tu? memang x sangka atas kemurahan hati warga ofis, kawan-kawan kak nyah, kak aan, kawan-kawan sendiri, kawan-kawan somi, saudara-mara, jiran tetangga termasuklah ibu bapa pelajar Imtiaz Melaka sendiri. ada yang beli pokok, ada yang sumbang pokok, ada yang sumbang meja kerusi, ada yang sponsor makan, tenaga, lori, ada yang sponsor itu ini... hanya Allah jua bisa membalas segala pengorbanan kalian semua buat anak-anak bertuah Imtiaz ini :-)

walaupun ada sorang dua orang yang kondem projek ni dengan menyatakan tanam pokok biasa xde hasil haha. siap suruh tanam pokok balak dengan gaharu baru la boleh buat duit... then bila kita tanya  nak sumbang apa akhirnya geleng kepala memang lawak daripada maharajalawak mega. cakap tanpa usaha memang x datang apa-apa. biarlah orang yang sentiasa negatif berada dalam dunia mereka. ada akak kesah :-). setakat sorang dua orang kondem tak jadi kudis kan. satu x mau seratos lagi mau hehe. 

ok ini adalah gambar-gambar program bermula dengan poster & banner designed by mr anwar ! sesapa memerlukan pakar-pakar untuk kerja freelance sila hubungi dan bayaran boleh dirunding :-)


ini pulak sehari sebelum program. angkut barang daripada nurseri ke Imtiaz. pukul 3 dari ofis ke sg buloh. pukul 5 bertolak ke Imtiaz. dekat jam 9 baru sampai. jem teruk petang jumaat tu ntah kenapa dekat area kota damansara, subang sampai la masuk elite. susah hati betol mastu tu sebab dah janji dengan pihak sekolah sampai petang. memang tak selari betul dengan tema janji ditepati hehe

cc jafri dan en nizar bertungkus lumus angkat barang

penat la tu ! x pe xpe nanti saya tolong pau pokok satu daripada tokei nurseri utk rumah baru en nizar :-)

ini lori ane dari klang. ada org sponsor lori ni untuk angklut rumput

orang kuat ! paksu oh paksu
dihari kejadian pulak sesudah subuh bergerak kumpul depan opis bagi yang naik bas. ada jugak yang naik kereta. my sister tunggu di rnr seremban untuk edarkan breakfast pada ahli rombongan. semangat sungguh pepagi masak nasi goreng & spagetti bolognaise. yummyyy ! tepi seperti semalam janji tak ditepati lagi. sepatutnya program start 830 tapi kami terlewat. ada sorang makluk paling seksi ni bersiap ampunnnnnnnnnn berejam tunggu. mekap sana sini padahal nak pergi berkebun. sabau je la ko didiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ! terpaksa call pihak sekolah dengan tebal mukanya bagitau lewat 1/2 jam dan mintak deme mulakan dulu program senamrobik tu. bukan apa, memandangkan pegawai jabatan landskap dah sampai, my sister dah sampai, atm dah sampai, parents dah sampai, pelajar guru-guru elok la mulakan ja dari menunggu kami dari putrajaya ni :-)


anak-anak Imtiaz sesudah senamrobik ! kami menempel last last je

ustaz dol bagi taklimat

eh pecah tanah ke apa ni hehe. kanan sekali tu encik shaharuddin dari jabatan landskap. mekasih banyak2 penuhi undangan saya untuk bagi talk pasal kempen tanam pokok :-)

abang-abang tentera kem terendak menunjukkan skill

gabungan tiga suara fafau, ciyah dan didi ! akak konpius jap kome ni mai melaram ke mai berkebun :-)

pembahagian kerja. sentuh-sentuh dulu rumput. pandang-pandang, jeling-jeling amek feel

batu refleksologi. senang staff & student nak relax-relax sambil massage :-)

bahan-bahan

ok fine, ni begambo je ke mmg betol2 kome tanam?

ni la punca kelewatan. haha

tengah tu encik tarmizi, penyelaras program. dia la saya selalu deal.

sebahagian bahan-bahan

mekasih korang :-)

ok the one n only penyumbang pokok petai. seyes x paham sampai gaduh-gaduh nak jugak pokok tu. x kuasa nak layan tp dilayankan la jugak ! datang kemain bergaya tukar uniform dah rope ................ fau sila jawab !

pasukan mana ni?

proses gemburkan tanah untuk tanam rumput

selepas sesi tanam menanam, cangkul menyangkul dan sesi tolak kawan dengan kereta sorong (adengan paling byk sekali oleh pelajar hehe), disetkan satu slot kuiz alam sekitar. ada pelbagai hadiah yang memang kita nak bagi dengan pelajar-pelajar Imtiaz. wowwww sambutan amat menggalakkan. dari belakang makin lama makin rapat makin lama makin dekat dengan hos bersemangat nak jawab soalan ! siap boleh nego nak tukar hadiah sabauuuuu je lah. apapon kita layankan sementara stok hadiah masih ada hehe

seeeeee !

tak tipu kan ? :-)

ok masa ni konpius mana bandaraya yang penuh dengan landscaping. akak pon konpius dik sebab putrajaya belum bandaraya hehe

hepi la tu dipilih jawab soalan :-).
 then selesai tu kita ada acara penutup. suppose timbalan pengarah kanan yang rasmikan tapi last minit tak dapat datang atas sebab yang tidak dielakkan. makanya kpp menjadi penyelamat. mekasih puan :-). masa acara penutup ni semua pihak bagi speech sikit2 la. then tukar-tukar cenderamata. sesudahnya semua dijemput makan tengahari.

jabatan landskap kepada imtiaz

ustaz dol n my big sister. orang kuat program jua

wakil jabatan & kawan-kawan. hmm gambo famili xde pulak sempat snap

tadaaaa. sikit landskap di bahagian depan

alhamdulillah semuanya selesai dalam pukul dua ptg. baa'da zohor kami pun berangkat pulang ke putrajaya. singgah sekejap di pekan alor gajah untuk beli kuih udang istemewa. dalam bas berdengkur bantai tidor semuanya. letihhhhh amat tapi enjoy :-)

esoknya sambung pulak program csr ciyah di kidzania, the curve bawak anak-anak yatim then bersambung dengan program csr farah projek telekung di surau alamanda. 

NOTA 1:
  1. terima kasih ALLAH atas peluang ini
  2. terima kasih suami atas sokongan dan poster
  3. terima kasih mak abah kak nyah kak aan paksu dan seluruh keluarga yang membantu dan menyumbang tenaga, wang ringgit dan keperluan lain
  4. terima kasih kawan-kawan 
  5. terima kasih bos
  6. terima kasih warga ofis
  7. terima kasih jiran tetangga
  8. terima kasih kawan-kawan kepada kawan kawan :-) ( jenuh nak sebut semua nama hehe)
  9. terima kasih jabatan
  10. terima kasih semua penyumbang wang, tenaga dan lain-lain
NOTA 2: 

terima kepada seluruh warga Imtiaz Melaka kerana sudi menerima kehadiran kami bagi menjayakan Program Bumi Hijau. Kepada tuan pengetua Ustaz Wan Zakry, ustaz dol, encik tarmizi, encik zakuan dan semua tenaga pengajar lain atas kerjasama kalian. anda semua best ! :-)
maaf sangat-sangat x dapat nak pinda tarikh lain sebab dateline saya nak kena submit report pada 13 julai 2012. Semasa program berlangsung ustaz wan zakry ke Turki bagi misi ini. sebab tu la xde gambar pun dalam program ni :-)
 
NOTA 3: 

terima kasih Jabatan Landskap Negara esp encik shaharuddin, pada geng perkep, warga ATM yang membantu, parents pelajar imtiaz, pak cik ali yang letak nama aku dalam resit sebagai ustazah (sabauuuuuuuuuuuuuu je la hehe)

Wednesday, August 29, 2012

ramadan & lebaran 2012

syukur ya rabb diberi kesempatan lagi merasai nikmat ibadah berpuasa dan berhari raya pada tahun ini. alhamdulillah satu impian yang dipohon untuk ramadan dimakbulkan Allah swt. alhamdulillah.

awal ramadan berpuasa bersama adik ain, keluarga dan kawan-kawan yang menyayangi diriku ini. oh terharu masih ada yang sayang. ahaks :-p. somi telah menjalani ibadat umrah seawal minggu puasa. 1st day buka puasa bersama sibling & mak mak cik di rumah makngah. best sebab dapat makan kueh teow doli hehe. unsangkarable betolla la deme bukak stall dekat bazar ramadan kelana jaya. 2nd day sahur makan sorang sorang sebab ain domam huarghhh. syahdu sangat ! dan hari-hari seterusnya ditemani rakan-rakan. mekasih ciyah, fau & didi datang berbuka n sahur di rumah aku. terima kasih kerna menyayangi diriku ini hehe.

the best kueh teow in town originally fr taiping wif luv :-)
nak jadi cerita ramadan oh ramadan, si ain demam dari malam 1st day pose. ingatkan demam biasa-biasa. pegi klinik 2, 3 kali xde apa. yang ketiga tu check darah di pusat kesihatan putrajaya dah nampak positif denggi tp MA suruh balik dulu mintak datang esoknya check semula. si ain dah menggigil-gigil muntah cirit birit bagai. tunggu sampai malam condition makin teruk. malam tu lepas berbuka angkut terus ke hospital serdang. dari jam 830 sampai pukul 12 baru dapat jumpa dr. sekali result darah memang menunjukkan banyakkkkk sangat abnormal di mana confirm la denggi mak cik tu. kena la warded. hamek kauuuuuu. mana plak kena nyamuk ni. rumah aku kah kedai dobi kah hehehe. si ain ni cuti sem mai keja dobi dua bulan sambil menjaga kakaknya kesorangan last2 sapa jaga sapa ntah haishhhh. pukul 3 pagi balik umah mata pandaaaaaaaaaaaaaaaa lagi esoknya keja n ada meeting. kak nyah datang pagi tu uruskan dia di hospital bawak segala keperluan, air 100plus, sup ketam dan ipad hehe. eksen betol org masuk spital skang mcm2 gadget mau angkut. sakit ke dak ni haihhhhh. 

lembik & ngantuk
misi-misi ni sangat baik. keep it up !
lawa uniform. kali kedua untuk tahun ni hehe
penyakit keluarga kalau jumpa mesin rest n go. huh nasin abg xdo !
buka pose di luar je lepas seharian di hospital
jumaat malam tu mak sampai dari kampung demi anak-anak kesayangannya. terima kasih mak. 2 3 hari ni makan sedap la sikit haha. itu plak kan ! 

ini terbaikkkkkkkkkkkk dari cikyah :-)
minggu ketiga somi telah pulang. 2 minggu last ni beberapa kali saja buka di rumah selebihnya kami makan di luar. 2x ulang buffet di little white cafe dek kerana keenakkannya. 2x di wong solo, di kelab tasik, di saba, di rumah makcik, rumah kakak, di opis dan menapau hehe. last-last tu mmg malasssss amat nak masak.

frenza. ustajah ni la buat pavlova sedap hehe
gang perjanjian berdarah 1/2011
acara mengepau kak nyah
paksu imej baru & abang
persiapan raya... oh memang hampeh. beli kain nak tempah akhirnya tak terlaksana. tailor x mau amek tempahan dah. camne nak setema ni haishhh. last-last tangkap muat beli saja penyudahnya. tensen nak cari kaler yang diinginkan tu. tudung pulak menapak mencari ke shah alam omg heaven gila shopping tudung rambang mata nak pilih. sempat la sambar beberapa ketol :-), untuk famili tahun ni x shopping apa haha. bagi duit raya je lah kan. beli kuih tart sikit dan bahan2 buat fruit coctail n lemang jagung. sebabnya tahun ni napsu shopping menurun dengan mendadak makanya semua pon malas.

as usual, raya kali ni di taiping la. mana lagi nak pegi bawak diri kan. tahun ni semua sibuk kelam kabut sebab my kazen nak kenduri kawen. mak pak pak cik makcik sebok pi menjemput. ada famili juga x dapat balik sebab nak save cuti untuk kenduri. makanya tahun ni xde famili day. ada mercun bunga api gila dababommm je hehe. so uolssssssssssssssss, stanby next year kita buat !!! buat dr lingam di india dan adik di sabahan sila balik ok hehe.

indahnya ikatan kekeluargaan :-)

sampai ke syurga

kasih mengasihi

sayang menyanyangi

selamat hari raya. tahun depan kita kumpul ramai lagi :-)
Nota : .......................................................................................................................................................